Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Tuesday, December 13, 2011

Samsung Galaksi Tab 7.0


Monday, December 5, 2011

Mahu cari duit sampingan

mcm2 sekarang kan...ni yg terbaru dgn buat survey kita boleh kumpul duit...

Anda x percaya... cuba lah

klik 

SINI 

sikit2 lama2 jadi bukit......

Friday, December 2, 2011

Karakter seseorang dari status FB


*****copy dr seseorang.......*****

Anda tergolong dalam kategori mana?

renung2 kan lah

Sebaiknya jangan banyak luah perasaan sendiri di Facebook.
Banyakkan tazkirah untuk semua. Yang tak puas hati tu simpan dalam hati. Mengadu pada Allah lebih baik dari luah kat Facebook....
petikan dari Ustaz Azhar Idrus


keraguan memakan daging keluaran Ramly - fitnah telah tersebar!


ASSALAMUALAIKUM, 
saya terpanggil utk membantu peniaga sesama ISLAM membetulkan keadaan yg telah jauh tersebar minggu lepas oleh kesihatan kedah, mungkin anda pernah menerima sebaran surat palsu ini, walaupun ianya betul sekalipun, pihak DATUK HJ RAMLY sendiri telah membuat penafian dgn fitnah yg tersebar luas ini,mcm juga kes secret recipe haritu, rakyat malaysia mudah terpengaruh dgn cerita cuma di internet, tanpa mencari asal usul dan bukti anda telah menjatuhkan perniagaan Datuk hj Ramly dgn menyebarkan surat2 yg tiada kesahihannya, ingatlah..walaupun kita cuma klik share tapi kesannya besar utk sesuatu perniagaan org yg kena. SURAT DARI JABATAN KESIHATAN YG ANDA BACA ADALAH SABOTAJ DARI SYARIKAT YG TAK SENANG DENGAN KEJAYAAN ORG ISLAM YG NO.1 BERTAPAK DLM BIDANG PEMBUATAN FROZEN di malaysia.

ini adalah penjelasan dari Datuk hj Ramly yang sahih, dikeluarkan dalam bentuk tulisan oleh anak beliau.

YANG BERKENAAN PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)
Perkara di atas adalah dirujuk. Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).
Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM). 
Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech).  Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada). Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.
Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini. Sila ambil perhatian tegas mengenainya.
Yang benar,
DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly

credit by http://www.facebook.com/ctredzuan

yg penting saya mmg suka dgn produk keluaran Ramly ni.....

Ibu adalah segalanya.....(sila baca)

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

Thursday, December 1, 2011

Bantuan RM 500

Alhamdulillah.....terima kasih kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib...PM kita...sapa x nak kan bantuan tersebut,,,at least dpt jugak tampung sket2 apa yg patut di belanjakan...tambahan anak2 nak masuk sekolah...dpt duit belanja sket2 kan....


kepada seisi rumah yang berpendapatan tidak lebih dari RM 3000 sebulan boleh la memohon....borang2 boleh di dapati di badan2 kerajaan, LHDN, sekolah2 terpilih......


syukur.....rezeki dariNya....

Bantuan RM 500


KUALA LUMPUR – Pendaftaran permohonan bagi mendapatkan bantuan secara `one-off’ sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah boleh dibuat mulai 10 Disember ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 tersebut adalah selama satu bulan.
“Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh itu di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi-agensi kerajaan.
“Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan perlu diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan atau negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat cawangan LHDN,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Ahmad Husni berkata, pembayaran bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012 dan bantuan itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.
“Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion,” katanya lagi.
Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan tunai secara `one-off’ sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Bantuan itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.
Ahamd Husni seterusnya berkata, isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.
Jelas beliau, ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga itu turut merangkumi ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.
“Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk membuat permohonan,” jelasnya lagi.

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers