Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Wednesday, March 31, 2010

Doakan kesihatannya

terkejut smlm dengar berita.......keadaan Din Beramboi sebelum ni dia seorang yg ceria...so skrg dia kritikal di Hospital Selayang....sama2 lah kita berdoa agar kesihatannya sihat seperti biasa.

Anda pening banyak hutang???? beginilah cara penyelesaiannya

mayb ramai dah tau kut..bagaimana cara nk menguruskan hutang piutang kita, so bg yang x tahu dan ingin menambah pengetahuan mari kita share sama2 info ini. mayb ada kalangan diantara kita pernah terima surat dr bank yang menyatakan "bayaran ansuran kereta anda tertunggak selama 3 bulan, sila buat pembayaran dengan segera!!!!!!"last2 kena tarik...syg wehhh harta kita kena tarik tak terpusing kepala nk fikir nk korek mana duit....
anda anda pernah dengar AKPK.

AKPK ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia yang menyediakan perkhidmatan berukut:-

Perkhidmatan pengurusan kewangan dan kaunseling kredit,
Penstrukturan pinjaman pendidikan kewangan yang bermasalah,
Pendidikan kewangan

AKPK ditubuhkan dengan tujuan:-
menyediakan saluran kepada orang ramai supaya mereka mampu menguruskan perbelanjaan dengan berhemah dan teratur melalui pendidikan kewangan, perkhidmatan kaunseling serta nasihat khusus dalam pengurusan kewangan dan kredit.
meneguhkan sistem perbankan di Malaysia dengan membantu institusi kewangan dalam usaha pembayaran balik hutang dan mengurangkan kes-kes hutang tidak berbayar akibat pengurusan wang yang kurang cekap.

Anda boleh menghubungi talian bebas tol 1 800 88 2575 untuk pertanyaan dan mendapatkan sebarang maklumat lanjut atau http://www.akpk.org.my/tabid/147/Default.aspx

yang penting ia adalah PERCUMA......

dah ramai mencuba.......x kira gaji kecil ker gaji besar ker.

so kepada sesiapa yang mempunyai masalah bagaimana nk selesaikan hutang piutang yang ada hubungi APKP mereka sedia membantu anda sekurang-kurangnya anda x yah nak fikir.....buat pening2 kepala saja yang penting dah ada agen yang uruskan segalanya kan senang, mudah, cepat.

Tupai oh Tupai....


Sabtu bersamaan 27.03.2010 berlangsungnya satu majlis TAWAS iaitu Tabung Anak2 Selangor.....alhamdulillah itu janji kerajaan Selangor..bolehla dr x de langsung. dia org janji so kena tunaikan lah....duit yang di terima dlm bentuk FD under AMBank....so kena tunggu ler umur sampai 18thn br boleh guna duit tu,,,sekurang2nya boleh buat2 belanja nk masuk belajar esok2 InsyaAllah.

.

Friday, March 26, 2010

Minggu bz..

minggu ni x dapat langsung nak rileks, esok ade majlis penyerahan TAWAS, hari ahad pulak ade seminar OSCC....Isnin ada urusan bank, apa itu OSCC? , urusan ni urusan tu mcm arr nak settle tapi diharapkan semuanya berjalan dengan lancar. cerita selanjutnya pada hr Selasa InsyaAllah, jawapannya bz memanjang, ini minggu x boleh nk meneruskan xtvt ukur jalan,tengok lampu.

Keberkatan Susu badan

AMALAN penyusuan susu ibu sering dikaitkan dengan budaya tradisional oleh ibu yang mendakwa diri mereka lebih moden. Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan mengenai amalan penyusuan itu dengan menyatakan kaedah itu menyebabkan susuk bentuk badan berubah dan akan kelihatan tidak menarik. Malah, ada yang mempunyai persepsi memberi susu formula lebih mudah kerana terikut-ikut aliran trend moden yang ingin menjimatkan masa. Tidak kurang juga ada segelintir ibu yang kurang yakin pada diri sendiri untuk menyusukan anak mereka lantaran bimbang payu dara menjadi sakit, bengkak atau menjadi kendur.
Betulkah semua tanggapan sedemikian? Sebenarnya payu dara wanita adalah anugerah Allah yang amat istimewa kerana dapat membekalkan susu untuk anak-anak mereka. Kaedah penyusuan susu badan mengandungi hikmah cukup besar kepada ibu dan anak. Ketahuilah penyusuan itu bukan saja digalakkan dalam Islam malah hal itu diakui pakar pemakanan dan kesihatan yang menyatakan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Hakikatnya pada tahap awal pembesaran seseorang bayi, mereka sangat memerlukan khasiat pemakanan yang baik dan sesuai untuk menghindari sebarang penyakit. Susu ibu mempunyai antibodi yang utama untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman, virus dan bakteria terutama pada bahagian usus dan paru-paru bayi itu. Pemberian susu badan adalah yang terbaik kerana ia sesuai dengan sistem pencernaan bayi. Atas faktor itulah kita dapati bayi yang menyusu badan akan meminum susu lebih kerap berbanding bayi yang meminum susu formula. Hal ini disebabkan susu ibu itu mudah hadam. Ibu seharusnya menyedari seseorang bayi secara fitrahnya tidak dapat menerima makanan yang keras kerana keadaan sistem penghadaman mereka belum mencapai tahap matang.
Justeru, susu ibu lebih sesuai dan berkesan untuk bayi mereka kerana lebih halus dan lembut. Satu faktor yang ibu harus fahami ialah menyusukan bayi dengan susu sendiri dari segi psikologi akan memberi kesan positif pada pertumbuhan dan perkembangan mental.
Hal itu diakui oleh pakar Barat yang mengkaji kebaikan susu ibu. Sekumpulan penyelidik dari Adelaide’s Flinders Medical Centre, Amerika Syarikat melaporkan bayi yang diberi susu ibu 40 peratus lebih cerdas berbanding bayi susu formula. Ini membuktikan susu ibu dianugerahkan Tuhan untuk bayi sepatutnya diambil peluang sepenuh oleh ibu. Susu ibu sangat berkesan untuk perkembangan otak bayi kerana terdapatnya kandungan DHA, iaitu sejenis asid lemak yang mampu bertindak meninggikan tahap perkembangan mental bayi.
Dengan itu dapat difahami jika seseorang bayi menyusui dada ibu lebih kerap dan dalam tempoh yang lama, tentu akan memberi impak positif kepada pertumbuhan dan perkembangan mental. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak Islam yang sangat menggalakkan ibu menyusui bayi mereka.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu.
Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami bayi semasa proses penyusuan membuatkan bayi itu terlena. Malah, bayi berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. Indahnya anugerah Allah. Ibu seharusnya bangga dapat menyusukan anak-anak mereka kerana inilah darjat ketinggian seorang ibu yang dianugerahkan Allah yang tidak dikurniakan kepada golongan bapa. Apa tidaknya, kerana susu yang diminum oleh bayi mereka bukan saja sebagai tali pengikat kasih sayang yang luhur murni malah menjadi komponen asas proses pembesaran bayi. Disebabkan itulah dalam Islam mewajibkan seorang anak itu sentiasa menghormati dan menjaga ibu mereka sebagai tanda kasih sayang dan terhutang budi membesarkan mereka. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 17-23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya sampai lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya ‘ah’ dan janganlah kamu membantah, menengking dan menyergah mereka dan ucapkanlah perkataan yang mulia.” Alangkah murninya suruhan Allah kepada kita semua dan betapa mulianya darjat kedua-dua ibu bapa kita di sisi Allah. Namun demikian kita amat sedih membaca laporan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada 2008 menyatakan budaya penyusuan badan di kalangan ibu di Malaysia kini berada pada tahap sangat rendah, iaitu hanya 14.5 peratus daripada mereka yang mengamalkan kaedah itu kepada bayi sehingga berumur enam bulan. Masalah itu berpunca daripada kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan anggota keluarga dan kaki tangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik saja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan. Menurut laporan itu lagi, faktor lain ialah kesan atau pengaruh iklan komersial makanan bayi yang menggambarkan seolah-olah ia sama manfaatnya dengan susu ibu. Sehubungan itu, kementerian sudah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Antaranya ialah merangka kod etika produk formula bayi yang berkuat kuasa pada Ogos tahun lalu bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu. Ini adalah langkah tambahan daripada apa yang pernah dilaksanakan pada 1979 yang didapati kurang berkesan. Antara lain Kod Etika Produk Formula Bayi itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengelirukan golongan ibu. Tujuan utama kod berkenaan ialah untuk memastikan pekilang dan pengedar agar jangan memasar, mempromosi atau mengiklankan produk dalam cara seolah-olah mencabar atau menggambarkan mengatasi mutu dan kualiti terbaik susu ibu.
Sudah tentu langkah kementerian itu kena pada masanya dan sangat berkesan dalam mendidik wanita mengenai kelebihan susu ibu. Sedarilah ibu bahawa penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan dan tidak langsung mendatangkan kesan sampingan kepada diri ibu dan bayi malah menjadi sumber pemakanan terbaik. Gunakanlah anugerah Allah itu sebaik mungkin kerana susu ibu sesuai sepanjang zaman. Binalah keberkatan membesarkan anak-anak dengan memberi susu sendiri. Menepati kehendak agama dan berkhasiat menurut kajian saintifik.

alhamdulillah ibu dpt menyusukan baby sepenuhnya hampir dua tahun.........bermula 30/4/2008 sehingga ke ari ni.....

Tuesday, March 23, 2010

YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR, kpd anak2 yg lahir bermula 1 January 2008 boleh memohon


Oleh kerana my doter lahir di Selangor, ayahnya pun lahir di Selangor maka dia layak memohon tabung warisan ini....so alhamdulillah sabtu ni ade jemputan ke Majlis Program Penyerahan Sijil TAWAS di Auditorium MPAJ, Kuala Lumpur. so kepada sesapa yg nak memohon sila baca maklumat2 ini.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan TAWAS?
TAWAS adalah singkatan kepada Tabung Warisan Anak Selangor. Tabung ini diwujudkan selaras dengan tawaran Kerajaan Negeri untuk membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.

2. Apakah faedah yang akan diterima daripada tabung ini?Faedah-faedah yang akan diterima adalah seperti berikut:-
a) Setiap anak kelahiran akan diberi RM100 melalui pelaburan di dalam tabung ini.
b) Anak-anak akan dilindungi insurans sehingga berusia 18 tahun.
c) Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada caruman di dalam pelaburan dana ini.

3. Apakah syarat-syarat permohonan tabung ini?Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-
a) Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja dan tertakluk kepada tafsiran anak Selangor. Bagi tujuan TAWAS tafsiran anak Selangor adalah seperti berikut:-“Anak Selangor” bermaksud rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:-• Warganegara Malaysia; dan• Lahir di Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor; dan• Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau• Ibu atau Bapa lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
b) Kelahiran mulai 1 Januari 2008 adalah layak untuk memohon. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelahiran dan bagi kelahiran sebelum tarikh pelancaran, permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pelancaran.

4. Bagaimana prosedur permohonan tabung ini?Prosedur permohonan adalah seperti berikut:-
a. Pendaftaran bagi setiap anak adalah RM10.
b. Di peringkat permulaan, Pusat Pendaftaran akan dibuka pada waktu pejabat (8.00 pagi – 4.30 petang) di Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
c. Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh Ibubapa/penjaga dengan menyertakan dokumen sokongan (asal dan salinan) berikut:(i) Sijil kelahiran / Mykid anak; dan(ii) Kad Pengenalan Ibubapa/penjaga.d. Setiap pendaftaran akan diberi Sijil Pelaburan yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti caruman di dalam Tabung ini.

5. Bagaimana sekiranya pemohon ingin membuat tuntutan atau mencairkan pelaburan?Tuntutan boleh dibuat seperti berikut:-
a. Setiap pencarum boleh memilih untuk mencairkan pelaburan pada:
(i) Ulangtahun Pertama pada jumlah RM110.00; ATAU
(ii) Ulangtahun ke-18 pada jumlah RM1,500.00.b.
Bagi Ibubapa/penjaga yang memilih pilihan (ii), pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan menghubungi pencarum pada ulangtahun ke-18 untuk urusan bayaran caruman berjumlah RM1,500.00.
c. Pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) juga berkemungkinan akan mengumumkan pembayaran bonus pada setiap 5 tahun selama tempoh caruman di dalam Tabung ini.d. Bayaran akan dibuat kepada pencarum dengan hanya mengemukakan Sijil Pelaburan sebagai bukti caruman di dalam Tabung ini.

untuk keterangan lanjut tuan/puan boleh lah berhubung terus dengan yayasan ini......

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Untuk keterangan lanjut sila berhubung di talian berikut:
Telefon: 03 - 5521 8740 atau 03 - 5521 8741
Faksimili: 03 - 5521 8742 atau 03 - 5521 8743
Email: tawas@tawas.org.my

*Nota : Setiap pendaftaran yang ingin dibuat di pajabat TAWAS, sila sertakan sekali dokumen-dokumen yang diperlukan. Salinan surat lahir, MyKid, MyKad ibu dan bapa.
rezeki jgn ditolak.......

Alhamdulillah rezeki2........tq to FIL

thanks to abg google.....
antara perbualan telefon
ayah: Asslamualaikum....zaa
zaa: Waalaikummusalaam
Ayah: nt singgah sini tak,,,ptg karang balik kerja...
Zaa: Singgah ada apa ayah?
Ayah:oooo ayah ingat nk suh beli KFC
Zaa:oooo KFC sambil2 telan air liur.....oooo boleh2 ayah, ayah tunggu yerk nt balik kerja krg zaa singgah
Ayah: ok,,,bye
Zaa: bye...sambil senyum
alhamdulillah rezeki....perut ni sedang meminta2 nk diisi....so terlintas menu ini....mmg best sebenarnya nk jam tu.......nk buat koleksi.....semoga murah rezeki my FIL


dadadididudu.....Layang2 putus tali.

Minggu lepas kami ke Melaka atas urusan jemputan perkahwinan tapi maaf yer...sebab x de gambar sampai pun lambat....makan2 sampai kenyang jumpa sedara mara terus cabut meneruskan xtvt seterusnya. aktiviti pertama ke kilang sampah. Kilang sampah??????? ye kami ke kilang sampah atas urusan yg masyukkkk alkisahnya ade nak servive engine....kat tempat pelupusan sampah ni so alang2 ke Melaka terus terima kerja part time ni....at least pergi ke sana dpt top up poket kosong boleh cover duit minyak....alhamdulillah rezeki.

see, my doter & my son........seterusnya ke town Melaka,,,,walaupun kerap ke sini almaklumler asal usul dr Melaka,,,,so negeri ni wajib di terjah...so setelah sekian lama berjanji ngan my son....akhirnya dpt jugak tunai permintaannya. punya ler jauhnya dr kajang ke Melaka br dpt cr layang2. namun alkisahnya excited sgt tengah2 main layang tiba2 layang2 terputus tali...terus masuk ke laut di depan sanun........

ni layang2 pertam terbang tinggi sblm terjunam ke laut.
so kepada sesapa nk main layang2 best dtg kat sini kat tg bidara Melaka, angin mak aiii mcm nk melayang kita dibuatnya......tp mmg best punya lah ramai umat2 di seluruh negeri singgah sini semata2 nk main layang. parking mmg penuh

utk memujuk hati yg lara ....maka si ayah terus g beli layang2 yg kedua kopak jugak ler rm 100...tp demi mu anak janji happy.......see sampai melopong mulut sambil tengok layang terbang tinggi sebab takut terjunam lagi.


seterusnya utk menghabiskan waktu2 yg ade di Melaka kami terjah ke Melaka Parade.......
tp x dok gambar sebab sibuk melayan my doter yg dah makin lasak........lepak2 kat Kenny Roggers,,,terus zashhh balik Kajang semula. yg penting ank2 happy.....



Friday, March 19, 2010

Info: Salam Pagi Jumaat

sekadar utk info semua pembaca2.....ada seseorang pernah bg tau...sila amalkan ayat2 tersebut utk tambahkan rezeki....dan InsyaAllah jika di amalkan Allah akan melimpahkan rezeki......alhamdulillah ianya terbukti...

  • Baca surah Al Waqiah selepas solat 5 waktu, jika x de kelapangan cukupler sekadar baca selepas solat subuh & solat Isyak.
  • Selepas solat selawat keatas Nabi sebanyak yg mungkin
  • Mlm Jumaat baca Yaasin dan selepas solat Zohor pada Jumaat
  • perbanyakkan solat sunat tengah mlm ker

Hari Jumaat bacalah : Yaa Allah

Hari Sabtu bacalah : Laa Ilaaha Illallah

Hari Ahad bacalah : Yaa Hayyuu Yaa Qoyyuum

Hari Isnin Bacalah: Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahilaliyil Azhim

Hari Selasa bacalah: Allahumma Shali'ala sayyidinaa Muhammad Wa ala ali sayyidinaa Muhammad

Hari Rabu bacalah: Astagfirullahal'azhiim

Hari Khamis bacalah: Subhaanallaahil Azhimi.

(kesemua bacaan tadi amalkanlah 1000 kali dlm sehari)

amalkan selalu bacaan Asma'ul Husna kerana setiap nama Allah terdapat banyak kelebihannya...

InsyaAllah jika kita ingat padaNya, Allah akan makbulkan segala permintaan kita......InsyaAllah

Ibu Hadif's Giveaway

syarat² mudah jer :
1. anda mesti lah folower saya (blogger sahaja)(sape yang belom folo, sile buat demikian sblm 25 mac yer)
2. anda hanya perlu taip 'saya mau jam tangan yang cantik lagi anggun itu!' di ruang komen di bawah. (copy paste je la)
3. done... itu jer! takyah link bagai...
Pemberitahuan :~ satu pemenang sahaja akan dipilih! jam pon satu jer! tapi, kalau ramai join, hadiah mungkin akan ditambah... seperti biasa, sponsor by vincci! hohoho....
~ pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah dan dicabut oleh si kecik hadif or Mr. K.
Terima Kasih.
pertama kali join contest mana tau ade rezeki InsyaAllah..........dpt tambah2 koleksi jam. meh ramai2 kawan2 semua join contest....tanda sokongan rakan bloggers

Tuesday, March 16, 2010

Kemalangan Ngeri.....Kuasa Allah...

Ajal, Maut, Kematian & Kehidupan adalah suratan dariNya
ni email yg saya terima smlm, just nk share ngan semua pembaca2 semua, kadang kita hanya merancang tapi Allah yg menentukan,,,,justeru percaya lah pd ketentuan Qadaq & Qadarnya....lihatlah wahai kalian betapa besarnya kebesaranNya.....jika kita tengok dr sudut luaran kemalangan yg teruk mcm gini nescaya kita akan ckp ......eee habis dah drive ni,,,,,dah x de harapan utk hidup...namun kuasa Allah siapa yg tau...pemandu ni seorang ibu dan sedang mengandung....tapi dgn kuasanya.......scroll down anda saksikannya sendiri
tempat kemalangan berlaku, sebuah kereta telah di hempap oleh sebuah kren......bygkan betapa beratnya kren tersebut sehingga kereta tersebut hancusssss......kelihatan bomba & org ramai membantu mengeluarkan mangsa. yg pakai baju hitam tu suami kepada pemandu tersebut....dia hanya mampu berdoa semoga isterinya hidup......namun tiba2.........

see......pemandu tersebut selamat di bwh kren.......masyaAllah

suasana kemalangan





KEMATIAN ITU PASTI.........BERSYUKURLAH, BERTAWAKALAH, INGATINYA SELALU, SELAGI ALLAH MASIH MEMBERI KITA NYAWA YG TIADA NILAINYA







Monday, March 15, 2010

Berubah kah kamu??????????

  • PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya waktu dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.
    Banyak yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?
    Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 persen. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?
    Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:
    Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
    Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.
    Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.
Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.
Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.
Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.
Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan andaSi dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan
kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.
Tidak lagi rajin menelefon anda
Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.
petikan dr: arenacinta.blogsome.com

HATI & PERASAAN

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Thursday, March 11, 2010

Cuba Teka??????????teka teki teka tekuk....

Cuba teka lubang apa ni???????????sapa2 dpt teka sila emailkan jawapan anda ke zarith_zarudin@yahoo.com sertakan nama, alamat, no tel. siapa cepat dia dapat......

Campur++++++

ni pic pelbagai xtvt di sana so layan gambar je ler.....









Thank u to my hubby sponsor percutian kali ni.....insyaAllah next percutian kita fikir kemana lagi...cuma sediakan budget yg secukupnya...ehehheheheehe thanks to my hubby atas hadiah yg cukup2 bermakna bg ibu...I Love U so much.....kenangan yg sukar dilupakan utk selamanya.



Part 3

ni pic pemandangan pulau perhentian,,,,,,,,nasib baik buah kelapa x gugur....

ok ni adalah tour guide kami namanya Mr Mac.....
ni kat tpt air yg paling sejuk,,,,mmg sejuk giler sampai ke tulang rasanya...dan ni adalah satu kejaiban dr Allah SWT......semulajadi air ni entah dtg dr mana x tahu semua pengkaji2 pernah dtg ke sini n mengkaji akan kewujudan air tersebut namun hampa x tau dr mana dtgnya punca air tersebut....Subhanallah......maha agung penciptnya.
xtvt seterusnya snorkeling,,,,kami di bekalkan alat utk snoker....indahnya x terkata apabila dpt menyaksikan sendiri dgn mata sendiri keindahan di dalam laut kepada sesapa yg nk bercuti jgn lupe ambik package ni...alangkah canteknya...keindahan di dasar laut.....indahnya...tp malangnya pic yg kami amik di dasar laut x menjadi frust222222














Part 2

alhamdulillah selamat sampai ke destinasi oleh kerana amik package maka di sediakan lunch sekali....kami tinggal di Flora Bay...act ni resort baru buka maka servicenya bagus sekali....menu mkn tgh hr mmg best n amat menyelerakan......layanan restoren jugak bagus memuaskan. bilik kami berdekatan dgn restoren... makanan yg disediakan di sini kena ngan tekak kami....x de ler semua manis,,,tp ok.....mmg puas hati. jika ada rezeki insyaAllah akan ke sini lagi.....bilik dia pun ok jugak di sini elektrik 24hrs...
see my doter....happynya dia. xtxvt slps ini snorkeling.


Part 1

bermulalah destinasi seterusnya iaitu menuju ke Pulau Perhentian, kami menaiki boat yg disediakan, memandang saya ade baby maka saya di tempatkan di tempat duduk belakang dekat ngan driver boat...utk keselamatan,,,so kena pakai life jacket dah mcm badut masing2. besarnya kuasa tuhana kan.......di tengah2 laut yg terbentang luas....ingatan ku teramat kuat padaNya.......Ya Allah besar Nya rahmat mu....kerdilnya diriku.




23 Feeb

di hadapan hotel samudera Kuala Besut sementara menunggu tour guide sampai so apalagi melayan ank2 bermain di taman permainan sambil menikmati keindahan di tepi laut.
kami sekeluarga abadikan kenangan di sini, layan je ler pic ragam ank2









Samudera Hotel Kuala Besut

perjalanan kami mengambil masa selama 7 jam +++ berhenti mkn dsbg........mcm biasa klu g sana akan singgah di kemaman mkn nasi kukus....best sapa g ke arah kemaman cr kedai nasi kukus roda impian kat tepi jalan saja betul2 depan the store kemaman...mmg best. tp maaf yer x dok pic sebab masing dah kebulur. terus kan perjalanan ke Kuala Besut sebab dah tempah hotel samudera......sampai sana dlm kul 9 mlm.....check in, mkn2, tidur.....tengah2 tidur pintu bilik di ketuk....buka pintu pejabat agama!!!!!....mak aiii 1st time mcm ni....bile buka pegawai tu tanya family yer....yup.....terus sambung tidur. ok ler kami kesana dgn menggunakan travel agency, namanya Ocean Island so kepada sesapa yg nk berjalan ke pulau mana2 call ler 03 87398332 atau search sajor kat internet Ocean Island....service dia okler aku puji sebab aku ni cerewet sket klu service x bagus ker apa2 yg x berkenan aku akan sound direct.

22hb February

tgh mlm kemas baju siap2 esok nk g berjalan jauh makan angin sempena my birthday & my son birthday.......senyum sampai ke telingga sebab dpt hadiah g bercuti...thanks my hubby chubby...ari ni still kerja lagi tp hati & perasaan dah ke tempat lain.....biaseler semangat nk g jalan....aku kan pekerja baik.....boss sila baca n3 ni..... walaupun semua dah cuti tp aku sorang je still kerja tp halfday ler syg nk amik cuti byk2 kumpul cuti. 2nd time aku akan jejak kaki ke pulau.......lps kerja bertolak ke Terengganu kami menaiki kereta sendiri...mls nk naik flight sebab senang nt nk rongeng2 kat sana.......mcm biasa driver adalah my hubby n my SIL. aku jd mdm jap dok belakang, memandangkan my doter still BF so mmg agak sukar aku nk drive ganti2.....tp bagus jugak dpt rileks......mcm karangan ler pulak.....n3 berikutnya kisah aku kat t'ganu.

Thank You, Terima Kasih, Toce2..

Thanks kepada semua yg wish my bestday & my son bestday kat fb, blog, sms, dan sewaktunya dgnnya ler.....ceh perasan ramai sgt yg ucap kihkihkih......n maaf lambat update disebabkan bercuti selama seminggu maka kerja utk seminggu telah dicover utk minggu slps bercuti......nt saya akan buat n3 bercuti tempohhari....thanks to all... i love u all

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers