Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Saturday, December 31, 2011

Bersama Ustaz Azhar Idrus


Friday, December 30, 2011

Tentang Berjalan, Tentang Cuti, Tentang Dhia, Tentang Persekolahan, Tentang Rutin....wah banyaknya TENTANG

Wah tajuk bukan main lagi....banyak ke benor istilah 'Tentang'. kita gabungkan cerita menjadikan satu antara segalanya..

kita mulakan Tentang Berjalan..

org lain start shj cuti terus feeling nak berjalan kan...so mcm kami ni asal Mr suami ada kerja outstation  baru best berjalan..berjalan sambil kerja....si suami buat kerja...si isteri dan anak2 terbongkang dlm hotel bagai....wah syok nya....janji dpt berjalan...bab kata  abg long...janji dpt angin sudah.....so insyaAllah akan berjalan lagi...wah seronoknya...walaupun dh penghujung cuti2 sekolah....makcik suka...sbb dpt berjalan..tengok keindahan alam sekeliling...tengok2 mcm2.....

Tentang Cuti.
mcm biasa sekolah dh nak buka...maka kami suami isteri akan bercuti panjang sket...mmg setiap tahun mcm gitu...kena amik cuti...cuti anak nk masuk sekolah adalah wajib setiap awal tahun...sbb lps tu dh susah nk cuti.....so akan start cuti selama seminggu menguruskan anak2 ke sekolah.

Tentang Dhia..

hebat penangan cerita bersiri ini.....syabas buat tema Tentang Dhia maknanya jalan ceritanya berkesan ke semua penonton...saya jugak x terlepas peluang melihat episod akhir semalam..walaupun kdg2  terlepas jugak menonton episod by episod tapi takpe...nanti dh free saya download cerita so dpt jugak tengok semuanya....paling saya pilu...Hanya Mati Dpt Pisahkan Kita.....hebatnya cinta....

Tentang Persekolahan

Alhamdulillah tahun depan Abg Long dah masuk darjah 1...wah cepatnya rasa,,,,,,masa berlalu...begitu cepat sekali..akan saya rakamkan 1st day abg long ke sekolah..moment yg2 sgt2 berharga dan bernilai....so 3hb ni abg long akan hadiri ujian utk menentukan kelas mana dia akan masuk mengikut tahap kemajuan dan kebolehan dia menjwab periksa nanti...good luck sayang..buat yg terbaik..

Sofea pulak akan saya htr ke Little Tots Kajang....utk kelas 4 tahun.....

Tentang Rutin
bermula tahun depan...rutin harian saya akan kembali sibuk..sibuk dengan banyak urusan so dah x de masa utk soaial semua.......bukan kata x de sepenuhnya....mungkin banyak masa akan di habiskan dgn benda lain..

pukul 5.30 pagi bangun..siap2 bagai..
6.45 bertolak dr rumah...hantar aleeya ke taska, hantar abg long ke sekolah agama
masuk kerja...
pukul 11 pagi amik abg long dr sekolah agama...siap2 mereka berdua
pukul 12.30 htr sofea ke sekolah....lps tu htr abg long ke sekolah kebangsaan
sambung masuk kerja
pukul 5 amik sofea balik dr sekolah...amik aleeya balik dr taska
pukul 6.30 amik abg long dr sekolah kebangsaan...
baru terus balik rumah....
pukul 8 baru sampai..siap2 bagai utk mkn mlm...siap2 utk urusan esok...
agaknya pukul berapa tidur?.................
esok mcm biasa...

wah kelas kau....dh jadi super women.......
takpe demi keluarga tercinta,.....

hari cuti utk kemas rumah.....( andainya dpt sambung belajar..maka..dh langsung x de masa dgn semuanya..)

semoga di permudahkan segalanya...




Friday, December 23, 2011

ULASAN: BUKU ANAI-ANAI DALAM PERKAHWINAN

Alhamudulillah, buku tersebut telah habis saya baca, dan mcm2 boleh di kongsi dlm buku ini. apa yg saya boleh puji, banyak nasihat, cara, info bab2 rumah tangga yg boleh di jadikan nota / bahan rujukan dlm keharmonian rumah tangga, buku ini di tulis oleh Zailan Yusoff....

so saya copy gambar ini dlm blognya.
























MENGENAI BUKU ANAI-ANAI DALAM PERKAHWINAN:

I. 142 halaman
ii. Panduan mengenalpasti dan mengatasi masalah yang tersirat dalam rumahtangga
iii. Disertakan dengan Check list apa patut dilakukan bai mengatasi/mencegah wujudnya masalah
iv. Disertakan juga kaedah menganalisis SWOT dalam perkahwinan 


PETIKAN DARI KANDUNGAN BUKU ANAI-ANAI DALAM PERKAHWINAN

Anai-anai, sejenis serangga perosak yang membinasakan mangsanya secara senyap dan tidak kelihatan dengan mata kasar dan hanya disedari oleh mangsa setelah kerosakan yang dialami menjadi sukar untuk diperbaikki lagi. Jika pun mahu diperbaikki, akan melibatkan tenaga, masa dan kos yang amat tinggi. Anai-anai juga adalah silent killer atau pembunuh senyap. Bayangkan apabila lantai rumah kita tiba-tiba reput dan kayu-kayunya berserpihan dan berhabuk. Kita tidak boleh hanya memperbaikki bahagian yang reput sahaja kerana kesan serangan anai-anai ini bukan setempat malah ia merebak keseluruhan lantai, dan tidak mustahil ia telah ’memakan’ keseluruhan rumah!. Lebih memeranjatkan ialah walaupun anai-anai ini kecil namun mempunyai kuasa untuk meruntuhkan sebuah rumah tanpa disedari oleh tuan rumah!.
Jika kita pernah melihat pakar penghapus anai-anai membuat kerja-kerja menghapus, kita dapat lihat betapa teliti dan berhati-hatinya mereka menjalankan kerja mereka. Ketelitian yang tinggi amat diperlukan bagi menghapus terus ’sarang’ dan ’punca’ hidupnya anai-anai yang pada setiap masa menunggu untuk menyerang mangsanya. Setiap sudut disembur dan diwapkan agar racun yang khas ini dapat meresap ke celah-celah lubang serta alur lantai yang berpotensi dilalui dan diserang oleh anai-anai. Bukan mudah untuk mencari punca dan sarang anai-anai jika tidak betul-betul memahami habitat anai-anai. Kesilapan teknik yang digunakan, memungkinkan untuk anai-anai terus hidup dan membiak lebih dahsyat lagi serta memakan lebih banyak kayu-kayu secara senyap-senyap.
Sebuah perkahwinan yang bermasalah tetapi zahirnya kelihatan bahagia juga boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang sedang dimamah oleh anai-anai secara perlahan. Sekiranya tidak diambil tindakan pemusnahan atau pencegahan, rumahtangga yang dibina akan hancur sebagaimana hancurnya sebuah rumah yang dipenuhi dengan anai-anai yang bersarang. Dalam konteks ini kita ibaratkan masalah yang dihadapi dalam perkahwinan itu sebagai anai-anai. Yang membezakan masalah ini dengan masalah lain ialah, masalah ini tidak dapat dikesan kewujudannya dalam sesebuah perkahwinan sehinggakan dari mata kasar perkahwinan ini cukup sempurna tanpa masalah yang ketara seperti campurtangan pihak ketiga, tekanan di tempat kerja dan juga masalah pasangan yang curang. Apakah masalah yang boleh kita anggap sebagai anai-anai ini dan mengapakah pasangan yang menghadapinya memilih untuk membiarkan sahaja ia berlalu dan memakan perkahwinan mereka tanpa mengambil tindakan pencegahan?. Mari kita bincangkan dengan lebih lanjut mengenai perkara ini. 

Penentu Kebahagiaan Perkahwinan

Perkahwinan dipengaruhi oleh pelbagai penentu yang dijangka dan tidak dijangka. Kajian menunjukkan tiada penentu yang khusus yang bertanggungjawab ke atas tahap kepuasan pasangan dalam perkahwinan. Apa yang menjadi lebih ketara dan memberi kesan kepada tahap kepuasan adalah keupayaan pasangan untuk berunding bagi mengatasi penentu tekanan, mencari hasil yang lebih dipersetujui dan positif. Untuk mencapainya, setiap pasangan perlu menggunakan kemahiran personal dan interpersonal mereka. Penentu kebahagiaan perkahwinan yang paling signifikan ialah keupayaan pasangan untuk menggunakan kemahiran ini untuk mewujudkan keintiman dan kemesraan serta menguruskan konflik. Kedua-dua kemahiran ini dilihat sebagai faktor penentu asas yang membolehkan pasangan untuk menghadapi tekanan dan tempoh transisi sepanjang hayat perkahwinan mereka. Di samping terdapat banyak pembolehubah yang menentukan kebahagiaan perkahwinan, kemesraan, keintiman dan penyelesaian konflik membentuk ciri-ciri dalaman. Keseluruhannya faktor kemesraan, keintiman dan penyelesaian konflik ini merupakan faktor utama yang menentukan tahap kepuasan perkahwinan dan faktor-faktor ini melibatkan pengurusan kecerdasan emosi antara pasangan. 

tak rugi membelinya...banyak kegunaan utk di jadikan panduan

CARA UNTUK MENDAPATKAN BUKU INI:

Jika saya bercerita panjang lebar lagi mengenai buku ini di blog saya ini, rasanya sahabat-sahabat saya di luar sana mungkin tidak akan dapat benar-benar menghayati apa yang saya cuba sampaikan melalui nukilan saya ini. Oleh itu, saya cadangkan sauadara/saudari memperolehi buku ini terus dari saya kerana naskah ini TIDAK ADA DIJUAL di mana-mana kedai buku. Masih lagi berada ditangan saya. 

Bagi yang berminat, silalah emailkan order ke email ini dengan memberikan details seperti berikut:

i. Nama :
ii. Alamat
iii. Bilangan naskah yang diperlukan. 
Harga senaskah RM30 (RM25 harga buku + RM5 untuk penghantaran)

Saya akan respond pada email saudara/saudari mengenai cara pembayaran. 


Email : zaiyus57@yahoo.com 
ATAU 
laluanminda@yahoo.com

tapi saya membelinya dgn Syana, (anak sedara )


SUAMI, ISTERI & RUMAH TANGGA

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih BANYAK BEKERJA?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah SANGAT PENTING!!!!!






************************************************************************

berdasarkan dgn penceritaan di atas..saya boleh rumus kan walaupun saya  bukan seorang kaunselor bertauliah tapi saya seorang ibu, isteri dan bekerja. jika diikutkan masa yang di peruntukan dlm sehari 24 jam.....waktu itu sebenarnya tidak mencukupi bg kaum2 hawa terutama seorang ibu dan isteri boleh di katakan setiap saat adalah masa yang boleh di ibaratkan emas...berbalik kepada cerita tersebut isterinya tidak bekerja...
namun berbeza dgn kita di mana yg bekerja. pokok pangkalnya suami dan isteri mesti memainkan peranan yg penting dlm rumah tangga. setiap kerja mesti sama2 buat. sebagai cth....
~isteri dh cuci baju, suami tolong jemurkan, nanti isteri pulak lipat baju, suami tolong simpan dlm almari
~ isteri memasak...suami tolong kemaskan
~isteri mandikan anak, suami tolong pakai kan baju
~suami tolong vacuum rumah, isteri kemas bahagian lain

jika semangat tolong menolong seperti ini berlaku dlm rumah tangga insyAllah semua kerja akan menjadi senang, bab kata pepatah berat sama di pikul ringgan sama di jinjing.

************************************************************************

Thursday, December 22, 2011

Kejam....tak ada hati perut langsung,,,,,,


mcm biasa,,sblm buat kerja kita jelajah sana sini...last2 terjumpa gambar ni dr Fb seseorang.....hati betul2 tersentuh....kejam nya...itu ayat pertama yg keluar...

Apa dosa kucing tu?

tergamak buat mcm gitu...cuba bygkan klu si pelaku tersebut org buat kat dia...mcm tu jugak dia merasa seksanya......fuhhhhhhh   kejam nya.....



Mata Wang Baharu



KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan siri mata wang baharu dengan rekaan wang kertas dan syiling yang menerapkan keunikan Malaysia daripada segi warisan, budaya dan khazanah alam di samping peningkatan ciri-ciri keselamatan berteknologi terkini.
Edaran wang kertas denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 akan disediakan pada separuh kedua 2012 manakala denominasi RM50 baharu sudah berada di pasaran.
Wang syiling denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan pada 25 Julai lalu akan diedarkan Januari depan.
"Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk pembuatan wang kertas denominasi RM1 dan RM5 manakala selebihnya menggunakan kertas.
"Siri wang kertas baharu ini menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang seiring dengan teknologi terkini termasuk imej bayang-bayang, tetingkap jernih, potret tera air berpiksel dengan nombor yang jelas, benang keselamatan yang berubah warna dan benang kanta mikro," menurut BNM dalam satu kenyataan semalam.
Kenyataan itu menyebut, ciri-ciri lain adalah permukaan wang membolehkan individu yang bermasalah penglihatan mengenal pasti dan membezakan denominasi.

**copy dari KOSMO

Promosi Disember.....cepat2 jgn lepaskan peluang khas utk kaum ibu yg BF....rugi2.....jgn lepaskan peluang keemasan ini

YEAR END SALE (YES)
kini kembali lagi..
Promosi Hebat
Jgn lepaskan peluang keemasan ini
banyak lagi barang yg terdapat di sini....






Hubungi.....

Pn Nahdatul Ashikin
013 3398 418

Wednesday, December 21, 2011

Ulasan Samsung Galaksi Tab 7.0 Plus

Ok kita review sket...kelebihannya...

setakat baru  2 minggu dlm tangan....

1) Touch Screen...tapi di sebabkan dia touch screen maka kena betul2 letak hujung jari kat tempat yg kita nk tekan tu..almaklumla jari kan besar..tapi yg best nya gambar dia boleh di besarkan dan di kecilkan....
2) tahap kelajuan dia masih ok..i mean mcm nk buka sesuatu program tu...cepat jer
3) yg best x payah bwk laptop bagai ke mana2..just boleh guna terus dr tel sahaja...so dh menjimat masa....on jer internet terus ke bahagian mana yg nak..so cepat.
4) jika panggilan yang kita terima x sempat nk jawab...maka cepat2 dia keluar msg samada tgh drive ker meeting ker,,,busy ker,,,
5)paparan dia user friendly
6)yg penting dlm ni ada bahagian MARKET mula2 ingat pasar bagai....rupanya ada mcm2 dlm dia,,mcm kategori kita boelh pilih so x payah dh g kat google cari so semua ada kat bahgaian dalam MARKET tadi...tapi nak masuk dlm tu mesti wajib ada email dr GMAIL...daftar dulu baru boelh masuk dlm program tu
7) boleh dpt tau berita CNN dgn cepat2 sbb apa2 shj yg berlaku cepat jer update
8) boleh tau cuaca di kawasan mana2
9)ada maps bagai...x tau jalan buka jer set samada naik kereta ker, jalan kaki ker,,so amat2 mudah
10)lps tu ada social hub...so mcm2 boleh buat...skrg kan dh fofular fb, twitter, linked mcm2 
11)gambar dia cukup2 terang walaupun dia hanya 3 megapixcel shj
12) bila buat video ok...memuaskan
13)ada ms opis bagai...so senang nk buat keje..lps buat keje terus emailkan...wah..mak suka...keje jadi cepat
14)saiz dia kecil jer...so sennag nk bawak ke mana2....

cuma.....
klu x pakai hand free tu agak sukar sket nk jawab..sbb apa bila kita angkat jer tel tu habis semua muka kita tertutup....tapi...boleh jugak di gunakan sesuatu masa..sebagai cth..konon mcm nk tuutp muka dr x di kenali ke,,,,,,,,,,,,,ehhehehehehheheheheh


yg penting setakat hari ni...mmg memuaskan...tapi tu la...teknologi canggih sekarang hari ni baru jer beli model ni...esok lusa dh keluar model baru.......

so mmg berbaloi2..x rugi membelinya.....

Anai-Anai Dalam Perkahwinan~ Zailan Yusoff

Masih ingat lagi tentang n3 


ya....buku tersebut telah ada dlm tangan saya...selamat sampai dgn jayanya walaupun posmen hanya meletakkan notis menandakan saya kena ambil sendiri di pej pos Kajang.....sbb posmen selalu mcm gitu dia mls nk g hantar sendiri...:(
Alhamdulillah...nanti saya dh habis baca saya kongsikan dgn kalian semua.......


mood: suka..........:)

Tuesday, December 20, 2011

RM89 instead of RM333.90 for 360° Rotating Pu Leather iPad 2 Case + LCD Crystal Clear Screen Protector + Stylus Pen from All 2 Buys Enterprise [73% OFF]

more details boleh klik 

Promosi cuti2 tahun depan...rugi sapa x join.....


Anda mahu bercuti ke Cameron Highlands...skrg ada offer di boleh klik  



rugi mmg rugi....

Ketika kita lapar…tangan ibu yang menyuap,

Ketika kita haus…tangan ibu yang memberi minuman,


Ketika kita menangis…tangan ibu yang mengesat air mata,



Ketika kita gembira…tangan ibu yang menadah

Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita mengantuk…tangan ibu yang dodoikan dengan 



penuh kasih sayang,

Ketika kita mandi…tangan ibu yang meratakan air ke 



seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,

Ketika kita dilanda masalah…tangan ibu yang membelai 



duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.

Namun,


Ketika ibu sudah tua & kelaparan…tiada tangan dari anak 



yang menyuap,

Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan 



ke mulut dengan linangan air mata,

Ketika ibu sakit…di mana tangan anak yang ibu harapkan 



dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad…


Ketika jenazah ibu nak dimandikan…


di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami 



jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib…


Sentuhan ibu, sentuhan kasih…


Boleh membawa ke Syurga Firdausi…


Ciumlah tangan ibu,


Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi…





****tapi kenapa masih ada yg x menghargai seorang ibu?*****

Cuti2 Malaysia, Hotel Seri Malaysia Perlis


Percutian kali ni kita ke PERLIS, PERAK, KEDAH & PULAU PINANG....
wah mcm semua negeri pergi,,,,jgn tertipu...sebenanrnya lalu jer....x singgah pun di sebabkan highway ke Perlis akan melalui semua negeri itu maka di kira semua pergi....waaaaa kejam......
kali ni ke Perlis...bercuti bukan planning tapi rezeki terpijak alang2 en somi ada kerja di area sana..maka kami anak beranak mcm biasa akan follow sbb nk jimatkan duit hotel....penginapan & makan minum di taja cuma guna duit utk belanja lain2 saja...alhamudulillah rezeki...
so menginap di Hotel Seri Malaysia Perlis,,,so far ok puas hati layanan...mmg super2....cuma yang x best nya adalah kawasan swimming pool shj...mcm biasa perkara pertama anak2 jika menginap di mana2 hotel akan cari kolam renang...so masing teruja dpt pulak bilik yg mengadap betul2 di depan kolam renang lagi x lena tidur, mkn x lalu, mandi x basah...hebatnya pengangan kolam renang ni.....so mcm biasa....pagi2 bfast di taja...makanan di sini ok...sedap sekali...banyak menunya...yg paling suka sbb ada jemput2 / cekodok pisang......lps tu apa lagi...terus ke kolam

malangnya....kawasan kolam ni betul2 x bersesuaian......utk kolam dewasa kedalamannya utk 4 feet manakala utk kanak2 dr 3 feet shj...so jika ada kanak2 yg under 3 feet langsung x boleh main air...so amat2 bahaya.....sedang elok2 abg long main air.....tepi2 shj...tiba dia tenggelam dlm air...cuak2 skejap....2 kali tengelam lps tu timbul......issshhh menyeramkan.......


budak ni excited sebenarnya nak main air...tapi malangnya x bersesuai utk baby....so gigit jari je la.......


***takpe syg nanti kita g hotel lain kita cari swimmming pool yg ok***

yg ptg happy walaupun masa yg singkat sblm balik singgah ke padang besar,,,apa lagi kita shopping periuk belangga,,,,,,

senang ibu nk masak..

Friday, December 16, 2011

Prosperity MCD datang lagi....layan perasaan

Erti sebenar PROSPERITY

Perkongsian
  peRsahabatn
    keharmOnian
                keSejahteraan
                      Prihatin
                       kEbahagiaan
                    kemesRaan
                            famIli
                          nikmaT
                                  saYang

hebatnya PROSPERITY
sebab


* di sediakan dengan penuh kemesraan
* bahagia berpanjangan
* gabungan kasih sayang
* satu perkongsian yang manis


dan yang penting.......10sen daripada setiap pembelian akan di sumbangkan kepada rumah kebajikan dalam komuniti anda......
***sambil mkn sambil beramal***


1 set hanya RM 10.95 sajo...
nak yang lebih jimat amik yang family dinner box hanya RM 44.90 lagi jimat dan berbaloi2 boleh jimat dalam RM 26....


layan kehebatan prosperity ni,.....wah..sedapnya...




*** hari ni rehat lama...jom kita melepak di MCD***



Thursday, December 15, 2011

Coklat Minda kelebihan & khasiatnya



Coklat Minda
Harga Runcit
SM : RM49
S&S: RM52

Harga Pakej (6 unit)
SM : RM39
S&S: RM42
Cara Penggunaan:
Untuk dewasa dan kanak-kanak 2 biji sekali makan.

COKLAT MINDA jenama Hijrahadalah satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan dikelaskan sebagai makanan. Sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap, senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan yang mudah.
Khasiat Dan Kebaikan
  • Meningkat dan Menguatkan
    Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang  diajar oleh guru.
  • Mengatasi rasa gugup
    Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan.
  • Memulihkan
    Fikiran terasa begitu lembab/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi.
  • Mengekang
    Rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah
Impak Awal Semasa Pengambilan Produk
  • Fikiran terasa segar dan mampu berfikir  dengan lebih tenang.
  • Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
  • Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama.
  • Pemulihan ‘mood’ kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.

Bahan Asas Coklat Minda


Koko

Selain daripada mempunyai perbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh manusia, koko/coklat juga begitu sinonim dengan ungkapan positif emosi seperti sayang, rasa cinta dan keceriaan. Secara perbandingan, koko/coklat mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membuktikan bahawa koko/coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.
(Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators and Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the USA).

Gotu Kola (Pegaga)

Pemakanan yang menjana tenaga yang disimpan oleh badan, dan secara khusus sangat berguna membantu sistem saraf (nervous system). Gotu Kola ada kala digelar food for the brain. Di negara barat ianya sangat popular sebagai ‘nerve tonic’ untuk megurangkan ketegangan dan menguatkan daya ingatan. Gotu Kola membantu mengatasi ‘stress’, memulihkan ‘reflexes’ dan meningkatkan kecerdasan mental dan tenaga fizikal. Triterpenes yang terdapat pada Gotu Kola bertindak melegakan ketegangan dan kerunsingan (antidepressant activity).
(Petikan kajian oleh Zhong Yao Cai. 2003 Dec;26(12):870-3).

Kacang Soya

Kacang soya menawarkan complete protein profile dan mengandungi semuaessential amino acids yang diperlukan oleh diet seseorang. Kacang soya bukanlah sejenis pemakanan ajaib, tetapi ianya adalah contoh di antara jenis pemakanan yang mempunyai nilai diet lengkap serta mempunyai kesan positif kepada kesihatan.
(Petikan  kata: Christine Lewis, Acting Director of the Center for Food Safety and Applied Nutrition's Office of Nutritional Products, Labeling and Dietary Supplements USA).


Susu Kuda

Alternatif kepada mereka yang alah kepada susu lembu (lactose intolerance) kerana gumpalan lemak susu kuda lebih halus dan hampir menyamai susu ibu manusia. Terdapat banyak kajian oleh saintis pemakanan telah melaporkan komposisi protein dan lemak susu kuda adalah yang paling hampir dengan susu ibu manusia. Komposisi lemak dan pecahan protein, menyatakan susu kuda lebih menyamai susu manusia berbanding dengan susu lembu.
(Kajian Godovac Zimmermann et  al., 1987; Businco et al., 2000; Horrobin, 2000). 


jika berminat boleh emailkan di :  zarith_zarudin@yahoo.com

Kehebatan Samsung Galaksi Tab 7.0

ermmm,,ramai dok bercerita pasal samsung galaksi tab yg baru ni....rasanya baru sebulan kut keluar di pasaran...klu salah mohon ampun dr atas ke bawah


so apalagi rembat satu......wah mcm beli keropok / jajan shj kan...he3...btw thanks to en suami atas hadiah terawal..sempena segalanya..sbb x di nyatakan....yg penting i like......sbb boleh guna internet x perlu nak on laptop bagai......ok ler review sket...
~ kecil sket dr netbook...tapi ok ler x besar sgt dlm 7" shj...so senang nk bwk ke mana2
~screen dia user jugak ler...sbb touch sket pun dh berjalan......mula2 mcm susah sket almaklumlah jari besar sket kan...so nak tekan kat tempat lain tertekan kat tempat lain....
~boleh guna speaker.....atau hand free klu tgh drive...
~banyak kelebihan dia dr segi internet...
~mcm2 boleh buat dgnnya....
~yg ptg banyak games
~sound dia pun ok....
~gambar walaupun 3 megapixcel tapi mmg clear jugak...
~boleh buat call mcm biasa...dlm masa yg sama boleh buat urusan lain...
lagi...banyak lagi...tapi masih dlm proses godek sana2 sini.....

so far bg saya mmg x rugi membelinya sbb banyak keperluan kita boleh buat...


***bersama model iklan x berbayar****

banyak di youtube menceritakan ttg kelebihan samsung galaksi 7.0 ni so ni jer yg boleh upload nak lebih2 lagi sila ke youtube yerk,....layan kan kehebatannya...
***tengok hasil video dr youtube***

*** skrg celcom ada buat promosi.......

harga kat kedai skrg dalam RM 1,699.00..try la cari mana tau tokey tel boleh bg murah lagi.....

KFC BIKIN PANASSSSSSSSSSSS!!!!!!!!

ceh,,,,,,habis dakwat printer sbb dok print kupon free KFC semalam...rupanya hari ni dh habis,,,,padahal dekat voucher tu dh tulis lambat lagi.........katanya 

ermmmmmm

puas dok plan dgn anak2 nak g mkn kfc......hampa...:(


Free Double Zinger Burger Combo KFC

anda lapar?....tak tau nak mkn kat mana?...hari2 mkn nasi mungkin dh boring sket kan....so apa kata kita tukar selera..alang dh free kan...

WOW!!!!!!!
KFC skrg dh buat burger free......
rugi weh...rezeki depan mata.....nak beli mau terbang jugak RM kan...

so tunggu apa lagi....
amik ni....g print lps tu terus zassss ke KFC yang berhampiran.........



I LIKE......jom ramai kita terjah KFC.....

Wednesday, December 14, 2011

hati-hati dengan borang bantuan RM 500 @ BR1M

 hati2 kepada sesiapa yang memohon bantuan tersebut.....tak tau sapa punya angkara...yg pasti borang original adalah berbeza dengan maklumat yang telah di higlight so berhati2 semua...

nak paling selamat pergi sendiri ke mana2 cawangan pejabat dun, LHDN, jabatan2 yang berkenaan lagi lebih selamat...

untuk makluman....info berkenaan maklumat bank adalah sulit....

so berhati2 kepada semua....

buku ANAI-ANAI DALAM PERKAHWINAN



n3 ni saya copy n paste sebulatnya dr blog SYANA

***actually saya dh membelinya so skrg tunggu buku tu sampai ke tangan baru saya review........****


Ok ni aku nak buat iklan
pasal buku ANAI-ANAI DALAM PERKAHWINAN
buku ni xde lagi jual kat mana2 kedai buku ok
so kalo nak dapatkan buku ni bleh email aku: syanasaid@gmail.com
harga buku: RM25
postage: RM5
total: RM30




aritu time dorg kawen, buku ni jadi salah 1 hantaran utk Shera dr BOB



MENGENAI BUKU ANAI-ANAI DALAM PERKAHWINAN:


i. 142 halaman


ii. Panduan mengenalpasti dan mengatasi masalah yang tersirat dalam rumahtangga


iii. Disertakan dengan Check list apa patut dilakukan bai mengatasi/mencegah wujudnya masalah


iv. Disertakan juga kaedah menganalisis SWOT dalam perkahwinan


ok sape2 nak beli bleh email aku: syanasaid@gmail.com

kot2 nak mintak penulis sign sile btau ye..pastu kot nk suh ZA sign pn bleh kot...heheee

Roti bom pasti meletups....kesedapannya


utk promosi 

Nak tau nak mkn apa bfast ker?....mkn mlm ker? atau bila2 masa shj....

mempersembahkan roti bom.....so far saya dh oder kali ke lima....mmg best...roti dia lembut jer..sekali oder 2 peket ( 1 peket ada 6 keping).......

tak susah mana pun...hanya panas kan kuali atau microwave sekejap..dlm 5 minit...+ planta sket....goreng sampai garing nak lagi sedap mkn dgn sambal sardin jer...mudah jer....semudah 1, 2, 3

x rugi jika mencuba......so far saya selalu mkn mlm sbb mengantikan nasi.....atau pun bfast dah x payah nk beratur panjang2 nk tunggu roti canai kat kedai siap...hanya goreng kat kuali kat rumah jer....lagi best...mkn bersama family tersayang

paling best sekeping roti sudah mencukupi...utk alas perut sampai tgh hari sbb saiz dia tebal jika berbanding dgn roti canai di kedai atau yg segera yg lain......

nak oder.....
mudah shj....

ni fb KAK NINA tu

atau

boleh sms atau tel sendiri

Kak Nina
012 3251785

**** sebenarnya mcm2 akak ni jual...ada apam polka dot, ada puding, ada kek kukus, ada roti bom mcm2 ada......nak senang roger sendiri...lagi best...dpt bertanya mcm2 soalan sendiri******

Bantuan RM 500

Panduan

Permohonan bantuan RM 500 kini di buka......borang boleh didapati

* pejabat dun kawasan anda
* LHDN
* boleh print dari website LHDN
* pejabat2 kerajaan
* Pejabat Komuniti


*** layak untuk yg berpendapatan RM 3000 kebawah****



Tuesday, December 13, 2011

ROCK WITH YUNA ONLINE AT THE FIRST EVER PEOPLE POWERED CONCERT!

peluang masih ada weh...TERUJA WEH.....dapat dengar dan tengok yuna secara live.......rugi sesiapa terlepas peluang....cuma nk 10,000 shj...cepat2 kepada semua yang ada nombor hotlink / maxis.....rugi beb

apa tunggu lagi...
cepat dapatkan tiket anda di sini...mana tau masih ada peluang lagi....


BOOK YOUR TICKET NOW!!!!!!!!!

esok konsert bermula 14/12/2011

Soal Hati

kdg2 mkn hati.sekali sekala..best jugak.......mkn hati ayam ker...mkn hati lembu ker...sedap jugak..tapi masalahnya jika makan hati yg dalam sesama manusia....itu lah parahnya.....sbb manusia ni di jadikan ada perasaan...perasaan sedih, gembira, campur2 semua ada.....

sbb tu kdg2 kita ni selalu di ingatkan apabila berbicara jaga lidah tu...kan x pasal2 lidah yang x bertulang tu tergigit,,,,sapa2 sakit....diri sendiri jugak yg sakit kan...

moral~ jaga apabila bercakap.....bila seseorang dh terasa hati buruk padahnya.......

Samsung Galaksi Tab 7.0


Monday, December 5, 2011

Mahu cari duit sampingan

mcm2 sekarang kan...ni yg terbaru dgn buat survey kita boleh kumpul duit...

Anda x percaya... cuba lah

klik 

SINI 

sikit2 lama2 jadi bukit......

Friday, December 2, 2011

Karakter seseorang dari status FB


*****copy dr seseorang.......*****

Anda tergolong dalam kategori mana?

renung2 kan lah

Sebaiknya jangan banyak luah perasaan sendiri di Facebook.
Banyakkan tazkirah untuk semua. Yang tak puas hati tu simpan dalam hati. Mengadu pada Allah lebih baik dari luah kat Facebook....
petikan dari Ustaz Azhar Idrus


keraguan memakan daging keluaran Ramly - fitnah telah tersebar!


ASSALAMUALAIKUM, 
saya terpanggil utk membantu peniaga sesama ISLAM membetulkan keadaan yg telah jauh tersebar minggu lepas oleh kesihatan kedah, mungkin anda pernah menerima sebaran surat palsu ini, walaupun ianya betul sekalipun, pihak DATUK HJ RAMLY sendiri telah membuat penafian dgn fitnah yg tersebar luas ini,mcm juga kes secret recipe haritu, rakyat malaysia mudah terpengaruh dgn cerita cuma di internet, tanpa mencari asal usul dan bukti anda telah menjatuhkan perniagaan Datuk hj Ramly dgn menyebarkan surat2 yg tiada kesahihannya, ingatlah..walaupun kita cuma klik share tapi kesannya besar utk sesuatu perniagaan org yg kena. SURAT DARI JABATAN KESIHATAN YG ANDA BACA ADALAH SABOTAJ DARI SYARIKAT YG TAK SENANG DENGAN KEJAYAAN ORG ISLAM YG NO.1 BERTAPAK DLM BIDANG PEMBUATAN FROZEN di malaysia.

ini adalah penjelasan dari Datuk hj Ramly yang sahih, dikeluarkan dalam bentuk tulisan oleh anak beliau.

YANG BERKENAAN PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)
Perkara di atas adalah dirujuk. Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).
Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM). 
Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech).  Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada). Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.
Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini. Sila ambil perhatian tegas mengenainya.
Yang benar,
DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly

credit by http://www.facebook.com/ctredzuan

yg penting saya mmg suka dgn produk keluaran Ramly ni.....

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers