Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Saturday, June 30, 2012

Kenapa hantar Little Tots

saya menerima banyak pertanyaan daripada pembaca semua..alhamdulillah dan terima kasih atas semua pertanyaan anda, insyaAllah saya akan jawab.

1) Kenapa hantar anak pada usia 4 tahun?
sebenarnya anak saya terdedah dengan orang ramai semenjak usia 3 bulan, selepas habis pantang dan masuk kerja saya hantar anak saya di Taska, so di Taska mereka mengajar anak saya. walaupun mereka menjaga seperti mana BS lain jaga,,,namun dalam pada itu mereka mengajar contoh mcm mana nak solat, membaca, menyanyi, membaca doa dan sebagainya. jadi pada usia 1 tahun dia sudah memahami sebagai contoh sebelum makan, dia akan menadah tangan menandakan perlu baca doa walau hakikatnya dia x pandai utk menyebut isi doa tersebut namun perbuatannya mengambarkan apa yg sepatutnya. jadi pada usia 3 tahun, dia lebih minta ke arah pembelajaran disebabkan pergaulan bersama kanak2 lain di taska, jadi saya mengambil keputusan untuk menghantarnya di Tadika supaya dia boleh bercampur dengan ramai kawan dan terdedah kepada pembelajaran.

2) Kenapa hantar di Little Tots?
saya juga seperti ibu bapa lain, jika anak lebih cenderung utk belajar, InsyaAllah akan buat yang terbaik utk anak2. dalam masa  bulan 6 lagi saya telah buat 'survey' kepada semua sekolah2 yang berhampiran dengan tempat kerja. ini memandangkan memudahkan saya yang akan membuat semua urusan hantar dan balik sekolah. saya survey satu2 sekolah,.,,dan banyak sekolah telah saya survey dari segi pelajaran, bajet dan masa. bukan kata sekolah lain x bagus, semua sekolah bagus, tapi memandangkan anak2 makin besar maka kuasa ekonomi semakin meningkat, jadi saya membuat keputusan biar sekolah x mahal janji anak saya boleh sekolah seperti anak org lain. kenapa saya hantar di little ada beberapa perkara:
1) yuran nya yang fleksibel dan masih di tahap kemampuan saya yang bergaji sederhana hanya RM 160 sahaja utk half day, maksudnya utk waktu persekolahan shj.
2) masa, ada waktu pagi dan petang..so dua masa itu available utk saya uruskan 
3) bagi yuran pendaftaran boleh buat bayaran sebanyak 2 kali atau sebaliknya jika ia membebankan, anda boleh discuss dengan staf2 little Tots, so mereka memahami. jika mampu x de masalah boleh byr semua sekali masa 1 st day..jika tidak boleh buat bila2 janji settle sebelum habis alam persekolah.
4) kadang-kadang kita lambat bayar, so mereka x pernah htr remainder.
5) sekolah






Thursday, June 28, 2012

Khamis malam Jumaat

Malam yang penuh rahmat di atas segalanya....isssshhh jgn fikir 18sx,,mlm ni jom pakat ramai2 baca Yaasin, solat hajat, semoga amalan kita dan doa kita di terima dan di makbulkan. 

sayang kamooooo ketat-ketat




saja poyo-poyo

Alhamdulillah...cepatnya berlalu dah hari khamis dah penghujung bulan June, dh nak masuk bulan July pulak ini bermakna Ramadhan kian hampir....wah syoknya sambut ramadhan...mudahan nak kurus sket...skrg dh mcm gemuks pulak asyik mkn nasi jer.....tapi ramadhan kali ni mcm kesunyian jer..almaklumla biasanya cukup semua anggota keluarga bila berbuka sama2...tapi kali ni berpuasa tanpa ayah...dan mcm x de selera pulak...rasanya.
ingat nak kurus sket nk pakai baju2 lama...almaklumlah thn lepas baru lepas bersalin so bdn mcm kena pam2,,,so skrg bajet nk bergaya sakan..tapi baju blm tempah lagi..ada ker org nak amik tempahan lagi yerk....baju dh siap ada la..tapi mcm x sesuai jer baju saiz s tapi kan kain pulak mcm x muat kat B******..anak dh 3 semua dh kembang kuncup belaka, kan amik baju saiz S kain saiz M kan marah pulak penjual x de di buat di org......ada sapa2 yg amik tempahan lagi.
skrg mcm busy sket kelas berjalan mcm biasa, habis kelas sampai pukul 11 malam,,,sabtu n ahad jer dpt rileks2 sket, skrg dpt bantal terus lena di buat air liur basi..sbb x sempat nak mimpi dh badan keletihan terus berdengkur dah...sedar2 yaya cari t**** nak susu,,,biasa la duduk di kota raya yang ibarat hulur kaki duit ni..kena lah berkorban apa sahaja sbb nk hidup mewah sket,,bukan kata x senang,,,kehidupan mmg senang makan pakai semua cukup x pernah berlapar lagi..cuma nak merasa mewah sket mcm org2 lain rasa so kami nak rasa jugak,,,,semoga semuanya di permudahkan. jadual kelas mcm biasa, jadual kerja mcm biasa, jadual amik hantar ank mcm biasa semuanya mcm biasa tiada perubahan, 

semoga di permudahkan segalanya...

bebel di pagi hari

Wednesday, June 27, 2012

shopping online di ZALORA

sekarang semuanya di hujung jari anda...sekarang semua dh gajikan,,,so x payah pening2 kepala nak tempuh jem bagai.....klik jer..semua di hujung jari ....

di Zalora ni mcm ada...so dia ada bg free voucher RM 20 senang jer caranya nak dpt free gift ni
lagi satu mcm2 design baju utk kanak2 pun ada...fuhhh cantik  up to date fashion dia.....teruja pulak.

mula2 ke laman web 

www.zalora.com.my

lps tu 
sign in email

so tunggu email dari dia org....



Congratulations! Thank you for subscribing to the ZALORA mailing list. You will be receiving the latest updates on all our new arrivals, exclusive deals and special offers.


RM 20 off on your next order! Just enter this code at checkout:

?????????????????????? ( nanti dia bg kod so nt bila buat pembelian masukkan kod yang dia org bagi tu...so dpt lah free gift tersebut......
* Valid for Purchases above RM 80 only.
** For ONE time use only.
*** Voucher Valid one week from date of issue.
Kind Regards,
The ZALORA Team

selamat bershopping....



buy 1 free 1 @ SUBWAY

lapar...jom kita ke subway...

Tuesday, June 26, 2012

Alhamdulillah rezeki dari NYa


syukur yang tak terhingga ke panjat kepada Ilahi...di atas rezeki yang di kurniakan...dan alhamdulillah anak2 saya Sofea 4 tahun dan Aleeya 1 tahun 2 bulan masih meneruskan full BF...syukran
kepada ibu2, bakal ibu...insyaAllah tanamkan niat yang mendalam..insyaAllah akan berjaya.....

saya sokong BF


Kau pergi selamanya...Genap sudah 40 hari

rasanya baru semalam...kita bercakap di telefon
rasanya baru semalam kita bertentang mata
rasanya baru semalam..ayah masih mendengar masalah dan berkongsi segalanya
rasanya baru semalam ayah usap dahiku
rasanya baru semalam baru kita habis habis berborak bercerita pelbagai cerita
rasanya baru semalam aku cium tangannya
rasanya baru semalam aku masak utk nya
rasanya baru semalam kita makan bersama
rasanya baru semalam kita menonton kuliah agama segmen kegemarannya
rasanya baru semalam suara ayah memarahi cucunya
rasanya baru semalam ayah kejutkan aku utk solat
rasanya baru semalam ayah mengajar aku mengaji al quran, solat dan ilmu2 agama
rasanya baru semalam ayah meminta sesuatu dari ku...pertolongan

rasanya baru semalam ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

terlalu banyak kenangan aku bersamanya,,,terlalu indah utk di kenang...
ia masih utuj tersemat di jiwa nurani aku...

dan 

rasanya baru semalam aku melihat tubuhnya terbujur kaku...diiringi bacaan ayat2 suci al quran
rasanya baru semalam aku peluknya buat kali terakhir
rasanya baru semalam aku kucup dahinya buat kali terakahir
rasanya baru semalam aku lihat pakaian yang membaluti tubuhnya dengan kain yang cukup suci dan bersih
rasnaya baru semalam aku mendengar bacaan talkin keatas nya

dan 

baru semalam...kali terakhir kita terpisah di dunia nyata...tapi kita masih bersama dalam kandungan darah yang sama.....

kenangan bersama mu sukar utk aku lupakan..

Al Fatihah Ayah

En Ismail @ Awang Noh bin Awang
20/4/1941 - 14/5/2012

semoga rohnya di cucuri rahmat di tempatkan di kalangan org2 yang beriman.

AL FATIHAH

kepada semua pinjaman PTTN


tadi jalan2..so terbaca satu artikel di tulis oleh adik manis ni...Hanis Zalikha...so tertarik dengan penulisannya......


Masih teringat lagi betapa beria daku masa nak dapat pinjaman PTPTN. Bersungguh print semua dokumen yang diperlukan, pergi pesuruhjaya sumpah untuk sahkan semua dokumen, semangat call kawan berpuluh kali nak make sure semua dah set dan ready, dan beratur sepanjang-panjang line hanya tunggu untuk dipanggil. Tiba-tiba terlupa nak beli setem hasil LOL.

Beberapa minggu kemudian, bila permohonan diterima, BESAR RAHMAT.
Maybe I should educate some of you how PTPTN really works. Especially the ones yang baru nak melangkah ke alam pengajian tinggi. Macam ini cerita PTPTN sebenarnya.

Pada suatu ketika dulu, tak ramai yang dapat melanjutkan pelajaran ke univerisiti. Sebab tuh kalau kita baca novel Melayu, mesti sikit-sikit ada “impiannya melanjutkan pelajaran ke menara gading” “cita-cita sedari kecil untuk menjejaki menara gading” suka betul novelis dengan perkataan menara gading kenzzz. Macam sangat jauh impian itu, dan memang pun jauh kerana tak semua ibu bapa mampu biaya pengajian anak dan waktu itu kerajaan hanya mampu sediakan biasiswa untuk budak pandai.

Tapi sekarang, wah hampir semua orang yang kau kenal berada di menara gading atau telah grad bukan? It’s no longer a distant dream / the impossible. Because PTPTN made it happen.

PTPTN=Enabler.

Walaupun belum sampai tahap di mana kerajaan mampu sediakan free (higher) education, tapi kerajaan still wanna see anak–anak muda dapat akses kepada pengajian tinggi. Langkah yang mereka ambil? Mereka pinjam dari institusi kewangan tempatan, mereka tanggung kos interest sebanyak 4-5%, dan beri pinjaman PTPTN kepada u all. Mereka subsidikan interest itu dan peminjam (kita-kita nih) cuma tanggung kadar upah 1%. Dari tahun 2004-2011 alone, kerajaan dah tanggung sebanyak RM3.62 billion untuk faedah tu. Wow ‘pendidikan anak bangsa’. Kelas kau!

Siapa nak, silalah silaaa. Oh tapi siapa taknak, tak paksa punggg.

Susulan itu, dah pinjam kenalah bayar ye dok? Masa mohon beria beli setem hasil, beratur bagai, siap sign kontrak janji sepenuh hati nak bayar. Kan kos interest dah subsidikan maka peminjam bayarlah kos yang dipinjam and kadar upah 1% sahaja.

Apa? Taknak bayar?! Boleh, boleh. Malaysia boleh! Silalah belajar pandai-pandai, siapkan semua assignment, buat presentation gempak sebab kalau Ijazah Sarjana Muda dapat Kepujian Kelas Pertama kau memang dah tak payah bayar langsung. Pinjaman PTPTN anda terus lupus! Pilihan di tangan anda. Reti ke idok?

Sebab ramai yang tak reti dan mengamuk-ngamuk bila kena bayar balik L Tapi dalam pada mengamuk, ramai juga yang bayar balik (sejumlah 55%, sehingga Disember 2011) sebab diorang ini ada tanggungjawab dalam diri, diorang sedar ramai lagi orang mengharapkan pinjaman PTPTN, diorang faham konsep lembu pegang pada tali manusia pegang pada janji, mereka tak suka berhutang (sedangkan berapa posen je pun kita pinjam kita dah tak senang duduk nak ganti balik)… oh dan mereka taknak kena tahan kat airport. Eh? LOL.

Kepada yang bising kata mana duit kerajaan pergi, kenapa tak boleh bagi free education hoi? 
Do you guys really think (those yang study local unis) that your yuran is as cheap as what you’ve been paying all this while? Really guys? Come on… takkan business study yuran RM500 satu semester. Sah, sah kerajaan dah subsidikan, yuran yang kita patut bayar. Untuk genggam segulung ijazah yurannya cecah puluhan ribu.  Contoh lain, pelajar kejuruteraan UKM cuma bayar RM5600 untuk complete 4 tahun walaupun yuran sebenar adalah RM61,200. Nampak ke tak kerajaan subsidikan sampai 90.8%?

Jangan ingat gaji lecturer, gaji tukang sapu, gaji technician yang keluar masuk betulkan projector tuh semua tak payah bayar ya. Semua ini dalam kitaran wang, jangan pentingkan diri sendiri bila berhujah.

“Eleh baru subsidi 90.8% dah poyo, kerajaan poyo! Finland bagi free education kat rakyat dia!”Hewhewhew awak comellah! Awak tahu ke cukai diorang 53%? Cukai maksimum kita rakyat Malaysia hanyalah 26%? Kalau tahu baguslah, bagitau pokcik mokcik sekalian.

Akhir kata, siapa berjaya dapat pinjaman PTPTN, jangan boros k! Portion untuk bayar yuran pengajian awak tu sangat kecil daripada apa yang awak bakal dapat. Ini semua based on additional calculation sara hidup seorang pelajar maka, saralah hidup anda baik-baik. ITU DUIT PINJAM! DUIT PINJAM! TAKNAK BAYAR BALIK SILA BELAJAR RAJIN-RAJIN!

Thursday, June 21, 2012

pengantin lelaki bawah umur. saksikan

1 Syaaban

Alhamdulillah hari ni sudah 1 Syaaban..beerti tinggal lagi 29 hari sahaja kita bakal menyambur Ramadhan..bulan yang di tunggu oleh semua Umat-umat islam seluruh dunia.....
antara kelebihan bulan Syaaban


  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Monday, June 18, 2012

Kek Barbie

Kek Barbie saya tempah dengan kakak yang tinggal di bangi, so mmg berbaloi2 dan mmg cantik sgt2, kek ni adalah kek sofea dan dah selamat di potong bersama kawan2, di Little Tots, kepada sesiapa yang berhajat nak tempah bermacam2 jenis kek kakak ni buat, so boleh lah tel direct 

017 336 2809 (kak Akma)

COKLAT MINDA


Alhamdulillah, saya dh mencuba nya dan hasilnya tidak mengecewakannya. banyak ketara dah nampak perkembangan pada anak2 saya, baik abg long dan sofea. 
mmg x rugi membelinya, dan mmg berbaloi saya korbankan duit demi utk kebaikan anak2...
so kepada sesiapa berminat boleh tel terus  atau jika nak tau perkembangan anak boleh PM saya atau sesiapa yang tinggal di area kajang boleh berjumpa dengan saya dan anda boleh nilai dan lihat sendiri perkembangannya...alhamdulillah
emailkan di zarith_zarudin@yahoo.com atau boleh jugak PM saya di FB, insyaAllah saya akan membalas semua pertanyaan.

sama2 kita berkongsi kebaikan demi anak2 kita

JZKK

Peristiwa Israk dan Mikraj

Selamat bercuti kepada seluruh sekolah2 agama di seluruh Malaysia, orang2 negeri Kedah Darul Aman, Negeri Sembilan Darul Khusus dan Perlis Indera Kayangan)...yang lain2 kerja yerk...jgn amik cuti pulak..

copy n paste

http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/2868-peristiwa-israk-dan-mikraj-dan-pengajaran-yang-perlu-di-hayati.html


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.
Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.
Sahabat yang dimuliakan,
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)
Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

Sunday, June 17, 2012

Masalah parking di tempat awam

kenapa tempat parking org cacat selalu di salah guna?...kadang2 sedih tengok org2 kita ni,,,selalu berlaku di shopping complex ker, atau parking di tempat awam, selalunya masalah parking utk khas org2 cacat di salah guna...tapi yang pelik tu yang parking semua kereta mewah. tapi yang menjadi kepelikan pakai kereta mewah, kereta besar tapi x pernah fikir masalah orang lain. lagi satu masalah bahagian parking khas utk ibu n anak2..dah terang2 tang gambar kat situ tunjuk bahagian ibu n anak2..tapi yang parking couple, yang dtg sendirian..cuba lah fhm sket masalah org lain. saya selalu ke Tesco Kajang, so di sana bahagian depan barisan pertama parking di tepi pintu masuk adalah di khaskan parking utk org2 cacat ada dlm 4 parking jika x silap, bahagian anak2 n ibu bapa ada dlm 10 kut jika x silap.....tapi permasalahannya yang parking di bahgain tersebut bukan golongan tersebut. bila kita sound jawapanya, siapa cepat dia dapatlah....kepada pihak tesco tolong la jaga sket, bagi la kemudahan pada org yang berkenaan sket......bukan di tesco sahaja,,malah di tempat2 awam, contohnya macam di Rn R ker...atau di mana...kadang yg parking di tempat gitu x de pulak ada logo pemandu cacat di kenderaan...dengan slamber badak dia...jer turun..yang org berkenaan kena pusing berpuluh kali utk cari tempat parking.....sama2 la kita fikir masalah org lain jgn kita fikir masalah kita sahaja.....bila di tegur lain la pulak pandangan kat kita itu blm sound sound lagi..masyaAllah..

sama2 kita menghormati orang lain...esok2 org akan hormati kita..bukan kena bayar pun.....

Saturday, June 16, 2012

Teknik Rebonding...cara yang sunggu menjimatkan masa


sedia maklum rambut Yaya sejak di lahirkan adalah ala2 "ber" sket bab kata student2 tuisyen saya,,,Umie, Nina dan Anis.

tapi untie2..semua Yaya nak tunjukkan hasil rambut Yaya setelah mak kita buat 1 teknik khas....
sudah bersedia semua
ni rambut yaya yang original sejak dari dalam perut ibu....ini rambut arwah atuk.....rambut arwah atuk sebijik macam rambut yaya,,,sebab tu atuk excited kut masa Yaya di lahirkan,,,,

ni sebelun yer 

proses menyiapkan rambut Yaya,,,masa ni Yaya ada jemputan makan2.

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...cantik tak...hasilnya....nanti bila Yaya dah pandai berjalan, Yaya nak buat lagi la....nak pakai baju cantik..Thanks mak...nanti nak raya buat lagi rambut Yaya yerk...Yaya nak pakai kebaja...

tapi....mcm mana nak kecilkan bahgaian pipi Yaya ni..
Untie2 Uncle semua ada petua tak.......acu bagi tau sket..nanti Yaya nak practis..

terima kasih semua

Happy Fathers Day

Happy Fathers Day / Selamat Hari Bapa kepada seluruh kaum2 lelaki yang bergelar bapa, espicially to my hubby...bapa kepada anak2 kesayangan...

Zarith Zaquan, 
Zarith Zyra Sofea 
dan 
Zarith Zyra Aleeya...
ucapan mewakilkan anak2..

Ayah..kami sayang ayah.....
terima kasih atas segalanya...



I feel safe when you are with me;
You show me fun things to do;
You make my life much better;
The best father I know is you.


I'm happy you're my Dad
And so I want to say
I love you, Dad, and wish you
A Happy Father's Day!




Friday, June 15, 2012

pesanan arwah ayah hanya tinggal kenangan,

Pesanan arwah ayah

jangan dengki dengan orang lain , x kisah dalam apa jua sekalipun
bercakap la benar...jangan suka menipu
jangan derhaka pada ibu dan ayah
hormat pada org lain x kira tua atau muda dari kita
jangan ada iri hati
biar orang sakit kan hati kita,,,jangan kita sakitkan hati orang
biar apa org cakap pada kita,,,hanya Allah sahaja yang tau jawapannya
tau asal usul
jangan sekali2 berlagak sombong
hiduplah secara sederhana, jgn senang sket terus jadi hidung tinggi
solat jangan tinggal
mengaji al quran
didik anak2 dengan cara terbaik
rendahkan sket diri kita,
yang penting ingat ALLAH selalu walau dalam apa jua sekalipun

pesanan yang akan ku ingat sampai bila, 

Semoga Ayah tenang di SANA, 

Hanya iringan doa dari kami semua, ALFATIHAH
AMIN Ya Rabbal Alamin

Zainu bt Mat ( bonda)
Hasnah Ismail & keluarga
Samsiah Ismail & Keluarga
Hasliza Ismail & Keluarga
Zamaney Ismail & Keluarga
Zarida Ismail & Keluarga
Mohd Zaidi Ismail & Keluarga
Siti Norain Madaniah Ismail
Mohd Zulkifli Ismail & pasangan
Nuruk Akmar Ismail
Nor Mazita Ismail & Keluarga

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers