Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Wednesday, December 30, 2009

hello 2010


Kenangan 2009

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah penghujung 2009, tinggal beberapa hari, jam, saat lagi nk ke tahun 2010. Alhamdulillah bersyukur padaNya masih bernafas di bumi ini bagi meneruskan kehidupan lagi. InsyaAllah akan yg terbaik. Untuk thn 2009 banyak kenangan manis yg kami lalui. semoga tahun2 akan datang semoga ia mendapat lebih kerahmatan dariNya. Terima kasih pada suami yg tersayang yang tak pernah putus2 untuk mencari apa sahaja demi meningkatkan ekonomi keluarga,,,,,, ye ler tambahan sekarang semua benda memerlukan kos yang tinggi...aku teramat bersyukur padaNya kerana memberi peluang utk bersamanya selamanya. terima kasih atas pemberian ini......
  • Kasih sayang, cinta yang x pernah pudar buat ibu & anak2 utk selamanya
  • permata hati yg amat nilai harganya. alhamdulillah dgn kehadirannya memberi seribu makna buat kita sekeluarga

  • sebuah kereta utk ibu kemudahan semua
  • sebuah rumah untuk kita seisi keluarga bersama selamanya......
  • sebuah basikal utk ibu mengekalkan stamina utk kurus....heehehe


thn depan apa plk hadiahnya yerk?.....heheheheheeh






December 2009

Sebenarnya dalam bulan ni cukup setahun blog ini, ingat kan dulu just suka2 saja sign in blog ni itu pun sebab termasuk dalam silibus mengajar. klu tidak x kenal pun apa itu blog.....heheheh kuno kan belajar dlm IT tp malas nk explorer....tp bile baca blog org lain timbul rasa minat plk...so teruskan jugak tapi kdg kala x update pun sebab KEMALASAN nk menaip....saya hanya suka membaca tapi x suka menulis....pelik kan. buat blog ni sebenarnya utk berkongsi suka duka dalam pelbagai hal...bukan utk luahan perasaan sebab kdg2 bile boring ker,,,feeling apa saja ade bhn utk membaca dan mengingatkan kisah2 yg pernah berlaku.
utk thn ni sempena cuti sekolah kami sekeluarga x planning nk kemana sebab masalah kebizian melanda, cuti hari Jumaat, tapi sabtu my hubby keje plk so pendam je ler nk kemana, cuma ade majlis makan2 bersama family saja. itu pun kdg2 lupe bwk kamera so x snap gambar ler. tp banyak masa diisi bersama keluarga.

Friday, December 4, 2009

kenapa hati seorang wanita sering kecewa?????

Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja sambil melayan mendengar radio kegemaranku Sinar FM....mcm biasa topik di pagi yang mulia " Ada Sebuah Masalah", tiba2 hati ini tersentuh dengan luahan perasaan seorang isteri yang amat kecewa terhadap suaminya. Pasangan ini yang sudah berkahwin hampir 6 tahun, dan tengah mengandungkan ank yang ke 2. Namun malang bg si isteri apabila tengah sarat mengandung, si suami sanggup bermain kayu tiga, si suami sanggup melakukan apa sahaja demi cintanya kepada kekasih hati, sedangkan tiada perasaan langsung terhadap isteri yang sedang mengandung hasil benih darinya sendiri.....dimana tggjwb seorang suami.? apabila persoalan ini di utarakan maka beribu2 reason yg akan di jawab oleh yang bergelar suami, mungkin ade kesilapan yg telah di buat oleh seorang isteri, contoh mcm dah x secantik dulu....dan sekarang br nampak kekurangan seorang isteri.....adakah kecantikan menjamin kebahagian? tanyalah hati...... namun buat pembaca semua. saya amat suka pada coretan sila klik di blog http://bersamasuzana.blogspot.com . banyak info2 menarik yg boleh kita dapati di dalam blog ini.

Thursday, December 3, 2009

Dalam Kenangan....

Sebenarnya ini berita sedih yang baru ku terima , Carol telah pergi buat selama-selamanya lewat petang semalam di University Hospital Kuala Lumpur. Carol adalah bekas student yg ku ajar dan menegenalinya sempena charity di bawah kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita dan E Home Makers sebuah badan amal (NGO) di Kuala Lumpur pada Oktober 2008. Sangkaan ku dia hanya kanak2 kecil tapi sudah berusia lewat 40an namun kuasa tuhan siapa yang tahu, dia mengalami kecacatan ketika di lahirkan. Dengan bersaiz kanak2 yang berumur 1 tahun lebih, dan hanya menggunakan electronic wheel chair ia mampu untuk bergerak seperti kita yang normal. mengenalinya memberi aku seribu makna, pengalaman yang amat2 berharga dan sukar utk aku melupakannya sampai bila2. kecacatan yang dialaminya memberi semangat utk aku lebih kuat dari pelbagai aspek.....semoga Carol bahagia di alam lain....



Dalam kenangan, gambar ni diambil sewaktu aku tengah mengajar mereka semua, kalian tetap di hati ku buat selamanya......

Monday, November 30, 2009

AQIQAH & KORBAN...

Alhamdulillah bersyukur pada kurniaan rezeki dari MuYa Allah (S.W.T), tahun ni kami sekeluarga selamat membuat majlis Aqiqah dan Korban. Act majlis Qurban ni di buat di Kuala Lipis Pahang, di rumah my mom & dad...so lps jer sembahyang raya cepat2 bertolah ke kampung. Operasi menyembelih akan di buat lepas sembahyang Jumaat sebab masing2 rumah di situ ade buat korban...so jenuhler makan daging korban penduduk di situ.
Aqiqah
Zarith Zyra Sofea
Qurban
Zarith Zyra Sofea
Zarith Zaquan
Zarudin
Zamaney
Allahyarhammah Raniah Hj Mat Isa
inilah binatang korban kami sekeluarga pada tahun ni, jika di izinkan lagi InsyaAllah tahun depan akan kami laksanakan lagi....doakan lah semua agar kami di murah kan rezeki dariNya.

sebelum operasi sembelih, terasa begitu sayu hati...apabila orang ramai bersama2 membaca takbir hari raya, mengingat kan diri ini pada cerita Nabi Ibrahim As, pada kebesaranNya...




Alhamdulillah selesai sudah, terima kasih kepada semua yang sudi membantu.









Wednesday, November 25, 2009

Bila x de kerja nak buat

apabila dah x de kerja nk buat so layan anak2 ni ler akibatnya......act ank dara ku ni Sofea suka make up so ayahnya telah beli satu set alat make kalah ibunya....he3...so layan ler ragam anak2

see muka Sofea dah mcm apa.....

See muka Abg Long


Jelmaan Harimau Jadian...

dah lama mencari baju ala2 corak haiwan ni....so akhirnya bertemu jua so model yang akan pakai adalah anak dara ku........
lo...apasal muka Sofea ni mcm gini......




Graduation Day

Pada 22/11/2009 Ahad yg lepas, majlis graduation abg Long,,,,,,sekejap jer kan masa berlalu dah habis sekolah. Act Abg Long baru umur 4 tahun, saja je masukkan sekolah awal supaya dia ade ramai kawan & ade mood nk belajar so far alhamdulillah perkembangan Abg Long amat memuaskan. dah boleh membaca, mengira & mengeja so 3M tu dia boleh capai, thanks pada semua teacher esp. teacher Mas.....next year buat yang lebih baik yerk.....
Abg Long masuk acara " Chicken Dance" so layan jer ler gambar ni, budak pompuan belakang tu pasangan dia.....kelakar tengoknya....ni lah yg ibu tunggu2 sebab setiap gari kat rumah dia practise asyik menari jer.....so puas hati ibu menontonnya.....ragam Abg Long
So far Alhamdulillah result exam Abg Long amat memuaskan hati Ibu, walaupun dengan usia 4 tahun.......Mid Sem No. 1 Finale pun Alhamdulillah no. 1 so Abg Long dapat hadiah pelajar cemerlang utk 4 year, tu ler guru kelas dia Teacher Mas namanya,,,thanks kerana bersabar dengan karenah Abg Long...nama Abg Long sebenarnya Zarith Zaquan tp sebab dia selalu membahasakan dirinya Abg long so satu school panggil dia Abg Long dr 4 years sampai ke 6 years dan semua guru pagi petang pun panggil Abg Long.....
br 4 years tp berat dia dah 39kg.....cuba bayangkan saiz seluar & baju sama saiz dgn ibu....jimat2 boleh share2

try upload video konsert dia....tp slow ler....so nt ibu cuba lagi yer..:)




















Friday, November 13, 2009

SERIBU KENANGAN

ermmm ni lah kenderaan yang banyak berjasa buat kami sekeluarga. terlalu banyak kenangan. dulu masa mula kenal ngan cik abg (2003) kereta ni ler ke hulu ke hilir bersamanya. susah senang dengan kereta ni, dulu colour hitam warna kegemaran ku.......tp dah tukar ke colour merah kasi garang sket. banyak kenangan dengan kereta merah ini. tp thn 2008 ia telah bertukar tangan, kereta ni telah dijual, entah sapa sekarang yang memakainya, dah lama x nampak memandangkan pertambahan keluarga so kena korbankan sket utk beli kereta lain. alhamdulillah segalanya telah tertulis olehNya. gambar ni di ambil pada hari nk serahkan kereta utk driver yang baru.

Perkembangan my baby

sekarang umur sofea dah 1 thn 7 bulan, but still breastfeeding....alhamdulillah. dah pandai berjalan dah nak mula menyusun ayat untuk bercakap. tp buat masa sekarang hanya pandai sebut ayah sahaja but fhm arahan apa yg kita bg. tp kuat merajuk silap sket merajuk, tak dpat apa yg di hajati merajuk....pening2. tp terlalu manja dgn ayahnya....mcm mana keadaan mesti cr ayah.

inilah satunya cucu perempuan tunggal" ibu, sofea x suka pakai baju mcm ni ler?...nak buat mcm mana di kelilingi oleh lelaki...
sangat lasak x mcm seorang pompuan

see,,,,,kebanyakkan gambar semua bersama ayahnya....ank ayah



EXAM....

syukur alhamdulillah abg long dah dapat keputusan exam, Alhamdulillah masih no. 1 lagi. peksa setengah thn ari tu pun dapat no. 1 jugak....buat abg long tahniah, ibu & ayah senantiasa mendoakan agar abg long mendapat yang terbaik. esok nk g amik report card di sekolahnya...so gambar semua kertas exam nt publish. Terima kasih buat all teachers at Tadika Titian Ilmu Prima Saujana, Kajang jasa kalian terlalu banyak dlm mendidik ankku...terutama sekali buat teacher Mas. alhamdulillah abg long br umur 4 thn dah pandai membaca. thank you very much.

28/11/2009

ermmm lambatnya nak tempuh tarikh itu?...ada apa dengan tarikh itu.......tunggu..........................x sabar rasanya....Alhamdulillah makbul jua akhirnya hajat ku ini.

Tidak menyesal mengenali mu......


baca n3 ni betul2 ikhlas dr sanubariku........buat suami terchenta....


Alhamdulillah syukur pada mu Ya Allah, kerana mempertemukan aku dgn seorang lelaki yg bernama ZARUDIN BIN ZALLI. Tarikh ari ni, tarikh keramat bg aku kerana apa?.....kerana ari ni adalah tarikh abg melamar aku..... dan bertepatan dengan ari Jumaat 6 thn yg lepas....cepat2 buka semula memory lama2. terima kasih abg kerana menyanyangi hati ini, memberi sepenuh ruang hati ini utk dimilikki.

Ya Allah

aku bersyukur padamu kerana mempertemukan aku dengan seorang lelaki yang betul, memberikan aku segalanya apa yg aku hajati....syukur Alhamdulillah.

Abang

tarikh ini memberi seribu makna, makna erti sebuah hubungan yang serius. walaupun dlm jangka masa yang singkat sahaja kita di pertemukan namun mengambil keputusan yang drastik, namun ayang bersyukur sangat2 padaNya. Segalanya kita tempuh bersama susah payah, senang....

Salam Jumaat,,,,

Saja nk berkongsi maklumat, buat pembaca blog semua....(secara langsung atau x langsung) ni ade sedikit maklumat, beberapa tips utk makluman, ada org pernah bagi tau amalkan amalan ni

  • baca surah Al Waqiah setiap mlm sebelum tidur
  • selawat 100 kali selepas solat
  • puasa Isnin & Khamis

InsyaAllah jika di amalkan kita di murahkan rezeki olehNya...InsyaAllah.

Sekejap masa berlalu....

Rasanya pejam celik pejam celik sekejap jer masa berlalukan dan nak sampai penghujung thn 2009.....umur pun dah meningkat he3 ( but still young), so untuk tempoh bulan November ni banyak sangat xtvtnya, setiap hujung minggu ada saja benda nk buat. so far ok ler dapat membz kan diri. lps ni nk fikir azam thn depan plk, nasib baik azam thn tercapai jugak ler. alhamdulillah syukur......

Tuesday, November 3, 2009

HATI & PERASAAN

HATI DAN PERASAAN
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Wallahu A'lam.

BERSEDEKAH....

Orang beriman tak takut belanja harta mereka bagi meringankan beban golongan memerlukan.KEKAYAAN tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.Dalam satu kisah, diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan pada lengannya. Baginda menepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman: “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya? Nabi Ayub menjawab, “Ya benar; demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatan-Mu”. Kisah ini menegaskan pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan Allah. Cara mendapatkan keberkatan daripada Allah, antaranya:
Bersyukur atas apa yang diberikan Allah.
Belanjakan harta pada jalan diredhai Allah Berusaha cari rezeki halal Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan beri sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim. Bersedekah kepada anak yatim, miskin, jika boleh setiap hari. (Cari anak yatim untuk diberikan) kerana dengan izin Allah akan diganti tanpa kita sedari.
Ikhlaskan pemberian, sedekah hanya kepada Allah bukan mengharap pujian (pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dulu, selepas itu barulah kepada jiran dan orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam. Konsep sedekah: Berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam al-Quran (surah al-Imran ayat 92).Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat, bukan untuk dunia) Amalan diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan). Menurut Nabi SAW, 9/10 (90 peratus) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 saja.
Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan jujur, cekap dan amanah. Peniaga amanah akan dibangkitkan bersama nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan adalah amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam. Jika tidak aktiviti ini, seluruh umat Islam akan menanggung dosa. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam hadis, Nabi SAW menerangkan setiap awal pagi, ketika terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, “Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan harta kepada Allah.” Yang satu lagi menyeru, “Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek).” Orang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: “Takutilah api neraka walaupun dengan sebiji tamar.” Dan sabdanya lagi: “Sedekah itu penghapus dosa seperti air memadam api.”Jika dapat diamalkan, rezeki yang dikurniakan Allah akan kekal walaupun sudah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang sudah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta, belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi daripada sumber yang kita tidak ketahui.Bersedekah itu boleh dilakukan oleh semua orang sekalipun orang itu tidak berharta. Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah, pelaksanaan perintah Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim sesama Muslim.Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan di antara hamba sesama hamba. Firman Allah: “Wahai orang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepadamu, sebelum datang hari yang tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan yang akrab dan tiada lagi syafaat padanya. Dan orang yang kafir itu adalah golongan zalim.” (Surah al-Baqarah, ayat 254)Rencana disediakan oleh Penulis Khas YaPEIM

PROGRAM QURBAN & AQIQAH DI MINDANAO

Ini salah satu syarikat NGO yang mengendalikan program Aqiqah & Korban di Mindanao. kenapa pilih Mindanao? ini kerana terdapat beribu2 umat Islam di Mindanao yang menderita namun tidak mendapat publisiti yang meluas so atas niat murni seorang hamba Allah maka ia menjalankan bantuan kepada rakyat Mindanao. terdapat beribu2 umat Islam Mindanao serta anak yatim di sana yang memerlukan bantuan kita semua, so atas dasar sesama Islam maka marilah kita bersama berganding bahu untuk membantu sedaya yang mungkin.Ni tahun yang ke 2, program ini di laksanakan. so kepada sesiapa yang berminat untuk membuat Aqiqah & Korban boleh berhubung terus di:
Aksi Cepat Tanggap (M) Berhad
Suite 1, Pusat Komuniti Sg Kantan, 43000 Kajang Selangor
Tel: 03 8739 5872 Fax: 03 8739 5872

ni ada sedikit fakta yang boleh di kongsi oleh semua pembaca. Kajian ini telah dibuat oleh ACT Malaysia pada Julai 2009 ke atas 11 buah rumah anak yatim di Central Mindanao mendapati keadaan prasarana rumah2 anak yatim adalah sangat dhaif. Rata2 mereka tidur di lantai sahaja tanpa tilam bantal yang sempurna dan tiada almari baju. Guru2 dan pengasuh juga dibayar dengan gaji yang sangat rendah (RM70-RM250sebulan). di samping itu mereka juga terdedah kepada penyakit kerana mendapatkan air dari sumber yang tidak sempurna.

* Bersyukur lah kita padaNya*


Bulan Penuh keberkatan

Sengaja n3 Aqiqah & Korban ini di paparkan, walaupun hari raya haji lambat lagi.....tapi ingin berkongsi maklumat sahaja. Sana sini kita dapat lihat orang pasang iklan mengenai maijlis Aqiqah & Korban bersempena dengan Sambutan Hari Raya AidilAdha yang bakal tiba x lama lagi.....pejam celik pejam celik lagi beberapa minggu sahaja lagi. Macam2 program yang dapat kita lihat, bagi yang berkemampuan atau duit lebihan sket2 boleh menunaikan majlis aqiqah & Korban ini.

AQIQAH & KORBAN...

Seperti yang dimaklumi, hukum Aqiqah adalah sama dengan hukum Qurban iaitu sunat muakkadah, iaitu sunat yang amat dianjurkan, terutama bagi mereka yang mampu. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Tirmizi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud) Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut di kepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara' ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

Friday, October 30, 2009

Mcm2 xtvt

ermmm lamanya x update bukan di sebabkan tapi kemalasan telah melanda nak buat mcm mana kan.....aku ni biase ler....padahal x ler penat sangat tapi buat2 tu yang lebihnya....
walaupun musim raya dah habis, ni kisah penghujung raya. ni lah semangat kemasyarakatan di tamanku, semangat gotong royong sama2 buat majlis sempena hari raya,,,,,alhamdulillah semuanya bersatu padu. Acara masak memasak, ni antara gambar semasa majlis hari raya tersebut.


ni golongan artis2 jemputan, tapi so far ok ler, perhatikan betul2 yg pakai baju hijau tu....see sempat lagi simpan kopiahnya tp sporting.







ni x boleh lupe.....empunya blog wajib,





Friday, October 9, 2009

Mak kau hadir lagi.............

Terima kasih banyak2 mak selalu hadir di samping Zaa, saat Zaa gembira dan berduka. Kalau dulu kita sama2 bersembang ade sahaja cerita yg dibualkan....sekarang zaa x de tempat utk zaa bercerita, tp kini mak dah x de tapi still hadir dalam mimpi zaa. walaupun mak x mampu utk berbicara dengan zaa lagi, tapi senyuman mak dalam mimpi zaa membuatkan hati zaa benar2 berasa bertuah. minggu ni sahaja dua kali mak hadir dalam mimpi zaa. terima kasih , aku bersyukur padamu Ya Allah kerana memperkenankan doa ku....walaupun zaa hanya menantu mak, tp mak tak pernah sama sekali membezakan zaa, zaa bersyukur dan bertuah kerana mendapat ibu mertua seperti mak, walaupun dah x de galang gantinya, zaa akan senantiasa mendoakan kesejahteraan mak selalu.
"Ya Allah aku memohon kepadamu agar tempatkan lah allayarhammah Raniah Hj Mat Isa di tempat org2 yg beriman....Amin Ya Rabbal Alamin.."
zaa bahagia di sisi Udin, Zaquan & Sofea.........

Inilah wajah ibu mertuaku, gambar ni sempat di rakam di Hospital Kajang sewaktu sakit pada bulan Julai 2007. setahun kemudian, Dalam kenangan.......................pulang kerahmatullah pada 29/Julai/2008,

Thursday, October 8, 2009

Jom kita merempit......

ok dik dah sedia, pegang abang kuat2 yer.........jom broom broom................

Wednesday, October 7, 2009

Betapa sukarnya....

ceh....melihat kepada tajuk n3 kali ini macam teruk sangatkan.....x de ler sebenarnya saja buat2 gempak saja.....entah ler aku pun x tau mcm mana nk citer sebenarnya, aku pun pelik dgn sikap n perangai aku sendiri kenapa sejak2 akhir ni aku sedikit emo.....ke nk................................oh tidak...........
Ya Allah aku pohon padamu, makbulkan hajat aku selama ini.....amin..
kadang kita memahami tp kenapa ada yg tidak memahami, lumrah kehidupan kita tak mampu utk menangkisnya namun kita sebagai manusia mampu untuk mengubahnya sendiri..........
aku akan hadapi apa yg berlaku dengan penuh tabah. setiap dugaan yg melanda ada hikmahnya. aku hanya penuh kusyuk berdoa padaMu, hanya engkau yang mendengar luahan hati aku........

Open House, Open House situ sana sini........

Masih cerita di bulan Syawal.......macam biasa seprti kelaziman kalau di bulan Syawal ni sana sini orang buat open house....tp rumah ku macam biasa rumah tertutup hehehheheheheh........so sepanjang bulan Syawal ni setiap minggu ada jemputan...tapi memandangkan kesihatan sofea belum pulih sempurna lagi so kami sekeluarga mengambil keputusan untuk tidak menghadirinya...minta ampun dan maaf banyak kepada sesiapa yg invite kita org.....

Asma

Sebenarnya n3 yg lepas ada di ceritakan tentang anak dara ku Sofea yang keletihan dan tak bermaya. mula2 ingat dia keletihan sebab sepanjang cuti kami sekeluarga bawak dia g jalan sana sini, tp benarlah telahan hati seorang ibu ada kebenarannya, hari Isnin tu hati ku mcm x sedap jer....tp aku teruskan kerja sepeti biasa, terasa mcm nak cepat balik jer x tau ler kenapa ari tu.....tepat pada masanya jam kul 5.30 petang terus balik dan pergi amik ank2 di taska, setibanya di taska ku lihat Sofea dah x bermaya, mengikut report dr cikgu dia, ari ni Sofea x aktif, x nak minum susu. cepat2 balik rumah terus ke klinik pakar kanak.....bila di cek rupanya sofea semput / asma patut ler dia x bermaya sebab saluran susah nak bernafas. terus doctor masukkan gas....alahai kesiannya aku tengok....meronta2 nak juga dia sedaya upaya menarik wayar tersebut dr mulutnya...alhamdulillah selepas masuk gas keadaan dia ok sket ler. keesokkannya kami ke klinik lagi sebab nak pastikan keadaan Sofea betul2 baik, sekali lagi doctor masukkan gas....alahai kesiannya aku tengok, tp yg ptg dia sht. aku nak tengok dia aktif, ceria seperti biasa.



ibu merindui gelak tawamu...sayang

Thursday, October 1, 2009

Raya ke 4....

Perjalanan di teruskan ke Terengganu, dah sampai Terengganu singgah di rumah family adik ipar kat Seberang Takir......so lps mkn, sofea muntah2 maybe penat kut.....so bile tengok suhu sofea cecah 39.5'C hati ku bertambah cuak....so singgah di chalet makcik somi ku....sapa g terengganu singgah ler di Qurata Resort berdekatan dengan masjid terampung....so kami rileks di situ. kple asyik fikir mslh sofea. hari dah nk gelap so fikir2 bermalam di situ, so mlm tu kami ke klinik yg berhampiran, doc suggest masuk ubat buntut nak suh suhu turun dgn cepat, so mlm tu kami tidur di Terenggan

tengok keadaan sofea dah makin lemah, x ceria seperti biase, dan perhatikan ank sulung ku ini, yg asyik main jer, badan pun dah makin naik......obess




21/9/09-23/9/09 Jalan2 di bulan Syawal

ari raya ke2, so kami plan nk ke Kelantan, atas jemputan majlis perkahwinan kwn ku....mula2 tak nak pergi ye ler mcm2 yg berlaku atas jalan raya sekarang ni.....tp mengenangkan permintaan family kwn aku tu so x kisah ler ajal & maut di tangan. gagahi jugak utk ke Kelantan. so kami bertolak ke Kelantan pada pukul 10.00 pagi, dan sampai pada pukul 10.30 mlm, mak aiii 12 jam lengguh lumpuh badan rasanya. sepanjang perjalanan ke Kelantan mcm accident kami lihat,,,,,heee ngeri di buatnya.....so kami hanya pandu ikut arahan jalanraya sahaja mengenangkan perjalanan yang jauh. so kami tiba di Tanah Merah, lps mkn2 kami menginap di E-Mage Park In Tanah Merah, ok ler, so masing2 tidur ngan nyenyaknya keletihan.....esoknya majlis khawin kawanku......dapatler aku lihat adat org sana kawen...

bergambar bersama pengantin...





20/9/09 Hari Raya Aidilfitri 2009

Macam biasa sambut raya, bangun awal sebenornya x ler awal pun dlm kul 7.30. my hubby siap2 nk ke masjid sembahyang raya, so ibu kat umah siap2 anak2 n ibu sendiri...lps somiku balik sembahyang, so apalagi makan dulu ler....kasi kenyang2 dulu br best minta maap...so selesai semua maka drama satu episod pun bermula jeng....jeng....jeng....

Memohon kemaafan dari somi tercinta, maafkan ibu ye bang,,,,andainya ada silap n salah, kecil hati ker, x tunai tggjwb dgn sempurna ker......I Love U So Much, abg pun sama2
ni anak lelaki ku n anak pompuan, sofea x nampak sgt dalam gambar ni, dia x de ler excited mcm abg long dia

ni dia gambar family ku, tema family aku tahun ni adalah cream......tp ank2ku cream ke?

sebenarnya ada lagi anggota family kajang, so maknanya ni bukan gambar family yang sepenuhnya, ni hanya yg ada di kajang sahaja, family lain beraya di rumah family MIL masing2.
Selepas tu agenda seterusnya ke pusara mak mertua ku.......selesai sudah di sana, pergi plk di kubur arwah pak ngah iaitu abg pada arwah mak mertua ku di Ampang...persoalan yang bermain di fikiranku....setiap kali aku ke sana tanah perkuburan di Ampang.....ramai orang meminta sedekah, yg menjadi permasalahannya adalah bukan dr golongan yang beragama Islam, pelbagai agama. sepanjang perjalanan jika pembaca semua ke sana akan dapati org meminta sedekah dari sekecil2nya sehinggal ler ke org yang paling tua, dr pelbagai agama, dr pelbagai kecacatan. persoalannya mengapa tiada org memantau? entah ler.....tp maaf x de gambar nak di tunjukkan. InsyaAllah jika di panjang umur tahun depan nk bwk camera siap2 nt aku cuba snap yg mana patut. selepas tu ke Keramat, rumah untie somi ku....itu ler rutin setiap tahun memang, dah lewat ptg, kami ke nilai rumah kakak pada kakak ipar ku, makanan usah ckp, hilang diet ku..........




19/9/09 Menjelang Hari Raya

Tahun ni n tahun sebelum2nya....kami sekeluarga memang beraya di Kajang, di rumah MIL. menjadi kelaziman setiap tahun sebelum dan selepas arwah mak mertua ku pulang kerahmatullah kami sekeluarga akan berbuka puasa dengan nasi goreng ini di kira penutup puasa. dan walaupun selepas arwah mak dah x de kami adik beradik (IL) akan tetap meneruskan tradisi menu tersebut. Sebelum sambut raya, menjadi rutin akan kena ke pasar, mcm biasa mencari apa yang akan di masak. macam biasa setiap tahun menu tak kan bertambah atau terkurang, menunya ketupat nasi, rendamg ayam/daging, masak lodeh cuma kalau ada tambahan sambal udang itu sahaja.....pagi2 buta dah ke pasar sebab setiap tahun bila dekat nk raya org akan bersesak2......so aku g ngan kakak ipar ku....kak ina...kami membeli apa yang patut utk di masak

setiap tahun somiku di tugaskan utk mengacau rendang dalam kuali...bukan membuat resepi yer......tengok tu sofea pun sama2 sibuk nak mengacau

dan inilah hasilnya.........
bersempena sambutan syawal kali ni, kami mempuyai program. kami akan ke kelantan untuk majlis perkahwinan kawan aku, mula2 tak nak g tapi....................


19/9/09 Cuti Raya....

Maaf di atas kelewatan,,,,,,,so bermula dr tarikh ini, office akak di tutup selama seminggu....pandai2 je kan boss x kata apa2 pun heheheheh...so bermula dr tarikh ini ibu akan menjadi suri rumah tangga selama seminggu bersempena hari raya, maka pusat jagaan anak2 ku pun akan bercuti...so kena ler amik cuti panjang. so sempena menyambut syawal yang bakal menjelma esok gamaknya.....kami sekeluarga ingin menyusun sepuluh jari memeohon kemaafan andai ada yang menguris perasaan sape2 ker....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

DARI:
ZARUDIN
ZAMANEY
ZARITH ZAQUAN
ZARITH ZYRA SOFEA

18/9/09....Hadiah pembaca Blog Bertuah

Tarra.................nilah hadiah dr cik Sara....thanks....suka akak menerimanya.
apa ler isi dalamnya kan
Duit raya utk my son & my doughter, serta kad hari raya....tqvm

tarra....inilah isi yg dalam balutan tu, cantek kan......suka akak lagipun ini fav, colour "blue", nanti akak pakaikan...


Wednesday, September 16, 2009

ReZeKi....ReZeKi

hai semua, dah x lama lagikan kita nak sambut hari raya, ari ni mungkin rezeki ku kot......aku kan suka baca blog orang (blog sendiri mls nk update hehehhehe), aku baca sana, sini, sinu, saja hobikan suka membaca x kira ler sedap ker tak sedap aku tetap membaca...ada yang pernah aku baca sampai mengalir air mata, ada yang sampai aku tergelak terguling sorang2, mcm2 ler, kerja mcm aku ni kan banyak masa terluang.....time x bz ler tau dek bos mati den....oiii asyik main tenet jer yer....tapi boss aku baik,,,,,so dalam pada buka satu demi satu blog maka ada satu contenst yg telah di buat oleh cik sara kita....so aku tengok mak aiiiii aku no 1110 so aku scroll ke bawah la.....aku pembaca bertuah so apa lagi....happy bukan main lagi ler aku...ni....aku ni kan excited klu ada yg kata nk bg hadiah...suka mak aiii. so kepada blog yang lain buat2 ler lagi peraduan, insyaAllah aku akan join sejak mengenal "berblog" ni......nanti kita jumpa yer cik sara....

"MENCARI KAMU CONTEST"

INILAH CONTEST YANG DI WAR WAR KAN OLEH CIK SARA,

coretansara

inilah buktinya....alhamdulillah rezeki Ramadhan... thanks kepada cik sara kerana menganjurkan peraduan ini.


kerana terlalu excited ler katakan.....dah gambor tungang terbalik, maap yer cik sara.....





















My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers