Sebenarnya n3 yg lepas ada di ceritakan tentang anak dara ku Sofea yang keletihan dan tak bermaya. mula2 ingat dia keletihan sebab sepanjang cuti kami sekeluarga bawak dia g jalan sana sini, tp benarlah telahan hati seorang ibu ada kebenarannya, hari Isnin tu hati ku mcm x sedap jer....tp aku teruskan kerja sepeti biasa, terasa mcm nak cepat balik jer x tau ler kenapa ari tu.....tepat pada masanya jam kul 5.30 petang terus balik dan pergi amik ank2 di taska, setibanya di taska ku lihat Sofea dah x bermaya, mengikut report dr cikgu dia, ari ni Sofea x aktif, x nak minum susu. cepat2 balik rumah terus ke klinik pakar kanak.....bila di cek rupanya sofea semput / asma patut ler dia x bermaya sebab saluran susah nak bernafas. terus doctor masukkan gas....alahai kesiannya aku tengok....meronta2 nak juga dia sedaya upaya menarik wayar tersebut dr mulutnya...alhamdulillah selepas masuk gas keadaan dia ok sket ler. keesokkannya kami ke klinik lagi sebab nak pastikan keadaan Sofea betul2 baik, sekali lagi doctor masukkan gas....alahai kesiannya aku tengok, tp yg ptg dia sht. aku nak tengok dia aktif, ceria seperti biasa.
No comments:
Post a Comment