Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Tuesday, January 31, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

tadi jalan2 sana sini...lalu terbaca petikan yang di tulis dlm blog tersebut....ada kebenarannya...

nak tau

klik 

Friday, January 27, 2012

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU


RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di?kurniakan? syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Thursday, January 26, 2012

Promosi Wallpaper...cepat siapa cepat dia dapat..PhotoMural

PROMOSI WALLPAPER...

JENIS NI ADALAH PHOTO MURAL....SAIZNYA 12'1 X 8'4'

BOLEH JUGAK BUAT KUTU.....SO STOK TERHAD

JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI 012 9902262 EN ROSLAN.

BOLEH JUGA KLIK


UTK MELIHAT JENIS2 WALLPAPER YG LAIN.


Saturday, January 21, 2012

Cuti penuh dengan axtiviti yang memenatkan

bila hari cuti dpt bangun lewat sket...tapi x boleh lewat sbb nak sediakan makan minum anak2....bangun terus zaass ke dapur buat bfast, lps tu kemas2 rumah....masak tgh hari,,,,mkn tgh hari....mlm pulak ada jemputan bacaan yaassin....fuhhh penatnya...seharian. namanya cuti tapi rutin harian x boleh cuti...kena buat jugak. itu la namanya seorang ibu, isteri......esok adakah rutin sehebat ini?...kelas ko Pn Zaa......

Happy birthday...Zairon Aziz

happy birthday yg ke 24 tahun..Alhamdulillah semoga impian menjadi kenyataan , mendapat kerahmatan dariNya, ngah senantiasa mendoakan yang terbaik....

kelas ko...mcm Airon Aziz...so jadilah Zairon Aziz...


Friday, January 20, 2012

Yahoooooo cuti panjang

Salam hari Jumaat....

eehhh esok dah hari sabtu maka dgn rasminya cuti panjang............4 hari ......wah seronoknya....dpt rileks, guling2 dgn family....tapi agenda dh penuh...tapi yang penting dpt bangun lewat sket,,, x payah rushing pagi2..

yahoooo seronoknya...


Tuesday, January 17, 2012

Masalah kutipan sampah di Selangor, Alam Flora

rasanya semua org mengeluh pasal sampah yang tak di kutip di selangor ni, kalau dulu dalam seminggu dalam 3 kali lori sampah akan dtg kutip sampah tak kira pagi, ptg atau malam...confirm akan ada jer....tapi skrg...ermmmm masalah x dtg2 kutip..kadang2 dlm seminggu tu sekali jer. kadang2 x dtg langsung....
balik kerja penat2, buka gate, asyik bau busuk jer, sbb banyak sgt2 sampah kat dlm tong sampah...kiri kanan depan belakang semua bau sampah..menyampah, spoil jiwa dan raga rasanya..balik penat2 ada bau yang kurang menyenangkan......bayaran alam flora dah la 2 kali setahun...bil sampai...rm 48 tu...cukai pintu bayar tiap2 tahun, semua cukai rasanya wajib bayar....lambat bayar kena denda pulak, ishhh mcm2 hal nya....rupanya masalah ni di selangor jer..apa ke hal nya? cepat la amik tindakan..tak kesian ke? dengan mcm2 masalah bau dan sebagai....

ni keratan surat khabar berita harian 17 January 2012....

P/s di harap masalah ni dpt atasi dengan segera...demi untuk kita semua.

Selangor selesai sendiri masalah kutip sampah’
Oleh Magendran Rajagopal

2012/01/17

Krisis tamatkan kontrak penswastaan Alam Flora

PUTRAJAYA: Kerajaan Selangor perlu menyelesaikan sendiri kontroversi dan masalah dihadapi pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, dalam melaksanakan tugas pelupusan sisa pepejal kerana Selangor tidak lagi menyertai skim penswastaan perkhidmatan itu oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora). 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata semua negeri di Semenanjung menyertai skim penswastaan itu kecuali Selangor dan Pulau Pinang, manakala Perak pula mungkin menyertainya tahun ini walaupun Kerajaan Pusat mengharapkan semua negeri menyertainya bagi mewujudkan keseragaman.
“Walaupun Kerajaan Pusat boleh menetapkan dasar dalam perkara ini, tetapi PBT terikat kepada arahan kerajaan negeri, manakala Selangor serta Pulau Pinang pula menolak skim penswastaan itu.
“Hakikatnya, cukai taksiran dibayar pemilik rumah tidak mencukupi bagi menanggung kos pengurusan sisa pepejal kerana kontraktor perlukan peralatan dan pengangkutan canggih. Jadi, kerajaan menambah RM500 juta setahun bagi menampung baki kos ini. 

“Ini (masalah di Selangor) tidak sepatutnya berlaku kerana saya sering menekankan apabila bercakap mengenai kesihatan awam dan kebersihan, ia tidak wajar dipolitikkan,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementeriannya, di sini semalam.

Isu pengurusan sisa pepejal semakin meresahkan penduduk Selangor selepas kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan pembersihan dan kutipan sampah daripada Alam Flora mulai tahun ini dan setiap PBT menguruskan sendiri khidmat itu.

Chee Heung berkata, Kerajaan Pusat tidak dapat membantah apabila Selangor memilih tidak menyertai skim penswastaan dan memahami masalah dihadapi PBT di negeri itu kerana mereka memerlukan dana besar bagi pengurusan sisa pepejal. 
Bagaimanapun, katanya, kementerian `terikat’ dalam isu itu melainkan Kerajaan Selangor membuat permintaan menyertai skim penswastaan perkhidmatan itu dan perlu mendapat kelulusan Kabinet sebelum dilaksanakan. 

“Penswastaan khidmat mengurus sisa pepejal kepada Alam Flora bukan dibuat spontan, sebaliknya diputuskan selepas 13 tahun menggunakan khidmat mereka yang dipilih melalui tender terbuka.

“Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal kementerian memantau prestasi kerja Alam Flora setiap hari di semua negeri yang menyertai skim itu dan berhak memotong bayaran jika tahap perkhidmatan tidak memuaskan,” katanya. 

Umrah bersama Ustaz Zamri


Berminat tel nomnor yang tertera

Monday, January 16, 2012

Mahu buat duit....lumayan beb...




jom try.....klik 












PERCUMA!!!!!!
SALAM SEJAHTERA SEMUANYA,,
MAHU KAH ANDA SERTAI WAZZUB SEBAGAI MEMBER DAN DAFTAR SECARA PERCUMA TAPI ANDA DI BAYAR SEHINGGA 5 GENERATIONS BUKAN GENERASI..

APAKAH WAZZUB ITU??
WAZZUP ADALAH SATU HOME PAGE SEPERTI GOOGLE YANG BAKAL DILANCAR PADA 9-APRIL 2012

http://signup.wazzub.info/?lrRef=6a9bc

WAZZUB ADALAH SATU PROJEK YANG BERNILAI BERBILION DOLAR,
IA TELAH MELAKUKAN PENYELIDIKAN SEJAK TAHUN 2007 DENGAN LEBIH
$ 2,000,000 TELAH DILABURKAN UNTUK MENJAYAKAN PROJEK WAZZUB.

DAN KITA DIBERI PELUANG TERAWAL UNTUK MENJADI MEMBER DAFTAR SECARA PERCUMA DAN HANYA PERLU MENGAJAK 5RAKAN-RAKAN UNTUK MENYERTAI WAZZUB SECARA PERCUMA TAPI MENDAPAT BAYARAN SETIAP BULAN SELAMA-LAMANYA BUKAN 5 GENERATIONS..

http://signup.wazzub.info/?lrRef=6a9bc

1. Generasi 5 x $ 1.00 = $ 5.00
2. Generasi 25 x $ 1.00 = $ 25.00
3. Generasi 125 x $ 1.00 = $ 125.00
4. Generasi 625 x $ 1.00 = $ 625,00
5. Generasi 3125 x $ 1.00 = $ 3,125.00
Pendapatan Pasif anda dapat = $ 3,905.00 setiap bulan

JADI APA TUNGGU LAGI SERTAI WAZZUB SEKARANG JUGA SEBELUM TARIKH PELANCARAN 09-APRIL-2012
SEMAKIN CEPAT ANDA MENYERTAI WAZZUB SEMAKIN BANYAK PASIF INCOME YANG ANDA DAPAT..

http://signup.wazzub.info/?lrRef=6a9bc

BUKAN KAH INI PELUANG YANG ANDA TUNGGU2 DAN CARI2 SELAMA INI..
DAFTAR SEGERA SEBELUM TERLAMBAT KERANA ANDA DIKEJAR MASA..

http://signup.wazzub.info/?lrRef=6a9bc




klik 

Wednesday, January 11, 2012

rutin 24hrs...hebatnya seorang IBU,,,,,,,

Pukul 5.30 pagi ~bangun dari tidur yang lena, siap2 bfast, siap2 bekalan utk ke sekolah dan kerja 


Pukul 7.00 pagi ~masuk kereta, memandu sambil meriba si kecit sbb si kecit dah x boleh duduk dlm car seat, asyik nak terjun dari kerusinya, sebelah meriba, sebelah lagi pegang stereng, sambil meriba sambil menyusukan baby. nasib baik kereta jenis AUTO, nampak polis...cepat2 amik kain lampin tutup muka anak,,sorok konon. dalam hati habis doa di bacanya...doa selamat.


Pukul 7. 30 pagi ~antar abg long ke sekolah agama..lps tu pusing semula ke taska pulak hantar baby.


Pukul 7. 40 pagi~laju2 pusing kereta menuju ke office pulak...


Pukul 7. 45 pagi ~ masuk kerja...buat apa yang patut, usik sana sini sket


(semasa di office- anak ikut ke office, nk jimat :) byr taska)


siapkan Kakak Sofea  pulak makan minum, mandi, bg dia layan Upin Ipin dan sebagainya, sambung buat kerja office...sambil buat kerja sambil mkn.sambil buat kerja jugak curi2 masa pam susu...pam susu ni wajib sbb jika miss susu baby x cukup pulak..:(..so korbankan masa...sambil buat kerja sambil pam susu....tercunggap2 kdg2..


Pukul 10.30 pagi ~ amik abg long balik sekolah agama


sampai di office, siapkan kerja apa yg patut..


Pukul 12.00 tgh hari~ siapkan abg long dan kakak sofea utk ke sekolah, mandi, pakai baju dsb


Pukul 12.30 t/h~ hantar dia org ke sekolah masing, abg long di sekolah kebangsaan, Sofea di tadika Little Tots


Pukul 1.00 masuk office semula,,,rileks sket2..sambung pam susu kali ke 2 pulak...solat bagai..sambung buat kerja..


Pukul 4.30 ptg ~ amik kakak sofea balik dr sekolah, sambil tu amik baby sekali dr taska...mcm biasa di sebabkan baby x nak duduk diam dlm kereta, sambil memandu sebelah tangan meribanya sebelah lagi pegang stereng.


Pukul 5.00 ptg sampai office, bg dia org main2...lps tu sambung buat kerja office...


menyusukan mereka2 semua..


Pukul 6.15 ptg keluar ke opis, menuju pulak ke sekolah abg long, tunggu abg long balik dr sekolah pukul 6. 30 ptg....lps tu terus balik ke rumah, tempuh jem bagai2...sambil memandu sambil meriba si kecik...


pukul 7. 30 dah sampai rumah...sampai rumah susukan mereka sampai kenyang..


solat bagai2...


pukul 8.00 lebih siapkan makan minum mereka2 semua....sambil tu layan mereka buat home work, 


siapkan apa yg patut, cuci tangan baju sekolah anak2, kemas sket2 rumah yg mana patut, 


pukul 10 tidur kan anak2....


anak dh tidur siap2 beg sekolah utk esok...sidai kain baju...


pukul 12 mlm..baru nk lelapkan tidur..anak nk susu pulak nasib baik BF...kdg2 mcm kembar dua2 nk susu...


esok mcm biasa...


awesome kan jadi ibu, isteri, bekerja...bukan mengeluh...tapi rasa puas dlm hidup ni...walaupun rasa keletihan yang amat2 sangat tapi hati ini rasa cukup2 gembira, sbb tgg jwb as a ibu mcm sempurna...walau kdg2 rasa mengeluh jugak..semua kerja buat sendiri, dr bersiap, htr anak2 ke skolah,,,,,namun nasib baik en somi banyak menolong yg mana patut...alhamdulillah..Thanks sayang...


terima kasih buat suami ku, anak2 ku....

Indahnya kenangan lama....


kenangan lama mengusik jiwa....

Tuesday, January 10, 2012

Menangi tudung Ariani anjuran Wardina


Menangi Tudung Ariani & Sebuah Buku Pilihan Wardina!

Buat pertama kalinya pihak wardinasafiyyah.com menganjurkan pertandingan seumpama ini. Anda bukan sahaja mendapat hadiah, malah ilmu yang sangat berguna.Sertai sekarang!! ...

Monday, January 9, 2012

Little tots Jenaris Kajang

puas memikirkan sekolah mana...so last2 pilih little tots sahaja..memandangkan banyak kelebihan antara yg lain...ini budak..excited sgt2 nk ke sekolah...actually bersekolah petang..pukul 1 sampai pukul 5 tapi di sebabkan dh lama nak sgt2 ke sekolah..pukul 6 pagi dh bangun mandi siap2 utk ke sekolah....



otw ke sekolah 1st day...muka masih ceria...masih boleh senyum

sempat buat peace...sambil ter over 3 jari sekali


sampai2 sekolah..tengok kwn2 semuanya baru.....so mula2 kerut kepala dulu...terpingga...muka dh start masam..org lain sibuk main2 dia cuma tengok shj...

muka dh mcm nak nanges......sempat lagi say bye2....

ni sewaktu nak balik....muka still sama..masih masam mencuka lagi...

tapi
hari kedua..dh ok..dh ceria..
alhamdulillah...belajar elok2 syg...

1st day

Alhamdulillah...dah besar anak ibu dah 7 tahun...maknanya dah masuk darjah satu. abg long bersekolah di sekolah kebangsaan sg kantan..sbb dekat sket dengan tempat kerja..senang nk hantar, nak jemput, nak jenguk......
Abg long dpt masuk kelas kenangga...Alhamdulillah...ni 1st day sekolah..dlm kelas...dia lah yg paling besar...besar segalanya....alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...x menangis....sampai2 je sekolah terus tengok kelas mana..so terus masuk kelas....nasib baik ramai2 kwn2 di sekolah lama..





Happy birthday to my mum

alhamdulillah.....hari ni genap........
Selamat Hari lahir yg ke 52 tahun...Alhamdulillah segalanya...

Thursday, January 5, 2012

Happy 2012

Sweet words are easy to say
Sweet things are easy to buy
but
Sweet people are difficult to find
life ends when when you stop dreaming
hope ends when you stop believing
love ends when you stop crying
friendship ends when you stop sharing
so share this with whoever you consider a friend
to love without condition 
to talk without intention
to give without reason 
and to care without expectation
happy new year 2012
wishing u all with health, love luck n may ur good wishes will come true

Wednesday, January 4, 2012

Dia Yang Maha Segalanya

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari
Dia datang hujan & Petir
Kita bersedih dan tertanya...
Kemana hilangnya matahari
rupanya Allah menghadiahkan kita pelangi yang indah


**** sabarlah wahai hati....andainya di timpa musibah****

Monday, January 2, 2012

Gemersik Kalbu Gantikan Tentang Dhia


Gemersik Kalbu Gantikan Tentang Dhia
Kongsi Article Ini:
 5 Share13 
 
 
Selepas berakhirnya drama ‘Tentang Dhia’, slot Akasia, TV3 bakal menayangkan sebuah lagi drama bersiri penuh emosi, ‘Gemersik Kalbu’ yang menampilkan lakonan hebat Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani dan Khatijah Tan bermula 2 Januari hadapan.

Drama yang diadaptasi daripada novel nukilan Anis Ayuni ini mengisahkan tentang suka duka seorang wanita bernama Raihana yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil kerana ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Apabila neneknya meninggal dunia, Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang. Pertemuan dengan Wan Ariffin telah membenihkan bibit-bibit cinta, namun setelah mengikat tali pertunangan, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan Ilahi. Insiden ini membuatkan Raihana terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.
Dalam sidang media yang diadakan petang tadi, pengarahnya, Heykal Hanafiah memberitahu dia tertarik dengan jalan cerita yang ditampilkan dalam novel ‘Gemersik Kalbu’ dan berharap adaptasi ini boleh diterima peminat drama Melayu.
“Apabila saya membawa novel ini, saya sudah boleh nampak penulis menggunakan tema cinta sebagai subjek utama. Jadi, saya rasa tidak sukar untuk membawa naskhah ini ke skrin televisyen. Tetapi, saya harus mencantikkan jalan cerita supaya elemen drama itu lebih terserlah. Sebab itu saya ada melakukan sedikit perubahan bagi memastikan naskah ini divisual dengan baik.
Dalam masa yang sama, saya juga merasa agak tertekan kerana pihak TV3 memaklumkan ‘Tentang Dhia’ mendapat rating yang tinggi. Kalau boleh saya tidak mahu ‘Gemersik Kalbu’ menjatuhkan rating slot Akasia . Walau bagaimanapun, saya telah cuba lakukan yang terbaik. Harap garapan saya kali ini mampu menambat hati penonton,” ulas Heykal berharap.
Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar berkata, pemilihan novel ‘Gemersik Kalbu’ ini disebabkan jalan ceritanya yang menarik dan bersesuaian dengan konsep slot Akasia yang mengetengahkan elemen drama dan kasih sayang.
“Bagaimanapun, harus diingatkan apa yang dibaca dan divisualkan selalunya tidak 100 peratus sama. Untuk ‘Gemersik Kalbu’, hanya 80 peratus persamaan kerana pihak produksi mengubah sedikit jalan cerita bagi menambahkan impak emosi di kalangan penonton. Selain itu, ia juga dilakukan kerana mengikut garis panduan yang ditetapkan,” ujar Noraini.
‘Gemersik Kalbu’ akan menemui penonton pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam bermula 2 Januari hadapan.

Sunday, January 1, 2012

Cuti UMUM Tahun 2012


Date
Holiday
Applicable to
1 Jan (Sun)
New Year
All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Sat)
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
15 Jan (Sun)
Sultan of Kedah's Birthday
Kedah only
23 Jan (Mon)
National
24 Jan (Tue)
National except Kelantan and Terengganu
1 Feb (Wed)
Federal Territory Day
Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
5 Feb (Sun)
Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
National
7 Feb (Tue)
Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
4 Mar (Sun)
Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
6 Apr (Fri)
Good Friday
Sabah & Sarawak only
15 Apr (Sun)
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 Apr (Thu)
Sultan of Perak's Birthday
Perak only
1 May (Tue)
Labour Day
National
5 May (Sat)
Vesak Day
National
7 May (Mon)
Hari Hol Pahang
Pahang only
17 May (Thu)
Raja Perlis' Birthday
Perlis only
30 May (Wed)
Harvest Festival
Sabah & Labuan only
31 May (Thu)
Harvest Festival
Sabah & Labuan only
1 Jun (Fri)
Hari Gawai
Sarawak only
2 Jun (Sat)
Hari Gawai
Sarawak only
2 Jun (Sat)
Agong's Birthday
National
17 Jun (Sun)
Israk & Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sat)
Georgetown World Heritage City Day
Penang only
14 Jul (Sat)
Penang Governor's Birthday
Penang only
20 Jul (Fri)
Sultan of Terengganu's Birthday
Terengganu only
21 Jul (Sat)
Awal Ramadan *
Johor, Kedah & Malacca only
6 Aug (Mon)
Nuzul Al-Quran
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
19 Aug (Sun)
Hari Raya Puasa *
National
20 Aug (Mon)
Hari Raya Puasa *
National
31 Aug (Fri)
National Day
National
8 Sep (Sat)
Sarawak Governor's Birthday
Sarawak only
16 Sep (Sun)
Malaysia Day
National
6 Oct (Sat)
Sabah Governor's Birthday
Sabah only
13 Oct (Sat)
Malacca Governor's Birthday
Malacca only
24 Oct (Wed)
Sultan of Pahang's Birthday
Pahang only
26 Oct (Fri)
Hari Raya Haji *
National
27 Oct (Sat)
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
11 Nov (Sun)
Sultan of Kelantan's Birthday
Kelantan only
12 Nov (Mon)
Sultan of Kelantan's Birthday
Kelantan only
13 Nov (Tue)
Deepavali
National
15 Nov (Thu)
Awal Muharram (Maal Hijrah)
National
22 Nov (Thu)
Sultan of Johor's Birthday
Johor only
11 Dec (Tue)
Sultan of Selangor's Birthday
Selangor only
20 Dec (Thu)
Hari Hol Almarhum Sultan Johor
Johor only
25 Dec (Tue)
Christmas
National

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers