Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Tuesday, January 17, 2012

Masalah kutipan sampah di Selangor, Alam Flora

rasanya semua org mengeluh pasal sampah yang tak di kutip di selangor ni, kalau dulu dalam seminggu dalam 3 kali lori sampah akan dtg kutip sampah tak kira pagi, ptg atau malam...confirm akan ada jer....tapi skrg...ermmmm masalah x dtg2 kutip..kadang2 dlm seminggu tu sekali jer. kadang2 x dtg langsung....
balik kerja penat2, buka gate, asyik bau busuk jer, sbb banyak sgt2 sampah kat dlm tong sampah...kiri kanan depan belakang semua bau sampah..menyampah, spoil jiwa dan raga rasanya..balik penat2 ada bau yang kurang menyenangkan......bayaran alam flora dah la 2 kali setahun...bil sampai...rm 48 tu...cukai pintu bayar tiap2 tahun, semua cukai rasanya wajib bayar....lambat bayar kena denda pulak, ishhh mcm2 hal nya....rupanya masalah ni di selangor jer..apa ke hal nya? cepat la amik tindakan..tak kesian ke? dengan mcm2 masalah bau dan sebagai....

ni keratan surat khabar berita harian 17 January 2012....

P/s di harap masalah ni dpt atasi dengan segera...demi untuk kita semua.

Selangor selesai sendiri masalah kutip sampah’
Oleh Magendran Rajagopal

2012/01/17

Krisis tamatkan kontrak penswastaan Alam Flora

PUTRAJAYA: Kerajaan Selangor perlu menyelesaikan sendiri kontroversi dan masalah dihadapi pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, dalam melaksanakan tugas pelupusan sisa pepejal kerana Selangor tidak lagi menyertai skim penswastaan perkhidmatan itu oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora). 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata semua negeri di Semenanjung menyertai skim penswastaan itu kecuali Selangor dan Pulau Pinang, manakala Perak pula mungkin menyertainya tahun ini walaupun Kerajaan Pusat mengharapkan semua negeri menyertainya bagi mewujudkan keseragaman.
“Walaupun Kerajaan Pusat boleh menetapkan dasar dalam perkara ini, tetapi PBT terikat kepada arahan kerajaan negeri, manakala Selangor serta Pulau Pinang pula menolak skim penswastaan itu.
“Hakikatnya, cukai taksiran dibayar pemilik rumah tidak mencukupi bagi menanggung kos pengurusan sisa pepejal kerana kontraktor perlukan peralatan dan pengangkutan canggih. Jadi, kerajaan menambah RM500 juta setahun bagi menampung baki kos ini. 

“Ini (masalah di Selangor) tidak sepatutnya berlaku kerana saya sering menekankan apabila bercakap mengenai kesihatan awam dan kebersihan, ia tidak wajar dipolitikkan,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementeriannya, di sini semalam.

Isu pengurusan sisa pepejal semakin meresahkan penduduk Selangor selepas kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan pembersihan dan kutipan sampah daripada Alam Flora mulai tahun ini dan setiap PBT menguruskan sendiri khidmat itu.

Chee Heung berkata, Kerajaan Pusat tidak dapat membantah apabila Selangor memilih tidak menyertai skim penswastaan dan memahami masalah dihadapi PBT di negeri itu kerana mereka memerlukan dana besar bagi pengurusan sisa pepejal. 
Bagaimanapun, katanya, kementerian `terikat’ dalam isu itu melainkan Kerajaan Selangor membuat permintaan menyertai skim penswastaan perkhidmatan itu dan perlu mendapat kelulusan Kabinet sebelum dilaksanakan. 

“Penswastaan khidmat mengurus sisa pepejal kepada Alam Flora bukan dibuat spontan, sebaliknya diputuskan selepas 13 tahun menggunakan khidmat mereka yang dipilih melalui tender terbuka.

“Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal kementerian memantau prestasi kerja Alam Flora setiap hari di semua negeri yang menyertai skim itu dan berhak memotong bayaran jika tahap perkhidmatan tidak memuaskan,” katanya. 

No comments:

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers