Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Wednesday, November 24, 2010

service hospital........perbaiki service baru org awam "respect"

mungkin ari ni sedikit emo sket....sblm ni blm pernah terkena diri sendiri hanya mendengar keluhan dari org ramai bercerita sahaja.....bukan niat nak menjatuhkan...tapi ini hakikat yang harus diterima...supaya di jadikan iktibar utk semua....

saya mengalami tumpah darah pada 2 hb 11 baru ni...kejadian berlaku sewaktu saya dlm kerja...so dgn tiba2 bos terus hantar ke wad kecemasan di hospital kajang.....bila sahaja saya sampai di sana dgn keadaan yg penuh darah di baju kurung yg saya pakai....saya menceritakan apa yg berlaku....tiba2 bahagian kecemasan,,,tanpa belas kasihan tanpa memberi saya kerusi roda atau sebagainya,,,tapi menyuruh saya berjalan menuju ke wad bersalin..dgn badan yg masih lemah....tenaga dh x de sbb tumpah darah yg banyak,,,saya gagahi....sampai di ward bersalin...nurse2 di sana terkejut...mereka membuat laporan...
sebelum ni saya mendapat perkhidmatan di klinik swasta,,.bukan nak membezakan,,,service,,,tapi service di sana...lagi terbaik...bukan kata kami bayar duit mahal...tapi kena nk service yg baik..oh tidak...kadang2 bergantung kpd sifat peri kemanusian.....

24hb nov...di sebabkan..saya dh ade kes pada 2hb tempoh hari maka saya kena jumpa pakar ANC....di kad tertera temujanji pukul 8 pagi...oleh kerana saya tidak pernah berurusan dgn pakar di kerajaan,,,maka dgn semangat waja saya sampai di sana pukul 7.45 pagi....sampai2 di sana...saya mmg x tahu kemana arah di tuju....nasib baik 'security' tunjuk jalannya....sampai di kaunter tiba2 seorang perempuan sound saya....x "tahu membaca ker....ini kes pakar puan!!!..lantas saya menjawab...saya nak jumpa pakar puan ler...lain kali tengok kad dulu baru boleh nak sound2 org....mungkin dia tengok saya bawak anak saya utk temankan...so dia terus diam...saya mcm org bodoh...saya mmg x tahu procedure seterusnya...so saya tanya......macam mana yer....dia hanya tunjuk dgn tangan..ke pin clip kertas dan nombor...tanpa banyak soal..saya terus amik x duduk...secara x langsung saya telefon suami utk meberitahu hal kejadian...so customer service terdengar perbualan saya..maka..dia terus mintak maaf dgn saya...saya pun x kisah..tapi cuba bayangkan jika dia bercakap sedemikian dgn org lain....terdetik hati saya...saya terus duduk di tempat menunggu...tiba2 saya terdengar keluhan seorang pakcik....." itu ler klu keje x ikhlas"...saya terdiam...terus bertanya hal kepada pakcik tersebut..maka,,pakcik membuka jalan ceritanya....saya terdiam...so jika dr pelbagai cerita...betapa buruknya service yg di berikan...
tiba masa nama saya di panggil utk check...so saya masuk...dgn senyum sbb mengharapkan layanan yg baik,,,tiba giliran saya utk masuk ke bilik doktor
pelbagai soalan di ajukan..so saya jwb pertanyaan,,,,,,tiba di bilik scan...doktor lain pulak...so saya bertanya..apa masalahnya...adakah uri saya masih di bawah.....? adakah saya boleh check di swasta? dan pelbagai soklan yg berkaitan dgn kes...alhamdulillah dia menjawab soklan saya dgn baik..dan saya berpuashati,,,
lps scan saya di tukarkan ke doktor lain pulak utk di rekodkan...jadi saya bertanya soalan kepadanya
saya: ermm saya nak bertanya...sbb saya x de kad merah di klinik kesihatan so mcm mana..perluker saya nak kena pergi ke klinik kesihatan slps ni...?
doktor: oooo...ni kad yg kita dh bg....awak simpan....so nanti bwk kad ni shj...nanti fill up semua maklumat...
saya: ok saya menjwab....lantas saya amik kad tersebut...dan masuk kan ke dlm beg...
doktor: kenapa amik?????
saya: la tadi kata suruh simpan saya simpan ler...
doktor: nanti saya blm explain...nanti saya explain..
saya: ooo ok...
sambil doktor tu menulis maklumat2...saya bertanya lagi
sorry saya nak bertanya...skrg saya dh check di sini..perlu ker saya ke klinik kesihatan lagi...
sbb saya x fhm..kdg2 procedure klinik kesihatan lain..hospital lain...so sblm saya kena apa2...lebih baik saya bertanya sbb saya x tahu..
dia jwb dgn lantang.....x kisah kemana u nak check.....asalkan u ade rekod,,(dlm nada keras,,,sehingga nurse di luar dtg tanya ade problem ker???
persoalan saya...adakah perlu pergi ke klinik kesihatan?
so dia jwb dlm nada tegas.....dlm BI...depends x kisah mana2....
saya terus menjawab...doktor..sbb saya x tahu saya bertanya.....klu saya tahu saya x tanya.....dan ni 1st time saya jumpa pakar di sini mcm ni layanan yg saya dpt...dgn merah padam muka saya....saya terus menjwab..cpt isi maklumat...mcm ni doktor jwb pertanyaan org..dia diam last...saya ckp tqvm..terus saya keluar,,,,
sampai di luar nurse tengok mata n muka saya merah..dia terus bertanya,,,puan...di mana ade kesilapan.?
saya terus menjawab...saya x pernah dpt service di sini jadi saya bertanya sbb saya x tahu...tapi doktor memberi jawapan kepada saya dgn cara menenking.......nurse terus diam...dia cuma ckp kat saya...ckp di mana service x bagus..lantas saya terus menjawab...perbaiki service dulu baru org x mengata dia terus diam...
takpe doktor saya ade bukti..saya ade detail kamu...dan report telah di hantar ke pihak atasan,,,,doktor juga manusia seperti saya...punya hati n perasaan....jgn kerana service yg u bg mengambarkan segala peranan doktor......kami fhm tugas kamu memberi perikhidmatan kepada pesakit tapi dr sudut kemanusian...cuba belajar fhmi......

Monday, November 22, 2010

Friday, November 19, 2010

Cocoa Collagen...promosi

Produk terbaru dan paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalaman…



Koko Pracampuran… adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat.

Cocoa Collagen Power Plus mengandungi:
* Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon,mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit
* Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim,faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri
* Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung
* Krimer bukan tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda
* Dextrose monohydrate - Melambatkan proses penuaan
* Oligo saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan


Kebaikan dan khasiat
1. Membantu mengimbangi hormon
2. Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
3. Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
4. Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
5. Melambatkan proses penuaan
6. Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
7. Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
8. Mencerahkan kulit secara semulajadi
9. Memberikan tenaga
10.Membantu mengurangkan keguguran rambut
11.Melancarkan peredaran darah dalam badan
12. Mengimbangi berat badan
13. Meningkatkan daya penghadaman
14. Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot


Semua wanita berumur dari 20tahun ke atas boleh mengamalkan pengambilan cocoa collagen ini


Sila hubungi
019 3744208 (Zaa)
Email: zarith_zarudin@yahoo.com
YM: zarith_zarudin@yahoo.com
Harga promosi sehingga hujung tahun….
Hanya RM 56.00 sahaja!!!!!!….(tidak termasuk harga pos)
yang tinggal berdekatan..penghantaran percuma
Siapa cepat dia dapat….stok terhad!!!!!
Harga sebenar RM 59.90.
(jika ambil dalam kuantiti banyak..ada diskaun lagi!!!!!)


apa motif "cinta syhhhh"

saya tiada sebarang komen....cuma apa motif cerita ini di keluarkan......saya sudah membaca hingga part 7.....

sila baca di link ini

Thursday, November 11, 2010

DOAKAN KESIHATAN SAYA.......URI DI BAWAH

ermmm,,,,saja utk berkongsi sahaja...mengandung kali ini..betul2 banyak dugaan...tapi aku hadapinya dgn tabah,,,,aku di sahkan mengidap uri di bawah atau Plasenta Pravia.....masa mula2 mengandung masalah ni tidak di dapat di pastikan lagi...namun segalanya berakhir apabila 2hb November...tiba2 aku mengalami tumpah darah yang banyak....aku bajet aku keguguran...namun Allah masih memberi kami sekeluarga rezeki...syukur atas segalanya...keduanya selamat...selepas disahkan masalah uri di bawah....terus admit hospital...maka jadi ler penghuni hospital......hanya baring..bangun....itu jer ler yang mampu ku lakukan...
tapi yang penting bersyukur sgt2...sbb mendapat sokongan dr semua keluarga,,,alhamdulillah terima kasih semua,,,,,,
masalah yang di hadapinya...menyebabkan semua pergerakan terganggu...x boleh buat kerja rumah..malah 1 kerja pun aku x boleh buat.....kena banyak rileks,,,,,nasib baik kat tempat kerja semua bos2 fhm....aku bebas nak tidur ker...nak rileks ker...alhamdulillah...syukur sgt2....namun....aku memerlukan doa kalian...doakan semoga kedudukan uri aku naik dgn tiba2.....dgn izinNya

terima kasih semua

BAHAYA URI DI BAWAH

BAGI yang sedang menunggu saat-saat kelahiran sama ada cahaya mata pertama mahupun yang seterusnya, anda pasti menaruh harapan agar kesihatan bayi dalam kandungan dan diri sentiasa dalam keadaan selamat.

Namun, tiada siapa yang boleh menjamin keadaan ini akan berkekalan.
Bagaimana perasaan anda jika hasil pemeriksaan doktor mendapati keadaan uri anda yang sepatutnya berada di bahagian atas tiba-tiba berada di kedudukan yang abnormal ketika kandungan mencecah usia 28 minggu?
Apakah yang didefinisikan sebagai kedudukan uri yang abnormal atau juga dikenali dengan uri di bawah?
Mungkin anda tertanya-tanya sejauh manakah bahayanya keadaan ini kepada kandungan mahupun diri anda sendiri.
Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil.
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di salah sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, PP merupakan keadaan di mana uri berada pada segmen bawah dinding rahim.
Menurut beliau, dalam keadaan ini, uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os.
“PP cuma boleh didefinisikan sekiranya tempoh kehamilan melebihi 28 minggu.
“Ini kerana dalam tempoh tersebut segmen bawah rahim mula terbentuk,” jelasnya.
Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal.
Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu.
Dr. Suraya memberitahu, hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan.
Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran.
PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal.
Sehingga hari ini punca berlakunya PP ini tidak diketahui.
Meskipun begitu, ia boleh membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan.
Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim.
Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung.
Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan.
Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.
Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:
1) Marginal Previa
Uri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.
2) Partial Previa
Uri menutupi sebahagian bukaan rahim.
3) Total previa
Uri menutup keseluruhan bukaan rahim.
Sebahagian daripada ibu-ibu ini tidak mempunyai gejala. Gejala yang mungkin dialami adalah seperti berikut:
- Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran.
Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.
Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah.
Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.
- Kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblique).
Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.
- Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu ialah kaedah kelahiran bayi itu sendiri.
Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim.
Kaedah pembedahan Caesarean adalah kaedah yang disyorkan.
Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.
Apa yang membimbangkan mengenai PP ini ialah komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu.
a. Komplikasi pada bayi adalah seperti:
- Pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada bayi
- Meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan
- Kemungkinan pertumbuhan bayi agak terencat akibat uri menjadi lekang (poor placental perfusion).

b. Komplikasi pada ibu pula ialah:
- Pendarahan yang serius yang boleh mengancam nyawa
- Pembedahan Caesarean
- Meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage)
- Meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Ia dikenali sebagai placenta accreta.

Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim.

Jika ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.
Bagaimanapun, risiko placenta accreta di kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.

Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya pembedahan Caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.

Risiko ini boleh meningkat sehingga 45 peratus bergantung pada jumlah pembedahan yang telah mereka lalui.

Wanita yang berisiko tinggi
- Mereka yang mempunyai sejarah PP pada kandungan yang sebelumnya
- Wanita yang berusia 40 tahun ke atas
- Pernah menjalani pembedahan pada rahim – pembedahan Caesarean atau pembuangan fibroid pada rahim
- Wanita yang melahirkan ramai anak (multigravida)

Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat iaitu pembedahan Caesarean.
Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut:
 Tahap keseriusan pendarahan
- Usia bayi dalam kandungan
- Sokongan perkhidmatan pediatrik

Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan berlaku, pembedahan Caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke-37 hingga 38 usia kandungan.

Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers