tadi jalan2..so terbaca satu artikel di tulis oleh adik manis ni...Hanis Zalikha...so tertarik dengan penulisannya......
Masih teringat lagi betapa beria daku masa nak dapat pinjaman PTPTN. Bersungguh print semua dokumen yang diperlukan, pergi pesuruhjaya sumpah untuk sahkan semua dokumen, semangat call kawan berpuluh kali nak make sure semua dah set dan ready, dan beratur sepanjang-panjang line hanya tunggu untuk dipanggil. Tiba-tiba terlupa nak beli setem hasil LOL.
Beberapa minggu kemudian, bila permohonan diterima, BESAR RAHMAT.
Maybe I should educate some of you how PTPTN really works. Especially the ones yang baru nak melangkah ke alam pengajian tinggi. Macam ini cerita PTPTN sebenarnya.
Pada suatu ketika dulu, tak ramai yang dapat melanjutkan pelajaran ke univerisiti. Sebab tuh kalau kita baca novel Melayu, mesti sikit-sikit ada “impiannya melanjutkan pelajaran ke menara gading” “cita-cita sedari kecil untuk menjejaki menara gading” suka betul novelis dengan perkataan menara gading kenzzz. Macam sangat jauh impian itu, dan memang pun jauh kerana tak semua ibu bapa mampu biaya pengajian anak dan waktu itu kerajaan hanya mampu sediakan biasiswa untuk budak pandai.
Tapi sekarang, wah hampir semua orang yang kau kenal berada di menara gading atau telah grad bukan? It’s no longer a distant dream / the impossible. Because PTPTN made it happen.
PTPTN=Enabler.
Walaupun belum sampai tahap di mana kerajaan mampu sediakan free (higher) education, tapi kerajaan still wanna see anak–anak muda dapat akses kepada pengajian tinggi. Langkah yang mereka ambil? Mereka pinjam dari institusi kewangan tempatan, mereka tanggung kos interest sebanyak 4-5%, dan beri pinjaman PTPTN kepada u all. Mereka subsidikan interest itu dan peminjam (kita-kita nih) cuma tanggung kadar upah 1%. Dari tahun 2004-2011 alone, kerajaan dah tanggung sebanyak RM3.62 billion untuk faedah tu. Wow ‘pendidikan anak bangsa’. Kelas kau!
Siapa nak, silalah silaaa. Oh tapi siapa taknak, tak paksa punggg.
Susulan itu, dah pinjam kenalah bayar ye dok? Masa mohon beria beli setem hasil, beratur bagai, siap sign kontrak janji sepenuh hati nak bayar. Kan kos interest dah subsidikan maka peminjam bayarlah kos yang dipinjam and kadar upah 1% sahaja.
Apa? Taknak bayar?! Boleh, boleh. Malaysia boleh! Silalah belajar pandai-pandai, siapkan semua assignment, buat presentation gempak sebab kalau Ijazah Sarjana Muda dapat Kepujian Kelas Pertama kau memang dah tak payah bayar langsung. Pinjaman PTPTN anda terus lupus! Pilihan di tangan anda. Reti ke idok?
Sebab ramai yang tak reti dan mengamuk-ngamuk bila kena bayar balik L Tapi dalam pada mengamuk, ramai juga yang bayar balik (sejumlah 55%, sehingga Disember 2011) sebab diorang ini ada tanggungjawab dalam diri, diorang sedar ramai lagi orang mengharapkan pinjaman PTPTN, diorang faham konsep lembu pegang pada tali manusia pegang pada janji, mereka tak suka berhutang (sedangkan berapa posen je pun kita pinjam kita dah tak senang duduk nak ganti balik)… oh dan mereka taknak kena tahan kat airport. Eh? LOL.
Kepada yang bising kata mana duit kerajaan pergi, kenapa tak boleh bagi free education hoi?
Do you guys really think (those yang study local unis) that your yuran is as cheap as what you’ve been paying all this while? Really guys? Come on… takkan business study yuran RM500 satu semester. Sah, sah kerajaan dah subsidikan, yuran yang kita patut bayar. Untuk genggam segulung ijazah yurannya cecah puluhan ribu. Contoh lain, pelajar kejuruteraan UKM cuma bayar RM5600 untuk complete 4 tahun walaupun yuran sebenar adalah RM61,200. Nampak ke tak kerajaan subsidikan sampai 90.8%?
Jangan ingat gaji lecturer, gaji tukang sapu, gaji technician yang keluar masuk betulkan projector tuh semua tak payah bayar ya. Semua ini dalam kitaran wang, jangan pentingkan diri sendiri bila berhujah.
“Eleh baru subsidi 90.8% dah poyo, kerajaan poyo! Finland bagi free education kat rakyat dia!”Hewhewhew awak comellah! Awak tahu ke cukai diorang 53%? Cukai maksimum kita rakyat Malaysia hanyalah 26%? Kalau tahu baguslah, bagitau pokcik mokcik sekalian.
Akhir kata, siapa berjaya dapat pinjaman PTPTN, jangan boros k! Portion untuk bayar yuran pengajian awak tu sangat kecil daripada apa yang awak bakal dapat. Ini semua based on additional calculation sara hidup seorang pelajar maka, saralah hidup anda baik-baik. ITU DUIT PINJAM! DUIT PINJAM! TAKNAK BAYAR BALIK SILA BELAJAR RAJIN-RAJIN!
No comments:
Post a Comment