Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih BANYAK BEKERJA?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah SANGAT PENTING!!!!!
************************************************************************
berdasarkan dgn penceritaan di atas..saya boleh rumus kan walaupun saya bukan seorang kaunselor bertauliah tapi saya seorang ibu, isteri dan bekerja. jika diikutkan masa yang di peruntukan dlm sehari 24 jam.....waktu itu sebenarnya tidak mencukupi bg kaum2 hawa terutama seorang ibu dan isteri boleh di katakan setiap saat adalah masa yang boleh di ibaratkan emas...berbalik kepada cerita tersebut isterinya tidak bekerja...
namun berbeza dgn kita di mana yg bekerja. pokok pangkalnya suami dan isteri mesti memainkan peranan yg penting dlm rumah tangga. setiap kerja mesti sama2 buat. sebagai cth....
~isteri dh cuci baju, suami tolong jemurkan, nanti isteri pulak lipat baju, suami tolong simpan dlm almari
~ isteri memasak...suami tolong kemaskan
~isteri mandikan anak, suami tolong pakai kan baju
~suami tolong vacuum rumah, isteri kemas bahagian lain
jika semangat tolong menolong seperti ini berlaku dlm rumah tangga insyAllah semua kerja akan menjadi senang, bab kata pepatah berat sama di pikul ringgan sama di jinjing.
************************************************************************
No comments:
Post a Comment