Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Monday, March 15, 2010

Berubah kah kamu??????????

  • PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya waktu dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.
    Banyak yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?
    Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 persen. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?
    Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:
    Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
    Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.
    Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.
Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.
Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.
Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.
Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan andaSi dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan
kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.
Tidak lagi rajin menelefon anda
Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.
petikan dr: arenacinta.blogsome.com

HATI & PERASAAN

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Thursday, March 11, 2010

Cuba Teka??????????teka teki teka tekuk....

Cuba teka lubang apa ni???????????sapa2 dpt teka sila emailkan jawapan anda ke zarith_zarudin@yahoo.com sertakan nama, alamat, no tel. siapa cepat dia dapat......

Campur++++++

ni pic pelbagai xtvt di sana so layan gambar je ler.....









Thank u to my hubby sponsor percutian kali ni.....insyaAllah next percutian kita fikir kemana lagi...cuma sediakan budget yg secukupnya...ehehheheheehe thanks to my hubby atas hadiah yg cukup2 bermakna bg ibu...I Love U so much.....kenangan yg sukar dilupakan utk selamanya.



Part 3

ni pic pemandangan pulau perhentian,,,,,,,,nasib baik buah kelapa x gugur....

ok ni adalah tour guide kami namanya Mr Mac.....
ni kat tpt air yg paling sejuk,,,,mmg sejuk giler sampai ke tulang rasanya...dan ni adalah satu kejaiban dr Allah SWT......semulajadi air ni entah dtg dr mana x tahu semua pengkaji2 pernah dtg ke sini n mengkaji akan kewujudan air tersebut namun hampa x tau dr mana dtgnya punca air tersebut....Subhanallah......maha agung penciptnya.
xtvt seterusnya snorkeling,,,,kami di bekalkan alat utk snoker....indahnya x terkata apabila dpt menyaksikan sendiri dgn mata sendiri keindahan di dalam laut kepada sesapa yg nk bercuti jgn lupe ambik package ni...alangkah canteknya...keindahan di dasar laut.....indahnya...tp malangnya pic yg kami amik di dasar laut x menjadi frust222222














Part 2

alhamdulillah selamat sampai ke destinasi oleh kerana amik package maka di sediakan lunch sekali....kami tinggal di Flora Bay...act ni resort baru buka maka servicenya bagus sekali....menu mkn tgh hr mmg best n amat menyelerakan......layanan restoren jugak bagus memuaskan. bilik kami berdekatan dgn restoren... makanan yg disediakan di sini kena ngan tekak kami....x de ler semua manis,,,tp ok.....mmg puas hati. jika ada rezeki insyaAllah akan ke sini lagi.....bilik dia pun ok jugak di sini elektrik 24hrs...
see my doter....happynya dia. xtxvt slps ini snorkeling.


Part 1

bermulalah destinasi seterusnya iaitu menuju ke Pulau Perhentian, kami menaiki boat yg disediakan, memandang saya ade baby maka saya di tempatkan di tempat duduk belakang dekat ngan driver boat...utk keselamatan,,,so kena pakai life jacket dah mcm badut masing2. besarnya kuasa tuhana kan.......di tengah2 laut yg terbentang luas....ingatan ku teramat kuat padaNya.......Ya Allah besar Nya rahmat mu....kerdilnya diriku.




My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers