Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Friday, March 26, 2010

Keberkatan Susu badan

AMALAN penyusuan susu ibu sering dikaitkan dengan budaya tradisional oleh ibu yang mendakwa diri mereka lebih moden. Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan mengenai amalan penyusuan itu dengan menyatakan kaedah itu menyebabkan susuk bentuk badan berubah dan akan kelihatan tidak menarik. Malah, ada yang mempunyai persepsi memberi susu formula lebih mudah kerana terikut-ikut aliran trend moden yang ingin menjimatkan masa. Tidak kurang juga ada segelintir ibu yang kurang yakin pada diri sendiri untuk menyusukan anak mereka lantaran bimbang payu dara menjadi sakit, bengkak atau menjadi kendur.
Betulkah semua tanggapan sedemikian? Sebenarnya payu dara wanita adalah anugerah Allah yang amat istimewa kerana dapat membekalkan susu untuk anak-anak mereka. Kaedah penyusuan susu badan mengandungi hikmah cukup besar kepada ibu dan anak. Ketahuilah penyusuan itu bukan saja digalakkan dalam Islam malah hal itu diakui pakar pemakanan dan kesihatan yang menyatakan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Hakikatnya pada tahap awal pembesaran seseorang bayi, mereka sangat memerlukan khasiat pemakanan yang baik dan sesuai untuk menghindari sebarang penyakit. Susu ibu mempunyai antibodi yang utama untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman, virus dan bakteria terutama pada bahagian usus dan paru-paru bayi itu. Pemberian susu badan adalah yang terbaik kerana ia sesuai dengan sistem pencernaan bayi. Atas faktor itulah kita dapati bayi yang menyusu badan akan meminum susu lebih kerap berbanding bayi yang meminum susu formula. Hal ini disebabkan susu ibu itu mudah hadam. Ibu seharusnya menyedari seseorang bayi secara fitrahnya tidak dapat menerima makanan yang keras kerana keadaan sistem penghadaman mereka belum mencapai tahap matang.
Justeru, susu ibu lebih sesuai dan berkesan untuk bayi mereka kerana lebih halus dan lembut. Satu faktor yang ibu harus fahami ialah menyusukan bayi dengan susu sendiri dari segi psikologi akan memberi kesan positif pada pertumbuhan dan perkembangan mental.
Hal itu diakui oleh pakar Barat yang mengkaji kebaikan susu ibu. Sekumpulan penyelidik dari Adelaide’s Flinders Medical Centre, Amerika Syarikat melaporkan bayi yang diberi susu ibu 40 peratus lebih cerdas berbanding bayi susu formula. Ini membuktikan susu ibu dianugerahkan Tuhan untuk bayi sepatutnya diambil peluang sepenuh oleh ibu. Susu ibu sangat berkesan untuk perkembangan otak bayi kerana terdapatnya kandungan DHA, iaitu sejenis asid lemak yang mampu bertindak meninggikan tahap perkembangan mental bayi.
Dengan itu dapat difahami jika seseorang bayi menyusui dada ibu lebih kerap dan dalam tempoh yang lama, tentu akan memberi impak positif kepada pertumbuhan dan perkembangan mental. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak Islam yang sangat menggalakkan ibu menyusui bayi mereka.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu.
Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami bayi semasa proses penyusuan membuatkan bayi itu terlena. Malah, bayi berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. Indahnya anugerah Allah. Ibu seharusnya bangga dapat menyusukan anak-anak mereka kerana inilah darjat ketinggian seorang ibu yang dianugerahkan Allah yang tidak dikurniakan kepada golongan bapa. Apa tidaknya, kerana susu yang diminum oleh bayi mereka bukan saja sebagai tali pengikat kasih sayang yang luhur murni malah menjadi komponen asas proses pembesaran bayi. Disebabkan itulah dalam Islam mewajibkan seorang anak itu sentiasa menghormati dan menjaga ibu mereka sebagai tanda kasih sayang dan terhutang budi membesarkan mereka. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 17-23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya sampai lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya ‘ah’ dan janganlah kamu membantah, menengking dan menyergah mereka dan ucapkanlah perkataan yang mulia.” Alangkah murninya suruhan Allah kepada kita semua dan betapa mulianya darjat kedua-dua ibu bapa kita di sisi Allah. Namun demikian kita amat sedih membaca laporan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada 2008 menyatakan budaya penyusuan badan di kalangan ibu di Malaysia kini berada pada tahap sangat rendah, iaitu hanya 14.5 peratus daripada mereka yang mengamalkan kaedah itu kepada bayi sehingga berumur enam bulan. Masalah itu berpunca daripada kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan anggota keluarga dan kaki tangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik saja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan. Menurut laporan itu lagi, faktor lain ialah kesan atau pengaruh iklan komersial makanan bayi yang menggambarkan seolah-olah ia sama manfaatnya dengan susu ibu. Sehubungan itu, kementerian sudah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Antaranya ialah merangka kod etika produk formula bayi yang berkuat kuasa pada Ogos tahun lalu bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu. Ini adalah langkah tambahan daripada apa yang pernah dilaksanakan pada 1979 yang didapati kurang berkesan. Antara lain Kod Etika Produk Formula Bayi itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengelirukan golongan ibu. Tujuan utama kod berkenaan ialah untuk memastikan pekilang dan pengedar agar jangan memasar, mempromosi atau mengiklankan produk dalam cara seolah-olah mencabar atau menggambarkan mengatasi mutu dan kualiti terbaik susu ibu.
Sudah tentu langkah kementerian itu kena pada masanya dan sangat berkesan dalam mendidik wanita mengenai kelebihan susu ibu. Sedarilah ibu bahawa penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan dan tidak langsung mendatangkan kesan sampingan kepada diri ibu dan bayi malah menjadi sumber pemakanan terbaik. Gunakanlah anugerah Allah itu sebaik mungkin kerana susu ibu sesuai sepanjang zaman. Binalah keberkatan membesarkan anak-anak dengan memberi susu sendiri. Menepati kehendak agama dan berkhasiat menurut kajian saintifik.

alhamdulillah ibu dpt menyusukan baby sepenuhnya hampir dua tahun.........bermula 30/4/2008 sehingga ke ari ni.....

Tuesday, March 23, 2010

YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR, kpd anak2 yg lahir bermula 1 January 2008 boleh memohon


Oleh kerana my doter lahir di Selangor, ayahnya pun lahir di Selangor maka dia layak memohon tabung warisan ini....so alhamdulillah sabtu ni ade jemputan ke Majlis Program Penyerahan Sijil TAWAS di Auditorium MPAJ, Kuala Lumpur. so kepada sesapa yg nak memohon sila baca maklumat2 ini.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan TAWAS?
TAWAS adalah singkatan kepada Tabung Warisan Anak Selangor. Tabung ini diwujudkan selaras dengan tawaran Kerajaan Negeri untuk membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.

2. Apakah faedah yang akan diterima daripada tabung ini?Faedah-faedah yang akan diterima adalah seperti berikut:-
a) Setiap anak kelahiran akan diberi RM100 melalui pelaburan di dalam tabung ini.
b) Anak-anak akan dilindungi insurans sehingga berusia 18 tahun.
c) Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada caruman di dalam pelaburan dana ini.

3. Apakah syarat-syarat permohonan tabung ini?Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-
a) Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja dan tertakluk kepada tafsiran anak Selangor. Bagi tujuan TAWAS tafsiran anak Selangor adalah seperti berikut:-“Anak Selangor” bermaksud rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:-• Warganegara Malaysia; dan• Lahir di Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor; dan• Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau• Ibu atau Bapa lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
b) Kelahiran mulai 1 Januari 2008 adalah layak untuk memohon. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelahiran dan bagi kelahiran sebelum tarikh pelancaran, permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pelancaran.

4. Bagaimana prosedur permohonan tabung ini?Prosedur permohonan adalah seperti berikut:-
a. Pendaftaran bagi setiap anak adalah RM10.
b. Di peringkat permulaan, Pusat Pendaftaran akan dibuka pada waktu pejabat (8.00 pagi – 4.30 petang) di Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
c. Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh Ibubapa/penjaga dengan menyertakan dokumen sokongan (asal dan salinan) berikut:(i) Sijil kelahiran / Mykid anak; dan(ii) Kad Pengenalan Ibubapa/penjaga.d. Setiap pendaftaran akan diberi Sijil Pelaburan yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti caruman di dalam Tabung ini.

5. Bagaimana sekiranya pemohon ingin membuat tuntutan atau mencairkan pelaburan?Tuntutan boleh dibuat seperti berikut:-
a. Setiap pencarum boleh memilih untuk mencairkan pelaburan pada:
(i) Ulangtahun Pertama pada jumlah RM110.00; ATAU
(ii) Ulangtahun ke-18 pada jumlah RM1,500.00.b.
Bagi Ibubapa/penjaga yang memilih pilihan (ii), pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan menghubungi pencarum pada ulangtahun ke-18 untuk urusan bayaran caruman berjumlah RM1,500.00.
c. Pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) juga berkemungkinan akan mengumumkan pembayaran bonus pada setiap 5 tahun selama tempoh caruman di dalam Tabung ini.d. Bayaran akan dibuat kepada pencarum dengan hanya mengemukakan Sijil Pelaburan sebagai bukti caruman di dalam Tabung ini.

untuk keterangan lanjut tuan/puan boleh lah berhubung terus dengan yayasan ini......

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Untuk keterangan lanjut sila berhubung di talian berikut:
Telefon: 03 - 5521 8740 atau 03 - 5521 8741
Faksimili: 03 - 5521 8742 atau 03 - 5521 8743
Email: tawas@tawas.org.my

*Nota : Setiap pendaftaran yang ingin dibuat di pajabat TAWAS, sila sertakan sekali dokumen-dokumen yang diperlukan. Salinan surat lahir, MyKid, MyKad ibu dan bapa.
rezeki jgn ditolak.......

Alhamdulillah rezeki2........tq to FIL

thanks to abg google.....
antara perbualan telefon
ayah: Asslamualaikum....zaa
zaa: Waalaikummusalaam
Ayah: nt singgah sini tak,,,ptg karang balik kerja...
Zaa: Singgah ada apa ayah?
Ayah:oooo ayah ingat nk suh beli KFC
Zaa:oooo KFC sambil2 telan air liur.....oooo boleh2 ayah, ayah tunggu yerk nt balik kerja krg zaa singgah
Ayah: ok,,,bye
Zaa: bye...sambil senyum
alhamdulillah rezeki....perut ni sedang meminta2 nk diisi....so terlintas menu ini....mmg best sebenarnya nk jam tu.......nk buat koleksi.....semoga murah rezeki my FIL


dadadididudu.....Layang2 putus tali.

Minggu lepas kami ke Melaka atas urusan jemputan perkahwinan tapi maaf yer...sebab x de gambar sampai pun lambat....makan2 sampai kenyang jumpa sedara mara terus cabut meneruskan xtvt seterusnya. aktiviti pertama ke kilang sampah. Kilang sampah??????? ye kami ke kilang sampah atas urusan yg masyukkkk alkisahnya ade nak servive engine....kat tempat pelupusan sampah ni so alang2 ke Melaka terus terima kerja part time ni....at least pergi ke sana dpt top up poket kosong boleh cover duit minyak....alhamdulillah rezeki.

see, my doter & my son........seterusnya ke town Melaka,,,,walaupun kerap ke sini almaklumler asal usul dr Melaka,,,,so negeri ni wajib di terjah...so setelah sekian lama berjanji ngan my son....akhirnya dpt jugak tunai permintaannya. punya ler jauhnya dr kajang ke Melaka br dpt cr layang2. namun alkisahnya excited sgt tengah2 main layang tiba2 layang2 terputus tali...terus masuk ke laut di depan sanun........

ni layang2 pertam terbang tinggi sblm terjunam ke laut.
so kepada sesapa nk main layang2 best dtg kat sini kat tg bidara Melaka, angin mak aiii mcm nk melayang kita dibuatnya......tp mmg best punya lah ramai umat2 di seluruh negeri singgah sini semata2 nk main layang. parking mmg penuh

utk memujuk hati yg lara ....maka si ayah terus g beli layang2 yg kedua kopak jugak ler rm 100...tp demi mu anak janji happy.......see sampai melopong mulut sambil tengok layang terbang tinggi sebab takut terjunam lagi.


seterusnya utk menghabiskan waktu2 yg ade di Melaka kami terjah ke Melaka Parade.......
tp x dok gambar sebab sibuk melayan my doter yg dah makin lasak........lepak2 kat Kenny Roggers,,,terus zashhh balik Kajang semula. yg penting ank2 happy.....



Friday, March 19, 2010

Info: Salam Pagi Jumaat

sekadar utk info semua pembaca2.....ada seseorang pernah bg tau...sila amalkan ayat2 tersebut utk tambahkan rezeki....dan InsyaAllah jika di amalkan Allah akan melimpahkan rezeki......alhamdulillah ianya terbukti...

  • Baca surah Al Waqiah selepas solat 5 waktu, jika x de kelapangan cukupler sekadar baca selepas solat subuh & solat Isyak.
  • Selepas solat selawat keatas Nabi sebanyak yg mungkin
  • Mlm Jumaat baca Yaasin dan selepas solat Zohor pada Jumaat
  • perbanyakkan solat sunat tengah mlm ker

Hari Jumaat bacalah : Yaa Allah

Hari Sabtu bacalah : Laa Ilaaha Illallah

Hari Ahad bacalah : Yaa Hayyuu Yaa Qoyyuum

Hari Isnin Bacalah: Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahilaliyil Azhim

Hari Selasa bacalah: Allahumma Shali'ala sayyidinaa Muhammad Wa ala ali sayyidinaa Muhammad

Hari Rabu bacalah: Astagfirullahal'azhiim

Hari Khamis bacalah: Subhaanallaahil Azhimi.

(kesemua bacaan tadi amalkanlah 1000 kali dlm sehari)

amalkan selalu bacaan Asma'ul Husna kerana setiap nama Allah terdapat banyak kelebihannya...

InsyaAllah jika kita ingat padaNya, Allah akan makbulkan segala permintaan kita......InsyaAllah

Ibu Hadif's Giveaway

syarat² mudah jer :
1. anda mesti lah folower saya (blogger sahaja)(sape yang belom folo, sile buat demikian sblm 25 mac yer)
2. anda hanya perlu taip 'saya mau jam tangan yang cantik lagi anggun itu!' di ruang komen di bawah. (copy paste je la)
3. done... itu jer! takyah link bagai...
Pemberitahuan :~ satu pemenang sahaja akan dipilih! jam pon satu jer! tapi, kalau ramai join, hadiah mungkin akan ditambah... seperti biasa, sponsor by vincci! hohoho....
~ pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah dan dicabut oleh si kecik hadif or Mr. K.
Terima Kasih.
pertama kali join contest mana tau ade rezeki InsyaAllah..........dpt tambah2 koleksi jam. meh ramai2 kawan2 semua join contest....tanda sokongan rakan bloggers

Tuesday, March 16, 2010

Kemalangan Ngeri.....Kuasa Allah...

Ajal, Maut, Kematian & Kehidupan adalah suratan dariNya
ni email yg saya terima smlm, just nk share ngan semua pembaca2 semua, kadang kita hanya merancang tapi Allah yg menentukan,,,,justeru percaya lah pd ketentuan Qadaq & Qadarnya....lihatlah wahai kalian betapa besarnya kebesaranNya.....jika kita tengok dr sudut luaran kemalangan yg teruk mcm gini nescaya kita akan ckp ......eee habis dah drive ni,,,,,dah x de harapan utk hidup...namun kuasa Allah siapa yg tau...pemandu ni seorang ibu dan sedang mengandung....tapi dgn kuasanya.......scroll down anda saksikannya sendiri
tempat kemalangan berlaku, sebuah kereta telah di hempap oleh sebuah kren......bygkan betapa beratnya kren tersebut sehingga kereta tersebut hancusssss......kelihatan bomba & org ramai membantu mengeluarkan mangsa. yg pakai baju hitam tu suami kepada pemandu tersebut....dia hanya mampu berdoa semoga isterinya hidup......namun tiba2.........

see......pemandu tersebut selamat di bwh kren.......masyaAllah

suasana kemalangan





KEMATIAN ITU PASTI.........BERSYUKURLAH, BERTAWAKALAH, INGATINYA SELALU, SELAGI ALLAH MASIH MEMBERI KITA NYAWA YG TIADA NILAINYA







My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers