Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Friday, December 2, 2011

Ibu adalah segalanya.....(sila baca)

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

Thursday, December 1, 2011

Bantuan RM 500

Alhamdulillah.....terima kasih kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib...PM kita...sapa x nak kan bantuan tersebut,,,at least dpt jugak tampung sket2 apa yg patut di belanjakan...tambahan anak2 nak masuk sekolah...dpt duit belanja sket2 kan....


kepada seisi rumah yang berpendapatan tidak lebih dari RM 3000 sebulan boleh la memohon....borang2 boleh di dapati di badan2 kerajaan, LHDN, sekolah2 terpilih......


syukur.....rezeki dariNya....

Bantuan RM 500


KUALA LUMPUR – Pendaftaran permohonan bagi mendapatkan bantuan secara `one-off’ sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah boleh dibuat mulai 10 Disember ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 tersebut adalah selama satu bulan.
“Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh itu di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi-agensi kerajaan.
“Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan perlu diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan atau negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat cawangan LHDN,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Ahmad Husni berkata, pembayaran bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012 dan bantuan itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.
“Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion,” katanya lagi.
Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan tunai secara `one-off’ sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Bantuan itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.
Ahamd Husni seterusnya berkata, isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.
Jelas beliau, ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga itu turut merangkumi ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.
“Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk membuat permohonan,” jelasnya lagi.

Friday, November 25, 2011

berhati2 dari gombak - karak, karak - gombak


Kpd sesiapa yg mggunakn hway karak ke gmbak or gmbk ke karak pd msm hujan diminta 


pandu plahan bmula dr karak ke bntong n bntong ke karak krna ada phak yg khianat 

meletakan myk diatas jalan raya area SG DUA..ptg ini shj 15Buah kreta bpusing & hlang 

kwln..Mtak sebarkn kpd saudara & sahabat..DRP AJK Bentong

harap...rakan2 berhati-hati la ye...info saya copy dr fb

^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Salam Jumaat semua...minggu ni cuti panjang...so di kira ramai yg akan pulan ke kampung 

halaman ke pahang, terengganu dan kelantan...dan kemana2 jua....pesanan hati2 di jalan 

raya....

msg tersebut saya copy dr Fb...tapi melalui pengalaman dr kawan saya sendiri..mmg kes 

sebegini terjadi kepada dirinya di kawasan tersebut...so kepada semua berhati2 di jalan2 

raya....sampai shj di kws tersebut...slow2 la kenderaan anda..

Biar lambat asal selamat

Selamat Bercuti...


Thursday, November 24, 2011

Memohon sumbangan dengan kadar segera

ACT Malaysia is collecting used telekung and hijab for the orphan girls in Mindanao until Friday (25/11) afternoon. If you have extra of these items and would like to donate it, please send it to our office: Suite 1, Pusat Komuniti Sg Kantan, 43000 Kajang, Selangor. The items will be sent to Mindanao through some students going back for vacation this weekend. We will only have at most 30kg worth of free load so please donate only the usable ones. Jazaakumullahu khayran katheera.

Wednesday, November 23, 2011

Majlis Graduan Sek. Keb Sg Kantan, Kajang

Alhamdulillah...setelah setahun bersekolah Pra di Sekolah Kebangsaan Sg Kantan Kajang, akhirnya abg long berjaya jugak mengharunginya....syukur Alhamdulillah...dan sepanjang itu jugak hari2 ibu dan ayah hantar dan jemput dari sekolah.....Alhamdulillah..abg Long mula sekolah pada umur 4 tahun....2 tahun di private school dan 1 tahun di Pra Sekolah..banyak perkembangannya dari segi motor kasar dan motor halus...3M jugak dia dh boleh......
hari Jumaat seminggu sebelum sekolah bercuti panjang....ada majlis Graduan...bab kata abg long
" Ibu nanti abang dh konvodikesyen tau........."
ayat sebenar Majlis Konvokesyen''':)

 dah besar anak ibu n ayah.....tahun depan dh darjah satu....
 Nasyid beramai
 Bersama cikgu Ina dan Cikgu Noor...terima kasih cikgu yang tak terhingga...mendidik, mengajar abg long....
eehhhh............terselit jugak.......peneman setia abg Long...kemana ada majlis confirm wajah ini akan ada sebagai sokongan, semangat tanda kasih syg adik beradik

Rahsia Malaysia Menang....copy dr FB

korg nk tahu Rahsia knp Malaysia menang ?

Sbb...

TEAM Malaysia Hebat.. namun rahsianya ..kerana MALAYSIA ade seorang MUSLIM, ade seorang TAMIL, ade seorang pula GURU, dan yg penting Team MALAYSIA ade khairul fahmi che mat yg sentiasa cermat menangkap bola, dan MALAYSIA juga ade baddrol bakhtiar yg sentiasa berikhtiar menjaringkn gol dari jarak jauh :) kekekeekekee dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ade ONG ( Ong Kim swee )!!!!!! Hahah....just a joke..Tahniah Malaysia....Tahniah seluruh rakyat Malaysia..:)

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers