Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Wednesday, August 19, 2009

Anak Soleh Idaman Ibu Bapa

ANAK SOLEH IDAMAN IBUBAPA

الحَمْدُ للهِ اْلقَآئِلْ :
أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوا اللهَ وَ أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Marilah sama-sama kita bersyukur serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Disamping kita berdoa kepada Allah s.w.t. supaya dianugerahkan zuriat yang terbaik.

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.
Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t.

Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w :


" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".


Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :

Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.

Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali - Imran ayat: 38

Yang bermaksud : Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.

Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Kedua : Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak

Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.

Ketiga : Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah

Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.

Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :

Yang bermaksud : “ Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam ”.

Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak

Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :


مَا مِنْ شَىْءٍ أَثْقَلُ فِىْ مِيْزَانِ الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ

( رواه أبو دأود والترمذي )
Maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia ”.

Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal

Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :

Yang bermaksud : “ Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ”.

Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya. Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna.

Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina insane yang sempurna dan merupakan modal insane yang akan memainkan peranan untuk membangun masyarakat dan Negara yang maju mengikut acuan kita sendiri menjelang tahun 2020 akan datang.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم،


Maksudnya : “ Dan orang orang yang berkata: " wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.

( Surah al-Furqan : 74 )



بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هذَا وَأَسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.


10 etika anak soleh

  1. Tidak mempersekutukan Allah SWT, Syirik dan Murtad
    - Merupakan kesalahan dan dosa yang amat besar.
  2. Berbuat baik kepada kedua ibubapa
    Kenangilah penderitaan ibu yang mengandung kita dengan segala susah payah. Apabila kita dilahirkan, kita disusunya sehingga berusia kira-kira 2 tahun.
    Banyak bersyukur kepada Allah SWT kerana diciptakan kita untuk hidup di dunia ini.
    Doakanlah kesejahteraan ke atas mereka dan semoga Allah SWT akan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.
  3. Yang tidak boleh kita taati suruhan kedua ibubapa hanya apabila dipaksa syirik atau menyembah yang lain daripada Allah SWT (namun 'ketidaktaatan' ini harus dilakukan dengan cara yang baik - penuh hikmah, dakwah, siasah dan diplomasi) Ketaatan kepada ibubapa yang bukan Islam sekalipun (walaupun anaknya itu mualaf) masih diwajibkan (bukan taatkan suruhan mensyirikkan Allah SWT)
  4. Memahami bahawa segala amal ibadat kita diketahui oleh Allah SWT walau sekecil mana sekalipun
  5. Mendirikan solat
  6. Menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan (Amar Makruf Wa Nahyu Anil Mungkar) - dakwah lidah, hati dan anggota.
  7. Bersabar dan redha diatas segala dugaan
  8. Tidak menyombong dan membanggakan diri samada kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak, berilmu atau tidak, tua atau muda atau berketurunan (orang baik-baik) dll.
  9. Bersederhana dalam segala perkara.
  10. Bersikap lemah lembut dan beradab sopan

Permata Hati Ibu & Ayah

Zarith Zyra Sofea

Zarith Zaquan

inilah permata hatiku, lahirnya kalian membawa seribu rahmat buat ibu n ayah. semoga kalian menjadi anak yang soleh n solehah. belajar pandai2 nanti dapat tolong ibu n ayah. alhamdulillah kelahiran kedua2 anakku memberi seribu kerahmatan buat ku sekeluarga, benar setiap ciptaanNya ada keistimewaan yang tersendiri. lengkap kehidupan ibu dengan kelahiran kalian. segala apa yang ibu lakukan khas untuk mu sayang, .....ibu n ayah terlalu syg kan kalian. kadang aku terfikir apakah perasaan yang bergelar ibu tapi sanggup membuang anak sendiri? sanggup mendera anak sendiri? dan pelbagai yang berlaku......tidak ada rasa sakitkah kalian.....peritnya membawa kandungan kehulu kehilir, sewaktu ingin melahirkannya......terkadang emosi sekejap dengan apa yang telah berlaku. tidak takutkan kalian pada hukum tuhan, hukum duniawi apatah lagi hukum diakhirat kelak. sedihnya........


Tumpang Sekaki.....


Ini sebenarnya majlis penyerahan kunci balai raya secara kebetulan masa tu x ramai org, so dia org minta datang ke majlis tu sebab nak meramaikan org.....so apalagi dah masuk surat khabar, senyum lebar ler.....dapat tumpang sekaki :)

Wednesday, August 12, 2009

FuN FaIr datang lagi...


inilah kegemaran kami sekeluarga, andai ada mana2 tempat buat fun fair memang tak sah kalau tak pergi. mlm tu agak bertuah sket ler, tengok tu dapat hadiah anak patung besar, dapat no. bertuah, tengok tu anak2 ku.....tak kan lepaskan peluang itu nak cuba ini nak cuba,,,,,,,kopak2 huhuhu habis ler rm50 klu nak di fikirkan membazir rasanya, tak pe ler sayang janji kita sekeluarga happy dapat bermain sama2.

hari raya awal......


inilah ragam kanak2. bila kita sebut dah dekat nak raya dia ingat macam esok lusa jer raya. padahal kena puasa sebulan, ini antara yang sambut hari raya pada bulan syaaban (hehehehheehhe..............)

29/7/2009

Inilah kenangan bersama mak mertua pada hari raya aidilfitri

Apa yang terjadi ngan tarikh ni?.....tarikh 29/7 ni adalah tarikh kenangan manis n pahit dalam family aku......kenangan pahitnya pada tahun lepas 29/7/2008 lebih kurang pukul 11.15 pagi selasa mak mertua aku pulang kerahmatullah.....Allah lebih sayangkan dia...kami pasrah di atas segalanya. mak mertua aku sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi.....dia di masukkan ke wad hospital serdang pada hari sabtu dan terus di masukkan ke ICU, walaupun aku hanya menantu tapi dia tak pernah membezakan aku....dia sayang aku seperti mana anak2 dia. dia tempat aku meluahkan segalanya andai aku ada masalah sebab aku x de keluarga di sini. di sini lah kebanyakkan masa aku habiskan tak kira ari cuti apa sekalipun. aku puas aku dapat jaga dia dengan sempurna masa dia sakit. Semoga Rohnya disisi orang2 yang beriman...AlFatihah....RANIAH HJ MAT ISA.
29/7/2009 genap setahun pemergiannya. namun kuabadikan tarikh keramat ini dengan membuka syarikat. nama yang menjadi pilihan adalah ZAIRA TRAINING CENTRE & SERVICES kuabadikan namanya didalam nama syarikat tersebut.Ideal untuk menubuhkan syarikat ini di kongsi bersama kakak ipar ku Kak Ina, terima kasih banyak2 kakak banyak bantu zaa tak kira apa bentuk bantuan semoga apa yang kita rencanakan akan menjadi kenyataan InsyaAllah, amin3 alhamdulillah akhirnya berjaya jua kita daftarkan nama ini. Terima kasih banyak2 kepada orang yang aku paling sayang iaitu suami ku Zarudin Bin Zalli kerana memahami niat ibu, dan selalu memberi semangat utk ibu, syarikat ini mengendalikan sebarang jenis training tak kira ler apa bentuk training. so sesiapa yang berminat nak buat training boleh hubungi zarith_zarudin@yahoo.com

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers