Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Monday, November 30, 2009

AQIQAH & KORBAN...

Alhamdulillah bersyukur pada kurniaan rezeki dari MuYa Allah (S.W.T), tahun ni kami sekeluarga selamat membuat majlis Aqiqah dan Korban. Act majlis Qurban ni di buat di Kuala Lipis Pahang, di rumah my mom & dad...so lps jer sembahyang raya cepat2 bertolah ke kampung. Operasi menyembelih akan di buat lepas sembahyang Jumaat sebab masing2 rumah di situ ade buat korban...so jenuhler makan daging korban penduduk di situ.
Aqiqah
Zarith Zyra Sofea
Qurban
Zarith Zyra Sofea
Zarith Zaquan
Zarudin
Zamaney
Allahyarhammah Raniah Hj Mat Isa
inilah binatang korban kami sekeluarga pada tahun ni, jika di izinkan lagi InsyaAllah tahun depan akan kami laksanakan lagi....doakan lah semua agar kami di murah kan rezeki dariNya.

sebelum operasi sembelih, terasa begitu sayu hati...apabila orang ramai bersama2 membaca takbir hari raya, mengingat kan diri ini pada cerita Nabi Ibrahim As, pada kebesaranNya...




Alhamdulillah selesai sudah, terima kasih kepada semua yang sudi membantu.









Wednesday, November 25, 2009

Bila x de kerja nak buat

apabila dah x de kerja nk buat so layan anak2 ni ler akibatnya......act ank dara ku ni Sofea suka make up so ayahnya telah beli satu set alat make kalah ibunya....he3...so layan ler ragam anak2

see muka Sofea dah mcm apa.....

See muka Abg Long


Jelmaan Harimau Jadian...

dah lama mencari baju ala2 corak haiwan ni....so akhirnya bertemu jua so model yang akan pakai adalah anak dara ku........
lo...apasal muka Sofea ni mcm gini......




Graduation Day

Pada 22/11/2009 Ahad yg lepas, majlis graduation abg Long,,,,,,sekejap jer kan masa berlalu dah habis sekolah. Act Abg Long baru umur 4 tahun, saja je masukkan sekolah awal supaya dia ade ramai kawan & ade mood nk belajar so far alhamdulillah perkembangan Abg Long amat memuaskan. dah boleh membaca, mengira & mengeja so 3M tu dia boleh capai, thanks pada semua teacher esp. teacher Mas.....next year buat yang lebih baik yerk.....
Abg Long masuk acara " Chicken Dance" so layan jer ler gambar ni, budak pompuan belakang tu pasangan dia.....kelakar tengoknya....ni lah yg ibu tunggu2 sebab setiap gari kat rumah dia practise asyik menari jer.....so puas hati ibu menontonnya.....ragam Abg Long
So far Alhamdulillah result exam Abg Long amat memuaskan hati Ibu, walaupun dengan usia 4 tahun.......Mid Sem No. 1 Finale pun Alhamdulillah no. 1 so Abg Long dapat hadiah pelajar cemerlang utk 4 year, tu ler guru kelas dia Teacher Mas namanya,,,thanks kerana bersabar dengan karenah Abg Long...nama Abg Long sebenarnya Zarith Zaquan tp sebab dia selalu membahasakan dirinya Abg long so satu school panggil dia Abg Long dr 4 years sampai ke 6 years dan semua guru pagi petang pun panggil Abg Long.....
br 4 years tp berat dia dah 39kg.....cuba bayangkan saiz seluar & baju sama saiz dgn ibu....jimat2 boleh share2

try upload video konsert dia....tp slow ler....so nt ibu cuba lagi yer..:)




















Friday, November 13, 2009

SERIBU KENANGAN

ermmm ni lah kenderaan yang banyak berjasa buat kami sekeluarga. terlalu banyak kenangan. dulu masa mula kenal ngan cik abg (2003) kereta ni ler ke hulu ke hilir bersamanya. susah senang dengan kereta ni, dulu colour hitam warna kegemaran ku.......tp dah tukar ke colour merah kasi garang sket. banyak kenangan dengan kereta merah ini. tp thn 2008 ia telah bertukar tangan, kereta ni telah dijual, entah sapa sekarang yang memakainya, dah lama x nampak memandangkan pertambahan keluarga so kena korbankan sket utk beli kereta lain. alhamdulillah segalanya telah tertulis olehNya. gambar ni di ambil pada hari nk serahkan kereta utk driver yang baru.

Perkembangan my baby

sekarang umur sofea dah 1 thn 7 bulan, but still breastfeeding....alhamdulillah. dah pandai berjalan dah nak mula menyusun ayat untuk bercakap. tp buat masa sekarang hanya pandai sebut ayah sahaja but fhm arahan apa yg kita bg. tp kuat merajuk silap sket merajuk, tak dpat apa yg di hajati merajuk....pening2. tp terlalu manja dgn ayahnya....mcm mana keadaan mesti cr ayah.

inilah satunya cucu perempuan tunggal" ibu, sofea x suka pakai baju mcm ni ler?...nak buat mcm mana di kelilingi oleh lelaki...
sangat lasak x mcm seorang pompuan

see,,,,,kebanyakkan gambar semua bersama ayahnya....ank ayah



EXAM....

syukur alhamdulillah abg long dah dapat keputusan exam, Alhamdulillah masih no. 1 lagi. peksa setengah thn ari tu pun dapat no. 1 jugak....buat abg long tahniah, ibu & ayah senantiasa mendoakan agar abg long mendapat yang terbaik. esok nk g amik report card di sekolahnya...so gambar semua kertas exam nt publish. Terima kasih buat all teachers at Tadika Titian Ilmu Prima Saujana, Kajang jasa kalian terlalu banyak dlm mendidik ankku...terutama sekali buat teacher Mas. alhamdulillah abg long br umur 4 thn dah pandai membaca. thank you very much.

28/11/2009

ermmm lambatnya nak tempuh tarikh itu?...ada apa dengan tarikh itu.......tunggu..........................x sabar rasanya....Alhamdulillah makbul jua akhirnya hajat ku ini.

Tidak menyesal mengenali mu......


baca n3 ni betul2 ikhlas dr sanubariku........buat suami terchenta....


Alhamdulillah syukur pada mu Ya Allah, kerana mempertemukan aku dgn seorang lelaki yg bernama ZARUDIN BIN ZALLI. Tarikh ari ni, tarikh keramat bg aku kerana apa?.....kerana ari ni adalah tarikh abg melamar aku..... dan bertepatan dengan ari Jumaat 6 thn yg lepas....cepat2 buka semula memory lama2. terima kasih abg kerana menyanyangi hati ini, memberi sepenuh ruang hati ini utk dimilikki.

Ya Allah

aku bersyukur padamu kerana mempertemukan aku dengan seorang lelaki yang betul, memberikan aku segalanya apa yg aku hajati....syukur Alhamdulillah.

Abang

tarikh ini memberi seribu makna, makna erti sebuah hubungan yang serius. walaupun dlm jangka masa yang singkat sahaja kita di pertemukan namun mengambil keputusan yang drastik, namun ayang bersyukur sangat2 padaNya. Segalanya kita tempuh bersama susah payah, senang....

Salam Jumaat,,,,

Saja nk berkongsi maklumat, buat pembaca blog semua....(secara langsung atau x langsung) ni ade sedikit maklumat, beberapa tips utk makluman, ada org pernah bagi tau amalkan amalan ni

  • baca surah Al Waqiah setiap mlm sebelum tidur
  • selawat 100 kali selepas solat
  • puasa Isnin & Khamis

InsyaAllah jika di amalkan kita di murahkan rezeki olehNya...InsyaAllah.

Sekejap masa berlalu....

Rasanya pejam celik pejam celik sekejap jer masa berlalukan dan nak sampai penghujung thn 2009.....umur pun dah meningkat he3 ( but still young), so untuk tempoh bulan November ni banyak sangat xtvtnya, setiap hujung minggu ada saja benda nk buat. so far ok ler dapat membz kan diri. lps ni nk fikir azam thn depan plk, nasib baik azam thn tercapai jugak ler. alhamdulillah syukur......

Tuesday, November 3, 2009

HATI & PERASAAN

HATI DAN PERASAAN
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Wallahu A'lam.

BERSEDEKAH....

Orang beriman tak takut belanja harta mereka bagi meringankan beban golongan memerlukan.KEKAYAAN tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.Dalam satu kisah, diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan pada lengannya. Baginda menepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman: “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya? Nabi Ayub menjawab, “Ya benar; demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatan-Mu”. Kisah ini menegaskan pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan Allah. Cara mendapatkan keberkatan daripada Allah, antaranya:
Bersyukur atas apa yang diberikan Allah.
Belanjakan harta pada jalan diredhai Allah Berusaha cari rezeki halal Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan beri sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim. Bersedekah kepada anak yatim, miskin, jika boleh setiap hari. (Cari anak yatim untuk diberikan) kerana dengan izin Allah akan diganti tanpa kita sedari.
Ikhlaskan pemberian, sedekah hanya kepada Allah bukan mengharap pujian (pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dulu, selepas itu barulah kepada jiran dan orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam. Konsep sedekah: Berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam al-Quran (surah al-Imran ayat 92).Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat, bukan untuk dunia) Amalan diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan). Menurut Nabi SAW, 9/10 (90 peratus) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 saja.
Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan jujur, cekap dan amanah. Peniaga amanah akan dibangkitkan bersama nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan adalah amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam. Jika tidak aktiviti ini, seluruh umat Islam akan menanggung dosa. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam hadis, Nabi SAW menerangkan setiap awal pagi, ketika terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, “Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan harta kepada Allah.” Yang satu lagi menyeru, “Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek).” Orang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: “Takutilah api neraka walaupun dengan sebiji tamar.” Dan sabdanya lagi: “Sedekah itu penghapus dosa seperti air memadam api.”Jika dapat diamalkan, rezeki yang dikurniakan Allah akan kekal walaupun sudah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang sudah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta, belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi daripada sumber yang kita tidak ketahui.Bersedekah itu boleh dilakukan oleh semua orang sekalipun orang itu tidak berharta. Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah, pelaksanaan perintah Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim sesama Muslim.Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan di antara hamba sesama hamba. Firman Allah: “Wahai orang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepadamu, sebelum datang hari yang tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan yang akrab dan tiada lagi syafaat padanya. Dan orang yang kafir itu adalah golongan zalim.” (Surah al-Baqarah, ayat 254)Rencana disediakan oleh Penulis Khas YaPEIM

PROGRAM QURBAN & AQIQAH DI MINDANAO

Ini salah satu syarikat NGO yang mengendalikan program Aqiqah & Korban di Mindanao. kenapa pilih Mindanao? ini kerana terdapat beribu2 umat Islam di Mindanao yang menderita namun tidak mendapat publisiti yang meluas so atas niat murni seorang hamba Allah maka ia menjalankan bantuan kepada rakyat Mindanao. terdapat beribu2 umat Islam Mindanao serta anak yatim di sana yang memerlukan bantuan kita semua, so atas dasar sesama Islam maka marilah kita bersama berganding bahu untuk membantu sedaya yang mungkin.Ni tahun yang ke 2, program ini di laksanakan. so kepada sesiapa yang berminat untuk membuat Aqiqah & Korban boleh berhubung terus di:
Aksi Cepat Tanggap (M) Berhad
Suite 1, Pusat Komuniti Sg Kantan, 43000 Kajang Selangor
Tel: 03 8739 5872 Fax: 03 8739 5872

ni ada sedikit fakta yang boleh di kongsi oleh semua pembaca. Kajian ini telah dibuat oleh ACT Malaysia pada Julai 2009 ke atas 11 buah rumah anak yatim di Central Mindanao mendapati keadaan prasarana rumah2 anak yatim adalah sangat dhaif. Rata2 mereka tidur di lantai sahaja tanpa tilam bantal yang sempurna dan tiada almari baju. Guru2 dan pengasuh juga dibayar dengan gaji yang sangat rendah (RM70-RM250sebulan). di samping itu mereka juga terdedah kepada penyakit kerana mendapatkan air dari sumber yang tidak sempurna.

* Bersyukur lah kita padaNya*


Bulan Penuh keberkatan

Sengaja n3 Aqiqah & Korban ini di paparkan, walaupun hari raya haji lambat lagi.....tapi ingin berkongsi maklumat sahaja. Sana sini kita dapat lihat orang pasang iklan mengenai maijlis Aqiqah & Korban bersempena dengan Sambutan Hari Raya AidilAdha yang bakal tiba x lama lagi.....pejam celik pejam celik lagi beberapa minggu sahaja lagi. Macam2 program yang dapat kita lihat, bagi yang berkemampuan atau duit lebihan sket2 boleh menunaikan majlis aqiqah & Korban ini.

AQIQAH & KORBAN...

Seperti yang dimaklumi, hukum Aqiqah adalah sama dengan hukum Qurban iaitu sunat muakkadah, iaitu sunat yang amat dianjurkan, terutama bagi mereka yang mampu. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Tirmizi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud) Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut di kepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara' ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers