entah la...semenjak dua menjak ni asyik bermimpi di patuk ular sahaja...ke ada org nak meminang...isshhhhhhhhhhh aku dh kawen buat apa nk meminang bagai...menjadi persoalan jugak sebab apa yang di mimpikan itu adalah sama...ular yg sama, jenis, bentuk, rupa dan sebagainya...cuma kali pertama mimpi..dia main kejar nak patuk..so aku lari..kali kedua mimpi pun x sempat jugak dia nk patuk aku..so kali ketiga pun sama cuma dia sempat sket jer di tangan kiri aku...
dah kawen..dah ada anak 3 orang dah,,,jgn cari pasal......
mainan tidur kah?
atau....ermmmm entahlah...so apa lagi cik abe google kan ada...so aku try search sana sini...so apa yg aku baca nak share sket dengan semua,,,kebanyakkan yg aku baca adalah ayat sama...so kita copy n paste di sini
Dear Gentle Readers,
Anda pernah dengar tak, kalau org tua dulu2 kata -> Mimpi dipatuk ular ni maksudnya kita akan dipinang orang?
Alhamdulillah kalau betul kita nak dipinang orang kan...
Tapi malangnya, menurut Ibnu Sirin (watch the video below) mimpi berkaitan dgn ular ni bukan bermaksud kita akan dipinang orang...
Secara ringkas nye,
Mimpi dibelit/bermin dgn ular -> Kita dihampiri oleh SIHIR
Mimpi dipatuk ular -> CONFIRM SIHIR telah meresap masuk dalam tubuh kita
NAUZUBILLAH...
So, kalau anda pernah bermimpi dipatuk ular, please dapatkan rawatan dengan segera. And make sure anda dapatkan rawatan berasaskan Al-Quran & As-Sunnah, bukan melalui tukang2 sihir atau 'ustaz2 bertopengkan manusia tapi sebenarnya menggunakan jin2 & syaitan2 sebagai perantaraan'...
Di sini saya nak bagi link2 yang sesuai untuk anda bertindak... Tetapi sebelum tu, mesti nak kenal apa ciri2 perawat yang didampingi oleh jin. Sebab ramai perawat sekarang mengaku dirinya ustaz, tapi sebenarnye bukan.
Tanda paling simple, kalau ada je asap e.g. kemenyan, setanggi or even ais kering -> confirm itu utk panggil jin...
Kadang2, mereka nak nama ibu pesakit, atau tarikh lahir... Yang ini pun confirm bukan berasaskan Al-Quran & As-Sunnah... Kalau boleh, baca sehingga habis 2 link di bawah:
Kalau nak selamat, pergi ke pusat rawatan yang terbukti kesahihan nya, contoh nya :
Dan ada banyak lagi sebenarnya... But just make sure, anda dapatkan rawatan drp sumber yg dipercayai. Jangan sebab desperate nak sihat cepat, kita berkompromi dalam isu akidah kita. Meminta bantuan drp jin/syaitan ni, boleh mendatangkan SYIRIK...
And kita semua tahu, syirik ni dosa yang sangat besar, dan susah sangat nak dapatkan keampunan drp Allah. Kalau ternyata, kita dapatkan rawatan berasaskan Al-Quran & As-Sunnah, tapi Allah belum izinkan kita sembuh... And akhirnya kita mati dalam keadaan sakit, itu sebenarnya JAUH LEBIH BAIK daripada hidup, tetapi hidup dalam keadaan SYIRIK kepada ALLAH...
Nauzubillah, semoga kita semua terhindar daripada gangguan2 jin & syaitan yg dilaknati Allah... Ameeeeennnnnn
*** mana tau pembaca semua ada jawapan dan ada kebenaran atau kepalsuan...
yang penting semoga aku di jauhikan segalanya
apa yang penting, jika aku ada melakukan kesilapan...maaf kan la...jgn berdendam weh...takut beb bab2 santau ni..
semoga di jauhi segalanya.....
No comments:
Post a Comment