Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Tuesday, May 22, 2012

Alhamdulillah.......sudah 8 tahun

Kepercayaan dan kejujuran merupakan antara nadi utama dalam sebuah perhubungan. Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga akhir hayat.


Alhamdulillah....22/5 genap 8 tahun usia perkahwinan.....doaku semoga hubungan cinta ini akan senantiasa utuh dan bahagia selamanya...terima kasih buat suami ku..sudi menjadi penawar suka duka bersama...

Monday, May 21, 2012

20/4/1941 - 14/5/2012 Ayahanda tercinta pulang ke Rahmatullah

20/4/1941 - 14/5/2012...tarikh yang sukar di lupakan dalam hidup ni....ayahanda tercinta telah pulang ke Rahmatullah...semoga rohnya di cucuri rahmat dariNya dan di tempatkan di kalangan org2 beriman...

mcm biasa...pagi Isnin..adalah monday blues bab kata org....tapi kata aku...kehidupan akan berjalan seperti biasa....namun pagi tu entah apa yg terjadi semuanya bagaikan lambat....bangun dari tidur seperti biasa...siapkan beg2 sekolah anak2...siapkan bfast....so teruskan perjalanan hantar anak2 ke sek, ke taska....sampai di taska ada dua ekor burung gagak bertenggek di atas dahan pokok betul depan taska Yaya....hati ini berdetik apakah petanda buruk akan berlaku...namun..kuatkan dlm hati....selepas hantar anak ke taska,,teruskan perjalanan ke tempat kerja....namun entah apa2 yg berlaku..keadaan masa terlalu lambat sgt2....tiba2 tel berbunyi....panggilan dari ibu tercinta memaklumkan bahawa ayah tengah tenat di Hospital...dan sejurus selepas itu pihak hospital tel memaklumkan adakah bersetuju utk memasukkan wayar bagi membantu pernafasan sebab ayah tengah2 tenat.....sejurus itu aku menelefon suami dan memaklumkan......dan mengambil keputusan utk balik kg....tapi entah kenapa.....semua kerja aku lakukan semua mcm lambat....semuanya lambat.......tel semua adik beradik yang jauh di mata tapi dekat di hati.......settle urusan anak2 di sekolah...dan meneruskan perjalanan ke Pahang.....di dalam hati berdoa..semoga aku di beri kesempatan utk menatap wajahnya kali terakhir.....namun Allah lebih syg kan.....ayah pergi buat selamanya....tepat jam 11.39 pagi...Innalillah...itu yg shj yg mampu aku ucapkan...air mata berderas laju.......fuhhhh peritnya terasa apabila org yg kita sayangi....org yg tempat aku meluahkan segalanya...pergi mengadap Ilahi.....takpe Allah sygkannya....ayah pergi di sebabkan penyakit asmanya....namun dia pergi dengan cukup2 senang...alhamdulillah.........
tinggalkan banyak kenangan utk aku...tiada dah org dh bercerita...mendengar masalah aku...mendengar luahan hati ni...dan tiada tempat utk insan bergelar AYAH....fuh..,,,sayunya hati sunyi nya hati.....hari ni adalah hari ke 7 ketika aku menulis ini..aku cuba kuatkan semangat utk di jadikan tulisan sejarah dlm blog aku...
Innalillah...abadilah ayah di sana....kami mendoakan agar ayah di tempatkan di kalangan org2 beriman......
tinggalkan kami dengan banyak kenangan yang sukar utk aku coretkan..........
terima kasih buat semua yg mendoakan akan kesejahteraan ayahanda tercinta..terima kasih

namamu senantiasa di hati kami......

Friday, May 11, 2012

12 May @ Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu...

kepada diri sendiri, especially to my mum...ZAINU BT MAT...walaupun dia x baca blog....tapi takpe utk ucapan,,,tapi anak2 lain baca kan...


Firstly, coretan ini didedikasikan buat seluruh insan yang bergelar ibu terutama sekali ibu kepada diri ini. Jasa dan pengorbanan ibu takkan bisa dibalas. Lihat saja bagaimana ibu membawa ke sana ke mari perut yang memboyot selama 9 bulan lamanya. Ibu yang menahan-nahan rasa mual pada trimester yang pertama. Berhutang kita dengan ibu sampai segala nutrien yang ibu ambil akan tersalur pada kita sepanjang berada dalam rahim. Subhanallah. sekiranya ibu mahu minta dibalas tentu saya takkan cukup untuk memberi semula dan mungkin saja jasa-jasa ibu itu takkan terbalas. Ibu yang telah berpenat lelah menyekolahkan, yang telah menyediakan makanan kepada kami dari saat kami bayi hinggalah dewasa dan ibu tak pernah merungut. Ibu akan gembira menyediakan makanan kegemaran kami. Ibu akan gembira bila melihat kami gembira selalu. Dan ibu tentu akan lebih gembira melihat kejayaan kami. Subhanallah.

Terima kasih ya Allah, Engkau menganugerahkan kami seorang yang bergelar ibu, yang kami telah menumpang kantung rahimnya selama 9 bulan lamanya. Yang sanggup berkorban nyawa demi melihat kami dapat melihat dunia. Ibu yang memberi kami susunya dan ibu yang mengajar kami mengenalMU. Tabahnya seorang ibu itu tidak dapat dibayangkan. Sucinya pengorbanan ibu.Ibu tidak pernah meminta kami supaya memenuhi kehendaknya. Tidak pernah memaksa kami mengikut telunjuknya. Tidak pernah melarang kami untuk melakukan apa yang kami lakukan.

Ya Allah anugerahmu ini sangat bernilai. Ya Allah, berikanlah padaku kesempatan untuk memberikan sedikit kebahagiaan pada ibu. agar dapat ku lihat ibu gembira berpanjangan sebelum salah seorang daripada kami dipanggil olehMu. Izinkan diri ini memenuhi keinginan ibu dengan izinMu. Izinkan diri ini berada disisi ibu saat dirinya memrlukan, saat ibu mahu dibahagiakan dan saat ibu sedang kesusahan.

Walau siapa pun ibu, ibu tetap ibu dan ibulah yang telah memberikan seorang anak itu kasih-sayang sehingga dapat pula mencurahkan kasih sayang. Ibulah yang mengenalkan anaknya pada cabaran dunia hingga anaknya juga bisa secekal ibu. Namun, untuk menjadi seorang ibu bukanlah semudah yang disangkakan.Ibu itu tugasnya bukan sekadar memberi keperluan fizikal dan material malahan keperluan rohani. Ibu yang mengenalkan anaknya pada Tuhan tentu sahaja ibu yang jua beriman dan tentu ibu itu bisa menjadikan anaknya seorang yang mentaatiu dirinya sesuai dengan kehendak Allah.

Akhirnya, diri ini memohon berjuta kemaafan. Andai selama ini telah melukakan hati ibu, mengguris perasaan ibu malah mungkin ada perlakuan yang ibu tak senangi. Doaakan anakanda ini berjaya dunia dan akhirat. Ibu, adalah insan yang paling berjasa buat diri ini. Kedudukan ibu tentunya selepas ALLAH dan Rasul.........................

salam sayang dari anakmu...

Zamaney Ismail @ kajang

*** Tiada hadiah yang dapat ku berikan selain dari ingatan kepada mu tak pernah padam......****


Wednesday, May 9, 2012

Sadisnya

Tadi tertengok video baby kena pukul dgn maknya sendiri katanya....langsung teringat anak2 di sekolah, di taska.......

sebab tu saya akan meluangkan masa utk jemput hantar anak2 sendiri ke sekolah, bukan x percaya kepada pemandu2 van sekolah...namun puas hati apabila dapat melakukannya sendiri...walaupun sibuk dgn urusan kerja..namun saya akan sedaya upaya utk berkejar ke sana sini janji anak2 selamat.

Wednesday, May 2, 2012

Wakaf Buku Iqro

Program Wakaf Buku Iqro anjuran ACT MALAYSIA, telah tamat..alhamdulillah,,bagi pihak ACT MALAYSIA ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan padu anda....

terima kasih kepada yang menderma, 

Alhamdulillah, syukran

JZKK

30 APRIL


Zarith Zyra Sofea bt Zarudin 30 April 2012 @ 4 Tahun

Zarith Zyra Sofea 30 April 2008 @ 1st day

Zarith Zyra Aleeya bt Zarudin @ 30 April 2011 @ 1st day


Zarith Zyra Aleeya 30 April 2012 @ 1 tahun

Alhamdulillah atas segala nikmatnya..syukur pada mu Ya Allah atas segalanya...

Selamat hari lahir...anak2 ku...

jadilah anak2 yg terbaik di dunia dan di akhirat...

salam sayang dr

Ibu, Ayah, & Abg long

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers