Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Wednesday, August 19, 2009

Permata Hati Ibu & Ayah

Zarith Zyra Sofea

Zarith Zaquan

inilah permata hatiku, lahirnya kalian membawa seribu rahmat buat ibu n ayah. semoga kalian menjadi anak yang soleh n solehah. belajar pandai2 nanti dapat tolong ibu n ayah. alhamdulillah kelahiran kedua2 anakku memberi seribu kerahmatan buat ku sekeluarga, benar setiap ciptaanNya ada keistimewaan yang tersendiri. lengkap kehidupan ibu dengan kelahiran kalian. segala apa yang ibu lakukan khas untuk mu sayang, .....ibu n ayah terlalu syg kan kalian. kadang aku terfikir apakah perasaan yang bergelar ibu tapi sanggup membuang anak sendiri? sanggup mendera anak sendiri? dan pelbagai yang berlaku......tidak ada rasa sakitkah kalian.....peritnya membawa kandungan kehulu kehilir, sewaktu ingin melahirkannya......terkadang emosi sekejap dengan apa yang telah berlaku. tidak takutkan kalian pada hukum tuhan, hukum duniawi apatah lagi hukum diakhirat kelak. sedihnya........


Tumpang Sekaki.....


Ini sebenarnya majlis penyerahan kunci balai raya secara kebetulan masa tu x ramai org, so dia org minta datang ke majlis tu sebab nak meramaikan org.....so apalagi dah masuk surat khabar, senyum lebar ler.....dapat tumpang sekaki :)

Wednesday, August 12, 2009

FuN FaIr datang lagi...


inilah kegemaran kami sekeluarga, andai ada mana2 tempat buat fun fair memang tak sah kalau tak pergi. mlm tu agak bertuah sket ler, tengok tu dapat hadiah anak patung besar, dapat no. bertuah, tengok tu anak2 ku.....tak kan lepaskan peluang itu nak cuba ini nak cuba,,,,,,,kopak2 huhuhu habis ler rm50 klu nak di fikirkan membazir rasanya, tak pe ler sayang janji kita sekeluarga happy dapat bermain sama2.

hari raya awal......


inilah ragam kanak2. bila kita sebut dah dekat nak raya dia ingat macam esok lusa jer raya. padahal kena puasa sebulan, ini antara yang sambut hari raya pada bulan syaaban (hehehehheehhe..............)

29/7/2009

Inilah kenangan bersama mak mertua pada hari raya aidilfitri

Apa yang terjadi ngan tarikh ni?.....tarikh 29/7 ni adalah tarikh kenangan manis n pahit dalam family aku......kenangan pahitnya pada tahun lepas 29/7/2008 lebih kurang pukul 11.15 pagi selasa mak mertua aku pulang kerahmatullah.....Allah lebih sayangkan dia...kami pasrah di atas segalanya. mak mertua aku sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi.....dia di masukkan ke wad hospital serdang pada hari sabtu dan terus di masukkan ke ICU, walaupun aku hanya menantu tapi dia tak pernah membezakan aku....dia sayang aku seperti mana anak2 dia. dia tempat aku meluahkan segalanya andai aku ada masalah sebab aku x de keluarga di sini. di sini lah kebanyakkan masa aku habiskan tak kira ari cuti apa sekalipun. aku puas aku dapat jaga dia dengan sempurna masa dia sakit. Semoga Rohnya disisi orang2 yang beriman...AlFatihah....RANIAH HJ MAT ISA.
29/7/2009 genap setahun pemergiannya. namun kuabadikan tarikh keramat ini dengan membuka syarikat. nama yang menjadi pilihan adalah ZAIRA TRAINING CENTRE & SERVICES kuabadikan namanya didalam nama syarikat tersebut.Ideal untuk menubuhkan syarikat ini di kongsi bersama kakak ipar ku Kak Ina, terima kasih banyak2 kakak banyak bantu zaa tak kira apa bentuk bantuan semoga apa yang kita rencanakan akan menjadi kenyataan InsyaAllah, amin3 alhamdulillah akhirnya berjaya jua kita daftarkan nama ini. Terima kasih banyak2 kepada orang yang aku paling sayang iaitu suami ku Zarudin Bin Zalli kerana memahami niat ibu, dan selalu memberi semangat utk ibu, syarikat ini mengendalikan sebarang jenis training tak kira ler apa bentuk training. so sesiapa yang berminat nak buat training boleh hubungi zarith_zarudin@yahoo.com

Tuesday, July 21, 2009

Jalan2 Di Melaka (Part 2)


Ini hari kedua di Melaka, sebelum balik ke Kajang apa kata kita pusing2 bandar Melaka yang penuh dengan sejarah. sekurang2nya dapat mengeluarkan peluh exercise sket.....
Ketika menaiki Menara Taming Sari di Melaka Bandaraya Bersejarah. Harga tiket Dewasa RM 10.00 manakala kanak-kanak yang berumur 3 tahun keatas RM 5.00
Tiang menara Taming Sari
Pemandangan Bandar Melaka
bakal-bakal angkasawan negara



















Monday, July 20, 2009

Jalan2 Di Melaka (Part 1)


Selepas....melawat ayah mertuaku kami sepakat untuk cari budget hotel memandangkan masing2 balik secara mengejut dan yang penting tengah2 bulan heheheheeh....so kami menginap di INTREND HOTEL MELAKA....mmg best kerana dapat berkumpul semua sekali,...kami amik satu bilik dan di kongsi dengan 8 dewasa 7 kanak2. memang riuh rendah dengan telatah n ragam anak2 masing tapi ia memberi satu kenangan yang sukar di lupakan....ni kira family day kajang ler....lps rileks semua kami g makan. kalau g Melaka tak sah kalau x makan ikan bakar....so apa lagi makan ikan bakar di Umbai...Melaka...Restoran Hj Jeong ini lah favourite restoran bagi keluarga ku...memang best...dah x ingat diet ..... balun jer.....yang penting happy. balik hotel apalagi zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


kekusyukan melihat sejarah Melaka. sebenarnya asal orang Melaka....




ketika bfast di town Melaka


inilah dia Mee Pak Hitam....menu special di sini....ok ler macam mee mamak sebenarnya. Kenapa nama Pak Hitam....ini di sebabkan tukang masak berkulit hitam.....huhuhuhu


ini air 3 rasa.....cuba anda try....memang best....

di Restoran Ikan Bakar Hj Jeon...inilah restoran kegemaran kami sekeluarga kalau ke Melaka.

















My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers