Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Friday, November 13, 2009

Perkembangan my baby

sekarang umur sofea dah 1 thn 7 bulan, but still breastfeeding....alhamdulillah. dah pandai berjalan dah nak mula menyusun ayat untuk bercakap. tp buat masa sekarang hanya pandai sebut ayah sahaja but fhm arahan apa yg kita bg. tp kuat merajuk silap sket merajuk, tak dpat apa yg di hajati merajuk....pening2. tp terlalu manja dgn ayahnya....mcm mana keadaan mesti cr ayah.

inilah satunya cucu perempuan tunggal" ibu, sofea x suka pakai baju mcm ni ler?...nak buat mcm mana di kelilingi oleh lelaki...
sangat lasak x mcm seorang pompuan

see,,,,,kebanyakkan gambar semua bersama ayahnya....ank ayah



EXAM....

syukur alhamdulillah abg long dah dapat keputusan exam, Alhamdulillah masih no. 1 lagi. peksa setengah thn ari tu pun dapat no. 1 jugak....buat abg long tahniah, ibu & ayah senantiasa mendoakan agar abg long mendapat yang terbaik. esok nk g amik report card di sekolahnya...so gambar semua kertas exam nt publish. Terima kasih buat all teachers at Tadika Titian Ilmu Prima Saujana, Kajang jasa kalian terlalu banyak dlm mendidik ankku...terutama sekali buat teacher Mas. alhamdulillah abg long br umur 4 thn dah pandai membaca. thank you very much.

28/11/2009

ermmm lambatnya nak tempuh tarikh itu?...ada apa dengan tarikh itu.......tunggu..........................x sabar rasanya....Alhamdulillah makbul jua akhirnya hajat ku ini.

Tidak menyesal mengenali mu......


baca n3 ni betul2 ikhlas dr sanubariku........buat suami terchenta....


Alhamdulillah syukur pada mu Ya Allah, kerana mempertemukan aku dgn seorang lelaki yg bernama ZARUDIN BIN ZALLI. Tarikh ari ni, tarikh keramat bg aku kerana apa?.....kerana ari ni adalah tarikh abg melamar aku..... dan bertepatan dengan ari Jumaat 6 thn yg lepas....cepat2 buka semula memory lama2. terima kasih abg kerana menyanyangi hati ini, memberi sepenuh ruang hati ini utk dimilikki.

Ya Allah

aku bersyukur padamu kerana mempertemukan aku dengan seorang lelaki yang betul, memberikan aku segalanya apa yg aku hajati....syukur Alhamdulillah.

Abang

tarikh ini memberi seribu makna, makna erti sebuah hubungan yang serius. walaupun dlm jangka masa yang singkat sahaja kita di pertemukan namun mengambil keputusan yang drastik, namun ayang bersyukur sangat2 padaNya. Segalanya kita tempuh bersama susah payah, senang....

Salam Jumaat,,,,

Saja nk berkongsi maklumat, buat pembaca blog semua....(secara langsung atau x langsung) ni ade sedikit maklumat, beberapa tips utk makluman, ada org pernah bagi tau amalkan amalan ni

  • baca surah Al Waqiah setiap mlm sebelum tidur
  • selawat 100 kali selepas solat
  • puasa Isnin & Khamis

InsyaAllah jika di amalkan kita di murahkan rezeki olehNya...InsyaAllah.

Sekejap masa berlalu....

Rasanya pejam celik pejam celik sekejap jer masa berlalukan dan nak sampai penghujung thn 2009.....umur pun dah meningkat he3 ( but still young), so untuk tempoh bulan November ni banyak sangat xtvtnya, setiap hujung minggu ada saja benda nk buat. so far ok ler dapat membz kan diri. lps ni nk fikir azam thn depan plk, nasib baik azam thn tercapai jugak ler. alhamdulillah syukur......

Tuesday, November 3, 2009

HATI & PERASAAN

HATI DAN PERASAAN
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Wallahu A'lam.

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers