Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Thursday, November 11, 2010

DOAKAN KESIHATAN SAYA.......URI DI BAWAH

ermmm,,,,saja utk berkongsi sahaja...mengandung kali ini..betul2 banyak dugaan...tapi aku hadapinya dgn tabah,,,,aku di sahkan mengidap uri di bawah atau Plasenta Pravia.....masa mula2 mengandung masalah ni tidak di dapat di pastikan lagi...namun segalanya berakhir apabila 2hb November...tiba2 aku mengalami tumpah darah yang banyak....aku bajet aku keguguran...namun Allah masih memberi kami sekeluarga rezeki...syukur atas segalanya...keduanya selamat...selepas disahkan masalah uri di bawah....terus admit hospital...maka jadi ler penghuni hospital......hanya baring..bangun....itu jer ler yang mampu ku lakukan...
tapi yang penting bersyukur sgt2...sbb mendapat sokongan dr semua keluarga,,,alhamdulillah terima kasih semua,,,,,,
masalah yang di hadapinya...menyebabkan semua pergerakan terganggu...x boleh buat kerja rumah..malah 1 kerja pun aku x boleh buat.....kena banyak rileks,,,,,nasib baik kat tempat kerja semua bos2 fhm....aku bebas nak tidur ker...nak rileks ker...alhamdulillah...syukur sgt2....namun....aku memerlukan doa kalian...doakan semoga kedudukan uri aku naik dgn tiba2.....dgn izinNya

terima kasih semua

BAHAYA URI DI BAWAH

BAGI yang sedang menunggu saat-saat kelahiran sama ada cahaya mata pertama mahupun yang seterusnya, anda pasti menaruh harapan agar kesihatan bayi dalam kandungan dan diri sentiasa dalam keadaan selamat.

Namun, tiada siapa yang boleh menjamin keadaan ini akan berkekalan.
Bagaimana perasaan anda jika hasil pemeriksaan doktor mendapati keadaan uri anda yang sepatutnya berada di bahagian atas tiba-tiba berada di kedudukan yang abnormal ketika kandungan mencecah usia 28 minggu?
Apakah yang didefinisikan sebagai kedudukan uri yang abnormal atau juga dikenali dengan uri di bawah?
Mungkin anda tertanya-tanya sejauh manakah bahayanya keadaan ini kepada kandungan mahupun diri anda sendiri.
Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil.
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di salah sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, PP merupakan keadaan di mana uri berada pada segmen bawah dinding rahim.
Menurut beliau, dalam keadaan ini, uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os.
“PP cuma boleh didefinisikan sekiranya tempoh kehamilan melebihi 28 minggu.
“Ini kerana dalam tempoh tersebut segmen bawah rahim mula terbentuk,” jelasnya.
Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal.
Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu.
Dr. Suraya memberitahu, hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan.
Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran.
PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal.
Sehingga hari ini punca berlakunya PP ini tidak diketahui.
Meskipun begitu, ia boleh membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan.
Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim.
Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung.
Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan.
Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.
Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:
1) Marginal Previa
Uri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.
2) Partial Previa
Uri menutupi sebahagian bukaan rahim.
3) Total previa
Uri menutup keseluruhan bukaan rahim.
Sebahagian daripada ibu-ibu ini tidak mempunyai gejala. Gejala yang mungkin dialami adalah seperti berikut:
- Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran.
Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.
Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah.
Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.
- Kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblique).
Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.
- Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu ialah kaedah kelahiran bayi itu sendiri.
Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim.
Kaedah pembedahan Caesarean adalah kaedah yang disyorkan.
Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.
Apa yang membimbangkan mengenai PP ini ialah komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu.
a. Komplikasi pada bayi adalah seperti:
- Pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada bayi
- Meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan
- Kemungkinan pertumbuhan bayi agak terencat akibat uri menjadi lekang (poor placental perfusion).

b. Komplikasi pada ibu pula ialah:
- Pendarahan yang serius yang boleh mengancam nyawa
- Pembedahan Caesarean
- Meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage)
- Meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Ia dikenali sebagai placenta accreta.

Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim.

Jika ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.
Bagaimanapun, risiko placenta accreta di kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.

Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya pembedahan Caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.

Risiko ini boleh meningkat sehingga 45 peratus bergantung pada jumlah pembedahan yang telah mereka lalui.

Wanita yang berisiko tinggi
- Mereka yang mempunyai sejarah PP pada kandungan yang sebelumnya
- Wanita yang berusia 40 tahun ke atas
- Pernah menjalani pembedahan pada rahim – pembedahan Caesarean atau pembuangan fibroid pada rahim
- Wanita yang melahirkan ramai anak (multigravida)

Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat iaitu pembedahan Caesarean.
Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut:
 Tahap keseriusan pendarahan
- Usia bayi dalam kandungan
- Sokongan perkhidmatan pediatrik

Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan berlaku, pembedahan Caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke-37 hingga 38 usia kandungan.

Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.

Friday, October 22, 2010

Sila ambil perhatian.....kepada ibu bapa dan org ramai...taktik menculik kanak2 di Shopping Complex.....

Taktik Menculik kanak2 di Shopping Complex





SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU...Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JBSubject : Child Kidnap Trick in Carrefour, JB

 
Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.Even if you do not have little kids, pass this one on to everyone you can think of. You never know who you might save by sending this e-mail! Please, take the time and forward this to any friend who has children & grandchildren! Thanks!

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa..


Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.


Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.


Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.


Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas. SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !BE SURE TO FORWARD THIS TO EVERYONE, SO THEY REMEMBER JUST HOW SICK PEOPLE ARE OUT THERE !







Sapa kata masa mengandung x boleh menyusu badan......

erm....mula2 masa di sahkan mengandung pun...ai pun terfikir mampukah aku lakukan,....?????? terpaksa kena korbankan untuk susukan sofea yang masih menyusu...terpaksa kena jaga kesihatan ai...dan baby dlm perut ni,,,,,tapi Allah itu maha berkuasa...Maha segalanya....

mula2 mcm takut...lama2 tawakal...sahaja....ramai org2 tua suruh berhenti alasan yang di berikan....kesian kat baby nanti x dpt apa2....kurang zat...tapi setelah di ambil kira pandangan dr pakar2...maka ai pun meneruskan jugak.....sehingga kini Sofea masih menyusu badan ai lagi...cuma effectnyer...lps shj menyusu bdn ai jadi lemah....sbb ai dh habiskan tenaga utk susukan Sofea,,,utk baby dlm perut ni...tp Allah tu kan Maha segalanya...

mlm tadi checkup...di Klinik Syiffa bangi...saja mls nk g KPMC lagi...nanti baru g daftar n mthly checkup di KPMC....syukur x terhingga...besarnya keajaiban drNya....bila di scan perut...dpt tengok baby dlm perut...dh nampak kaki n tangan...malah semakin aktif sgt2....dpt tengok dia tengah " menari, berdansa di dlm perut"...ya Allah,,,x semena2 air mata ni mengalir tanda syukur yg teramat sgt2....sbb walaupun pregnant kali ni....ai betul2 lemah...segalanya x mampu di buat..yg tahu hanya baring2 sahja..bile dh sampai rumah..terasa kepenatan mengatasi segalanya...tapi smlm..syukur yg x terhingga..sbb tengok baby aktif sgt2...alhamdulillah....

Ya Allah aku bersyukur kepadamu...Ya Allah....atas rahmat yang di kurniakan.....semoga di beri kesihatan yg lebih kpd ku...demi menjaga ketiganya........Susu utk sofea....nutrien utk baby...& kesihatan utk diri aku...amin...

Alhamdulillah...

Thursday, October 21, 2010

"Ibu subjek matematik tu kena simpan kat otak yer"....

minggu ni my son...kena perah kan otak dia...sbb minggu ni anak ai sorang ni final exam.....dia yang nak exam hati ibu yang gundah gelana...umur baru 5 thn.....ni jadual exam dia.....

Isnin~ Bahasa Melayu
Selasa~Bahasa Inggeris
Rabu~Matematik & Pendidikan Islam
Khamis~Sains & lukisan...

so every day ai suruh dia study semula apa yg dia dh belajar...actually sekolah dia dh buat revision selama 1 minggu...tapi mlm sebelum nk exam...ai suruh ler dia belek buku..tengok yg mana patut...
bile esok matematik....balik dr taska ai pun suruh ler

Ibu: Abg long amik buku matematik...ibu nk tengok...
Abg Long: Ibu,,,,matematik ni kena simpan kat otak ler
Ibu: Bukan matematik jer.....kena simpan kat otak...semua benda nk kena simpan kat otak
Abg Long: Bukan ibu.....teacher kata....buat matematik ni kena simpan kat otak...
Ibu: ishhhh abg long ni....mana ade...semua benda or perkara kita kena simpan kat otak kita, baru kita ingat...
Abg Long: ishhh ibu ni,,,,,pening abg long....teacher yang kata.....matematik shj kena simpan kat otak
Ibu n Abg long.....dh blur.......
lama2...ai pun terfikir...sbb nk fhm apa maksud dia...
Ibu...oooo ye ..ye...ibu fhm....maksud abg long...

baru ai tahu...rupanya maksud kena simpan kat otak ni...jika kita nk tambah ker nk tolak ker...jika nombor tu melebih 10....
he3....budak2......
walau apapun,..ibu doakan semoga berjaya lagi kali ni.......
oleh kerana dia kata nk simpan kat otak....so ai cari gambar dia yg kepala besar.....
dulu masa ai kecil...tengok je org kepala besar...confirm dia otak besar

~CRAB STICK POPIA~

(sorry gambar copy dr sini .......)

1st time cuba beli online....mula2 tengok ramai yg mencuba...so ai apalagi terus call puan punya kedai....set tempat n masa nk jupe.....alhamdulillah.....sekali beli ai beli 6 peket.....tapi puan kedai ni....baik hati ade diskaun lagi.....terima kasih...daun keladi...nanti bg lagi.....

ai suka popia ni....
~ isi dia crab....crab adalah makanan favaourite kami sekeluarga...lagipun berbeza dgn popia yg lain....
~ di balut dgn kulit popia,,,so jadi ler Crab Stick Popia
~ ia senang n mudah...sbb dh siap2 balut.....nk tunggu ai balut sendiri atau dgn kata lain....nk buat sendiri....oh...tidak sama sekali...sbb kami ni bz....yg reti order shj.......
~ ia tidak meletup......itu yg ai suka...sbb ai ni takut dgn minyak......
~ia mudah n ringkas.....simpan dlm peti ais...jika nk goreng keluar kan dr peti ais,,,biarkan dia sekejap.....terus boleh goreng n terus je mkn...cicah ngan sos....sedap2
~ balutan dia kemas.....tidak ler...masa kita mengoreng tu...isi ketam terkeluar ker...

dan yang penting...balutan plastik dia kemas...n bersih

sekali goreng 3 peket....angkat dr kuali..terus licin......ai sokong u Izan...

**** ai bukan duta produk yer,,,,,ai pun x kenal lagi puan kedai ni.....tapi ini pujian ikhlas dr ai......******

*** maaf gambar tgh makan popia ni dlm camera....camera tertinggal di rumah....nanti dh ade ai uploadkan gambar****

senang saja sapa2 yang berminat

~nak order or ada ape2 pertanyaan~

just call or sms,

017-6293472 (Ejan aka MamaLyna)

YM : ejan8113

email: ejan8113@yahoo.co.uk

***sekali cuba pasti nak mencuba lagi*****

Demi mu anak2......

Syukur Alhamdulillah......di atas segalanya.....perkembangan preggy kali ni...memandangkan saya masih menyusukan anak saya lagi...jadi badan jadi semakin lemah.....tapi terbalik pulak....org lain morning sickness saya pulak evening sickness.....tapi walau apa pun ku tabahi harunginya....

Demi mu anak2......ibu terpaksa menjaga 3 sekali....ibu terpaksa menjaga Sofea yang masih menyusu badan ibu,,,,ibu terpaksa menjaga baby dlm perut ibu,,,,dan ibu juga terpaksa menjaga diri ibu sendiri.....

terima kasih buat semua..yang memahami....

doakan kesihatan saya...

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers