Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Wednesday, September 9, 2009

Kejujuran


Entahler aku cukup menyampah bile ada makhluk tuhan ni yg x jujur, sebab dalam kehidupan aku pentingkan kejujuran. entah ler kenapa aku terlalu emosional sket, jika melibatkan apa yg berlaku dlm family aku. pada n3 lepas aku ade ceritakan puteriku suka sangat dapat kasut pink dia tu, sampai tidur pun di peluknya, kemana saja dia pergi mesti dia nak bawak sandle dia tu. sandle tu aku beli masa dia mula2 dapat berjalan sebagai sorang ibu aku betul excited nak tengok dia bergaya tambahan plk satu2nya ank pompuan....alkisahnya...aku demam dah dua minggu x baik2 so g ler klinik lagi sekali......nama klinik tu aku terpaksa rahsia...kan nanti kena saman plk......kuikuikui. betapa ramainya org kat klinik, dah lama menunggu aku tanggalkan sandle puteriku itu, so alih2 namaku di panggil masuk bilik Doktor, so aku pun terus bangun, lps urusan klinik aku terus masuk kete, so my hubby yg settlekan semuanya...lps tu terus balik tengok2 jam dah pukul 10.30 mlm....lps tu baru aku sedar aik mana sandle sofea, aku bertanya pada somiku....so cari punya cari.....x jupe so alih2 ingat2 semula mesti tertinggal di klinik tadi...so pujukkan hati...esok mesti ada...tak pe ler esok pagi2 akan ku telefon klinik tersebut. keesokkan paginya aku telefon klinik tersebut.....ikuti perbualan telefon
ibu: hello ni klinik..............
klinik: ye ada apa kak
ibu:ooo mlm td saya g klinik tu, ada tak nampak sandle pink ank saya punya, brand sekian2.....
klinik: jap ye kak .....ok ada akak
ibu: dgn senyum lebar aku suka....tak pe dik boleh tolong simpan tak.....nanti ptg / mlm nanti akak g amik.
klinik: ok saya simpan
ibu: thanks
klinik: sama
dgn girannya aku telefon hubby aku....story kat dia...so ptg tu balik cepat2 msk, lps berbuka, solat dsbg cepat2 drive kete menuju ke klinik...dengan hati yang berbunga...sampai di klinik hubby kuar sorang aku n ank2 dok dlm kete menunggu...lama hubby aku masuk lps tu kuar menuju ke tong sampah....aik kepelikan di buatnya, aku terus panggil hubby n bertanya so dia ckp klu x de dlm klinik tu mesti dah buang....hancussss nya hati aku....kecewa sangat2 sbb itu sandle kesayangan ankku......walaupun masih x de kekuatan sbb demam dah dua minggu, aku gagahkan jugak masuk klinik tu dgn tengah hot, aku x tau mana dtg kekuatan sbb aku bukan pemarah orgnya aku tanya baik....
ibu: mana kasut ank saya, pagi td saya telefon ckp ngan pompuan melayu saya suh dia simpan nt mlm saya dtg amik
klinik: x tau ler
ibu: dengar dia jawab x tau aku bertambah hot, mana boleh x tau.......dengan lantangnya aku bersuara semua org dlm klinik tu pandang kat aku, apa aku kisah.....klu brg org tertinggal tak kan x boleh simpan ni br sandle klu beg duit mcm mana?
aku tengok ade sorang tu buat muka mcm bodoh jer....aku lagi bertambah marah
aku cakap saya x kira esok pagi saya nk selipar ank saya mesti ada.
klinik: nasib baik doktor tu dah lama kena...act aku sebenarnya regular klinik tu....doc tu ckp nt saya ganti, kita akan telefon puan apa2 hal.
bukan mslh ganti, ank aku ni lain klu dia suka ngan satu benda, yg tu saja yg dia nak....mesti org dlm klinik tu ckp pasal selipar pun nak bising.
tp bg aku, aku akan buat apa saja demi utk ank2 aku.....dengan penuh kecewa aku balik ke rumah.
esok pagi2 aku tel lg klinik tu, tapi aku x tau ler kenapa ada manusia yg berdolak dalih.....siap dia bg tau akak bukan ckp ngan saya smlm.....hancusss ngan hati.....aku x kisah klu nk sandle aku boleh beli tp jgn amik yg tu....anak aku syg sangat....aku tau sofea mesti kecewa aku sebagai ibu lagi kecewa.....sampai kan sofea demam maybe rindukan sandle tu..... aku nekad pergi semula ke parkson aku cr....alhamdulillah masih ada sepasang lg bersyukurnya,,,,,,,x terkata rasanya, aku tau ank aku gembira sakan....
moral of the story: klu ada barang yg tertinggal di mana2 mungkin agak susah nk dapatkan semula cuma sesiapa yg mengerti erti kejujuran sahaja.......
inilah sandle kesayangan sofea tengok tu.....tengah tidur sambil peluk sandlenya.





Shopping Raya

Raya dah dekat ni, fikir punya fikir so ahad 6/9/2009 kami sekeluarga pun pergi ke sogo utk shopping pakaian raya.....mak oii dengan jalan jem nyer, orang Ya Allah sahaja yang tau...walaupun sakit ibu gagah jugak demi buah hati pengarang jantung ku........I Follow.....murah memang murah barangan di situ. setiap tahun di sogo ler kami sekeluarga shopping bukan apa, anak teruna ku ini susah sangat nk cr size utk dia, klu di sogo tu boleh cr cr size besar2 sket..aku mcm biase dah ler x sihat, somi ku tinggalkan kita org kat nurserry. yang bagusnya di sogo ni dia ada sediakan tempat jagaan kanak2. mana mak ayah nk g shopping better tinggal ank di situ lebih terjamin keselamatan. cuma hulurkan duit bayaran saja, ye ler kan takut apa2 hal berlaku mcm kehilangan anak ker apa2 ler mana kita tau tengah sesak2 ngan org ramai.

ini antara separuh yang sempat di snap.....

untuk pengetahuan semua, ni adalah kerongsang kesayanganku.....brand dia kenji yang bagusnya warranty for life.....itu sbb jarang pakai, hanya pakai bila ada majlis2 yang ok sket ler....takut weh....kan jatuh ker apa ker...somiku mmg suka buat surprise, ni sebenarnya di beli pada raya tahun lepas.....yang kat bawah tu plk, atas permintaan anak kesayangan gara asyik menonton cd Upin Ipin so terpaksa beli ler,,,,n kena pakai koleksi kerongsang cartoon...

hah nilah hadiah dr somi ku sempena raya thn ni, thanks my hubby I love u so much......hand bag jenama polo n minyak wangi kesukaan ku...Lancome...wah lps ni bergaya sakan ler ibu yer.....

ini antara pakaian raya sofea.....


ini abg long punya, kalau nak tau size baju ank n mak sama size, cuba uols bayangkan besar mana anak teruna ku, baru umur 4 tahun berat dah 36kg.....susah sket nk cr baju dia, puas pusing satu sogo ler...


yang color biru tu, kemeja hubby, n yg color merah tu baju ku n my hubby sedondon lagi,,,,,,,, sehati sejiwa katakan


ini sandle kikilala tu sandle kesayangan sofea, masa sandle dia hilang ari tu, terpaksa beli yang lain maka g beli ler kasut adidas tu, ingatkan dia excited buat x layan je ler tapi alhamdulillah akhirnya dpaat jua penggantinya.
thanks my hubby setiap tahun x pernah lupe beli utk ibu, ni yang buat ibu bertambah sayang ni....tahun ni somi ku belikan handbag brand POLO, sukanya.....................dan yang paling aku suka minyak wangi kegemaran ku...dah 6 tahun ku pakai LANCOME MIRACLE aik bergaya sakan ler tahun ni yer....tahun depan abang fikir nak beli apa plk?






















CUTI,,,,,,,,

Ya Allah lamanya tak update blog ku ini, bukan apa kemalasan telah melanda diriku sejak akhir2 ini. kerja macam biase berjalan lancar cuma jiwa sahaja yang sedikit terganggu. aku demam bermula 28/8/09 dengan suhu, risau gak mana tau H1N1 Ya Allah minta ler di jauhkan.......alhamdulillah tak de apa2 cuma demam bermusim jer. seksanya terasa dengan suara x de akibat batuk, selesema dan macam2 lagi ler. tapi g jugak keje, sampai jer terus tidur ituler kerja aku selama dua minggu ni, nasib baik x banyak kerja yang nak di buat.....thanks boss kerana memahami. alhamdulillah sekarang dah ok sket. Cuti sempena merdeka aku n family balik kg almaklumler dah lama x balik, alang dah masuk ramadhan terus amik peluang berbuka berbuka bersama family. banyak jugak ler menu tp x sempat snap picture sbb mmg x larat x de langsung kekuatan.

Wednesday, August 19, 2009

Anak Soleh Idaman Ibu Bapa

ANAK SOLEH IDAMAN IBUBAPA

الحَمْدُ للهِ اْلقَآئِلْ :
أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوا اللهَ وَ أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Marilah sama-sama kita bersyukur serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Disamping kita berdoa kepada Allah s.w.t. supaya dianugerahkan zuriat yang terbaik.

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.
Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t.

Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w :


" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".


Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :

Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.

Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali - Imran ayat: 38

Yang bermaksud : Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.

Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Kedua : Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak

Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.

Ketiga : Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah

Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.

Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :

Yang bermaksud : “ Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam ”.

Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak

Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :


مَا مِنْ شَىْءٍ أَثْقَلُ فِىْ مِيْزَانِ الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ

( رواه أبو دأود والترمذي )
Maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia ”.

Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal

Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :

Yang bermaksud : “ Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ”.

Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya. Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna.

Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina insane yang sempurna dan merupakan modal insane yang akan memainkan peranan untuk membangun masyarakat dan Negara yang maju mengikut acuan kita sendiri menjelang tahun 2020 akan datang.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم،


Maksudnya : “ Dan orang orang yang berkata: " wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.

( Surah al-Furqan : 74 )



بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هذَا وَأَسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.


10 etika anak soleh

  1. Tidak mempersekutukan Allah SWT, Syirik dan Murtad
    - Merupakan kesalahan dan dosa yang amat besar.
  2. Berbuat baik kepada kedua ibubapa
    Kenangilah penderitaan ibu yang mengandung kita dengan segala susah payah. Apabila kita dilahirkan, kita disusunya sehingga berusia kira-kira 2 tahun.
    Banyak bersyukur kepada Allah SWT kerana diciptakan kita untuk hidup di dunia ini.
    Doakanlah kesejahteraan ke atas mereka dan semoga Allah SWT akan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.
  3. Yang tidak boleh kita taati suruhan kedua ibubapa hanya apabila dipaksa syirik atau menyembah yang lain daripada Allah SWT (namun 'ketidaktaatan' ini harus dilakukan dengan cara yang baik - penuh hikmah, dakwah, siasah dan diplomasi) Ketaatan kepada ibubapa yang bukan Islam sekalipun (walaupun anaknya itu mualaf) masih diwajibkan (bukan taatkan suruhan mensyirikkan Allah SWT)
  4. Memahami bahawa segala amal ibadat kita diketahui oleh Allah SWT walau sekecil mana sekalipun
  5. Mendirikan solat
  6. Menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan (Amar Makruf Wa Nahyu Anil Mungkar) - dakwah lidah, hati dan anggota.
  7. Bersabar dan redha diatas segala dugaan
  8. Tidak menyombong dan membanggakan diri samada kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak, berilmu atau tidak, tua atau muda atau berketurunan (orang baik-baik) dll.
  9. Bersederhana dalam segala perkara.
  10. Bersikap lemah lembut dan beradab sopan

Permata Hati Ibu & Ayah

Zarith Zyra Sofea

Zarith Zaquan

inilah permata hatiku, lahirnya kalian membawa seribu rahmat buat ibu n ayah. semoga kalian menjadi anak yang soleh n solehah. belajar pandai2 nanti dapat tolong ibu n ayah. alhamdulillah kelahiran kedua2 anakku memberi seribu kerahmatan buat ku sekeluarga, benar setiap ciptaanNya ada keistimewaan yang tersendiri. lengkap kehidupan ibu dengan kelahiran kalian. segala apa yang ibu lakukan khas untuk mu sayang, .....ibu n ayah terlalu syg kan kalian. kadang aku terfikir apakah perasaan yang bergelar ibu tapi sanggup membuang anak sendiri? sanggup mendera anak sendiri? dan pelbagai yang berlaku......tidak ada rasa sakitkah kalian.....peritnya membawa kandungan kehulu kehilir, sewaktu ingin melahirkannya......terkadang emosi sekejap dengan apa yang telah berlaku. tidak takutkan kalian pada hukum tuhan, hukum duniawi apatah lagi hukum diakhirat kelak. sedihnya........


Tumpang Sekaki.....


Ini sebenarnya majlis penyerahan kunci balai raya secara kebetulan masa tu x ramai org, so dia org minta datang ke majlis tu sebab nak meramaikan org.....so apalagi dah masuk surat khabar, senyum lebar ler.....dapat tumpang sekaki :)

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers