Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Wednesday, April 25, 2012

Check 3D 2N di KPMC

agaknya dh boring kut duduk makan tidur kat rumah..maka kita check in room di KPMC Kajang...pertama kali dalm hidup....anak2 1st check in dlm spital......kisahnya
Yaya demam..pada hari khamis last week....so Jumaat dia dh start kurang minum susu dan makan....Sabtu kami balik kg Ke Pahang rindu ke kg halaman sbb dh lama x menjenguk atuk nenek.....
so Isnin macam biasa...pergi taska...tiba2 taska tel...yaya dh lembik...so gagah diri ke klinik dgn Yaya...sbb dh biasa berdikari sendiri so rasa mcm x susah sgt lah...mmg sblm ni semua buat sendiri memandangkan en suami selalu ada kerja luar.....so maintan.............wah...kdg2 emosional..jugak..tapi kugagahi demi mu anak...maka hasilnya......kena check in..so kena masuk air...dan ubat.


menginap di bilik Aquamarine..memandangkan memudahkan anak2 dan ayahnya utk tidur bersama2 dan memudahkan utk anak2 ke sekolah esoknya sbb ibu sibuk layan yaya....

alamak..terbalik...ni gambar setelah di buka balutan...tapi Yaya masih fobia di sebabkan hasil cucuk di tangan

see,.....walaupun budak lasak, badan gempal...tapi hati kecil....he3...actually di sebabkan ketebaman.....badannya maka..utk mencari urat bagi drip air tu ada sket masalah...so doktor pakar kena ikat mula2 tgn kanan...x jugak jumpa,,,lps tu tgn kiri...x jugak jumpa...lps tu kaki kanan...x jugak jumpa,,,kaki kiri...pun sama..last2 tawakal shj..alhamdulillah try cucuk di tgn kiri alhamdulillah...dpt jugak..tapi di sebabkan beberapa org nurse tlg pegang...so Yaya mcm fobia sket...x boleh org pegang tgn dia......

walaupun di mana berada ibu, ayah, abg, kakak osya..akan tetap bersama mu sayang.......

alhamdulillah...semuanya ok..dh Yaya check in pada hari Isnin..so rabu dh discharge kos perubatan di KPMC selama 3 D 2 N hanya RM 1556.00 tapi jgn risau....Insurans bayar...ALhmadulillah........itu lah kepentingan ada insurans....

Alhamdulillah....

Tuesday, April 24, 2012

Siapa yang harus di persalahkan...renungkan2 bersama


Bukan untuk menunding jari siapa yang harus di persalahkan...cuma n3 ini di buat utk kesedaran semua pihak.
kejadian ini berlaku hampir sebulan yang lepas, anak saya tinggal di taska semenjak dari umur 3 bulan lagi. sebelum ini tidak pernah berlaku apa2 kejadian yang menimpa...namun benar bab kata pepatah...Malang x berbau...entah di mana kesilapan..yang harus di perkatakan...nah!!!!!!! ini hasilnya....sewaktu sedar kejadian menimpa x sanggup utk mengambil gambar...dan gambar ini di rakam kan setelah seminggu kejadian berlalu...entah di mana silap nya..sbb x tau apa punca sebenar........nak salahkan pengasuh...entah lah.....namun terima dgn redha...walaupun adakala hati ni bengkak..menahan amarahnya.,,namun yg pasti redha sahaja...demi utk bekerja.......


Mahu beli Ink Toner...jauh lebih murah

anda kehabisan INK>>>>>>>>>>>>>>>> mencari dan ingin membeli dengan harga yg jauh lebih murah..... 
senang sahaja

layari

www.tonersave.com.my

lps tu rigister dulu..sbb senang nak log in nanti

lepas tu pilih jenis apa printer so dh dh keluar nama ink tersebut

klik add to cart...

lps tu pilih....isi form bagai....

lps tu bayar...

lps tu esok tunggu...ada org dtg htr senangkan.........

semudah 1.2, 3

ada HP, XEROX mcm2 ink model printer di jual...




Thursday, April 19, 2012

Yaya..semoga cepat sembuh


rindunya ibu......walaupun badan di tempat kerja...namun perasaan , pemikiran, hati....dekat dengan kamu sayang......Ibu doakan kamu cepat sembuh seperti sedia kala......nak tengok Yaya makan banyak2 mcm dulu....nak tengok Yaya senyum.....

Ibu rindu......kamu sayang.......

Friday, March 30, 2012

Berbuat baik lah kepada Ibu BaPa


Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan sudah melahirkannya dengan menanggung susah payah.  Sedang tempoh mengandung berserta tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan.  setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redai dan jadikan sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.  Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).~ Surah Al Ahqaf, Ayat 15.


"Dan Tuhanmu sudah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.  Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'ah' dan jangan engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakan kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).  Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakan (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka sudah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil". Surah Al Isra: Ayat 23 dan 24.


terima 

Thursday, March 29, 2012

Wakaf Buku Iqro' Hanya RM 12 sahaja....


Maksud hadith: "Barang siapa yang menunjukkan satu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama dengan si pembuatnya". Program Waqaf Buku IQRO'. Hanya RM 12 sahaja utk 1 set. Jika berminat boleh sumbangan di 
ACTION CARING TEAM (M) BERHAD
No Akaun: 562142713126
Maybank
actmy.care@gmail.com
atau boleh terus hubungi
0387395871
terima kasih.......

Wednesday, March 28, 2012

Tiara Beach Resort -----

satu percutian yang singkat tapi cukup2 happy bagi kami sekeluarga.....Alhamdulillah perancangan last minute tapi akhirnya menjadi....sempena cuti sekolah baru2 ni...anak2 semua tau ibu n ayah dia cukup2 busy,.,....tp mereka mendiamkan diri x pernah minta apa2.....atas reward kepada anak2,,sbb memahami ibu n ayah dia mencari rezeki,..,so kami decide bawa mereka bercuti tapi x jauh pun dr rumah...hanya 1 jam jer...sbb ikut lekas highway....destinasi pelancongan seterusnya ke

TIARA BEACH RESORT PORT DICKSON

mcm biasa dh tau nk berjalan...bangun awal2...cari bfast dulu alas perut....terus ke TBR....check in dan terus mandi...
tapi harus ingat...sblm mandi nk kena beli gelang tu...ala mcm kita mandi dkt A Famosa Resort tu,,,,tapi
gelang pagi dan ptg adalah berbeza......
harga gelang klu ikutkan mmg mahal..tapi takpe...bila dh sewa sana..ada org boleh tlg belikan dpt harga murah...jauh beza dari harga sebenarnya........


interframe gambar anak2 yg makin membesar yg banyak ckp..
mandi puas2.....rileks...

aktiviti malam

jeng
jeng
jeng
jeng

jangan terkejut....memandangkan kami menginap di Apartment TBR tu...so mlm tu ada aktiviti utk famili...apa lagi
mempersembahkan mamia.................

Sofea...


pocong.....

sokongan padu dari kami yang senantiasa menyokong aktiviti anak2




untuk yang berhajat nk ke TBR ni...ni cadangan dari kami sekeluarga..
kami menginap di Appartment dlm TBR ni...
* ada dua bilik
* dua bilik air
* dapur dan kitchen cabinet
* air cond
* kipas
* toto
* tuala
* selimut
* Tv n Astro
* meja makan
* set sofa dan sebagainya

pendek kata semua complete mcm kita kat rumah...cuma x de dapor gas bagai.,...tapi nk jimat boleh bwk rice cooker atau multi cooker....

so kami menginap di sini utk 1 mlm...
Harga boleg runding.........biasanya RM 280 satu mlm...tapi ko bodek2 la ayat confirm dpt diskaun lagi......

boleh hubungi

EN MAZLAN
019 288 1828

master bedroom..ada bilik air sekali....

bilik kedua

bahagian dapur
 di hall...

abaikan bersepah itu.....sbb baru sampai,...

besar..sangat besar keluasan ..boleh la muat dlm 3-4 keluarga...so dh jimat dh kan dari nk amik hotel dan sebagainya...nk lagi selesa bwk toto sendiri.....

mmg berbaloi2.....

apa2 hal..contact EN MAZLAN tadi,.,,bukan apa..saya dh check rate dgn TBR..harga nya jauh beza.....

mmg x rugi jika anda ke sana...confirm nk dtg lagi....................
syok weh..........................

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers