Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Tuesday, September 13, 2011

USS- (Universal Studio Singapore) Sedikit panduan.



Percutian keluarga kami tahun ni..kami memilih ke Over the sea sket..alang2 semua cuti panjang, alah x jauh pun ke Singapore saja seberang Tambak Johor jer. Maklumlah hendak ke lokasi lain, semuanya jauh-jauh belaka. Lagipun, bukannya  sikit duit hendak ke Amerika atau Jepun. janji passport bercop.....luar negara.

 Sebaik menjejakkan kaki di taman tema ini, rasanya sudah tidak sabar-sabar untuk menerokanya.  

 Taman tema ini mempunyai tujuh zon tema yang terdiri daripada Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagasdar. Jika dihitung terdapat lebih 24 permainan dan tarikan  bertaraf dunia di sini. Uniknya, setiap permainan di sini merupakan permainan baru yang disesuaikan untuk  penduduk Asia, khususnya  Singapura. Jadi pengalaman bercuti di sini tidak mungkin sama dengan pengalaman bercuti di Universal Studios lain seperti di Hollywood, California atau Osaka, Jepun.

Satu permainan yang mesti anda cuba ialah menaiki roller coasters di Sci-Fi City®.  Terdapat dua pilihan yang boleh dicuba. Kalau tidak cukup berani, memadailah mencuba  Battlestar Galactica: Human.  . Dengan kelajuan 90km sejam , pecutan coller coasters ini hanya mengambil masa kurang seminit. .  Buat mereka yang mahukan deruan adrenalin yang maksimum, Battlestar Galactica: Cylon sedia menanti. Jangan pengsan sudah!

Selain itu jangan lepaskan peluang melalui detik-detik mencemaskan di pertunjukkan Lights, Camera, Action yang dihoskan oleh Steven Spielberg di zon New York. Pertunjukkan ini memberi peluang kepada anda untuk melihat sendiri kehebatan teknologi filem Hollywood dalam menghasilkan ribut taufan sehingga tahap 5. Satu pendedahan yang cukup menarik!

Lain-lain tarikan yang tidak kurang hebatnya ialah Revenge Of The Mummy, persembahan aksi lasak WaterWorld, Jurassic Park Rapids Adventure, Shrek 4D Adventure, dan Madagascar: A Crate Adventure .  

Bayaran masuk ke USS pada hari-hari biasa ialah $66 untuk dewasa, $48 untuk kanak-kanak dan $32 untuk warga emas. Pada hujung minggu, hari-hari kelepasan am atau waktu puncak, tiket-tiket berharga $72 untuk dewasa, $52 untuk kanak-kanak dan $36 untuk warga emas. 
Terdapat juga pas dua hari unutk mereka yang bercadang meluangkan lebih masa di sini. Pas ini berharga $118 untuk dewasa , $88 untuk kanak-kanak  dan $58 untuk warga tua.

Tip untuk anda:
1) Lebih baik beli tiket secara online supaya tidak perlu beratur panjang dan untuk menjimatkan masa.

2) Pastikan tiba seawal  mungkin supaya anda boleh mencuba kesemua permainan dan pertunjukan. USS beroperasi dari jam 10 pagi hingga 7.00 malam untuk sesi siang dan 7.00 malam hingga 10.00 malam untuk sesi malam.

3) Pakai kasut atau sandal yang selesa kerana di sini anda perlu banyak berjalan.

4) Kalau anda tidak suka beratur panjang, lebih baik bercuti ke sini pada hari-hari bekerja. Selain lebih selesa, harga tiket juga lebih murah.

5) Lebih baik bawa botol minuman sendiri kerana air kosong boleh diisi secara percuma. Kalau tidak, anda boleh membeli botol minuman yang disediakan dan setiap isian semula adalah percuma.

6) Terdapat tiga lokasi selera yang halal di sini iaitu Celebrity Café & Bakery, Mel’s Drive-in dan Oasis Spice Café.

7) Sebelum bertolak pulang, jangan lupa dapatkan pelbagai cenderamata di Universal Studios Store yang terletak berhampiran pintu masuk utama.

*** gambar2 percutian di lain n3****

Selamat bercuti

No comments:

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers