Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Wednesday, March 30, 2011

Bayi songsang

n3 lebih lanjut akan di publish sekejap lagi tapi sebelum tu....baca petikan ni.....di ambil dr http://www.hamidarshat.com/zuriat-buku-138/139-bayi-songsang.html

Bayi Songsang


.KEDUDUKAN JANIN SONGSANG

Salah satu tujuan penting pemeriksaan ibu mengandung ialah untuk mengesan kedudukan janin. Walaupun lebih kurang 95 peratus janin dalam kandungan dalam kedudukan normal iaitu kepala di bahagian bawah menghala ke arah rongga punggung ibu, namun lebih kurang lima peratus boleh mengalami kedudukan tidak normal.
Daripada jumlah ini, lebih kurang tiga peratus dalam keadaan songsang atau breech iaitu punggung bayi terletak di bahagian bawah menghala rongga punggung ibu, manakala kepalanya di bahagian atas. Janin juga boleh melintang atau tranverse atau kedudukannya dalam keadaan setengah songsang atau oblique lie.
Semua jenis kedudukan yang luar biasa mungkin menandakan sesuatu masalah sama ada pada ibu atau pada bayi. Janin dalam kedudukan luar biasa ini akan mengalami risiko lebih tinggi berbanding dengan janin dalam kedudukan normal. Begitu juga dengan kadar kematian bayi adalah lebih tinggi di kalangan janin songsang. Untuk mengatasinya, adalah sangat penting kedudukan janin dikesan serta disahkan normal ataupun tidak sebelum ibu melahirkan anaknya.
Punca kedudukan luar biasa juga penting diketahui kerana ini mungkin disebabkan oleh sesuatu penyakit. Untuk mengatasi sebarang masalah kecederaan atau kematian sama ada bayi atau ibunya, janin songsang ini perlu dilahirkan secara pembedahan sesarean kerana ini lebih baik dan lebih selamat.

Bila Dapat Dikesan?

Biasanya doktor masih belum boleh mengesan kedudukan janin pada peringkat awal kehamilan kerana ia masih berpusing-pusing dalam karung air dalam rahim ibu. Biasanya kedudukan janin mula dapat dikesan pada peringkat tujuh bulan dan apabila masuk ke peringkat lapan bulan kedudukannya mulai stabil.
Adalah penting menentukan kedudukan sebenar janin pada peringkat ini sama ada kepalanya di bahagian bawah atau atas atau kedudukannya melintang.
Kakitangan perubatan yang terlatih khususnya doktor pakar perbidanan atau doktor perubatan serta bidan terlatih boleh mengesan masalah kedudukan janin di peringkat tujuh hingga lapan bulan. Kadangkala timbul juga masalah dalam memastikan kedudukan janin dengan hanya merasa perut dengan tangan. Kesukaran ini mungkin disebabkan oleh wanita tersebut terlalu gemuk, khususnya pada bahagian perut atau ibu yang mengalami masalah terlalu banyak air dalam kandungan.
Masalah ini digelar hydramnios dan ini mungkin dikaitkan dengan kehamilan kembar ataupun kecacatan bayi. Kadangkala kepala janin telah masuk ke dalam rongga punggung dan ini juga akan menimbulkan kesukaran untuk merasai di mana terletaknya kepala bayi.
Menentukan kedudukan janin banyak bergantung kepada kemahiran dan pengalaman kakitangan perubatan atau bidan yang memeriksa. Walaupun demikian, adakalanya orang yang mahir dan berpengalaman pun masih membuat kesilapan dan tidak dapat mengesan kedudukan janin yang sebenar. Jika timbul sesuatu keraguan mengenai kedudukannya, lebih baik menggunakan cara lain.
Hari ini satu cara yang kerap digunakan untuk menentukan kedudukan janin dalam kes yang meragukan ialah dengan menggunakan ultrasound. Pemeriksaan cara ini sangat selamat dan tidak ada bahaya bahangan atau radiation. Pemeriksaan juga memberi maklumat lain yang agak penting mengenai janin seperti degupan jantungnya, kedudukan uri dan alat ini juga boleh mengesan beberapa jenis kecacatan bayi.

Punca Kedudukan Luar Biasa

Kedudukan janin songsang atau melintang mungkin disebabkan oleh salah satu daripada beberapa perkara yang saya akan huraikan di bawah ini. Sesetengah kedudukan songsang tidak ada sebab yang nyata. Kita terus tidak mengetahui apa puncanya walaupun berbagai-bagai cara dilakukan untuk mengesannya. Keadaan ini mungkin timbul dari pihak ibu atau janin itu sendiri ataupun kedudukan uri yang luar biasa.

Ibu yang telah banyak kali melahirkan anak lebih kerap mengalami masalah ini kerana otot-otot di bahagian rahim dan perut menjadi kendur. Keadaan in juga boleh berlaku akibat keganjilan bentuk rahim yang mungkin telah wujud secara semulajadi. Boleh jadi juga ada ketumbuhan dalam rahim seperti fibroid atau ketumbuhan di kilang ovari, atau tulang rongga punggung ibu terlalu sempit. Janin pula mungkin mengalami masalah timbunan air dalam otak atau hydrocephalus, janin tanpa otak atau anencephalus, janin kembar, sama ada kembar biasa atau kembar siam. Kedudukan luar biasa janin juga mungkin disebabkan oleh kedudukan uri tidak normal. Biasanya, uri terletak di belakang janin, tetapi kadang-kala berlaku uri terletak di hadapan janin yang dikenal sebagai placenta praevia. Keadan ini sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan tumpah darah yang banyak dan janin tidak boleh langsung dilahirkan secara normal kerana uri menyekat saluran peranakan.

Untuk mengetahui punca kedudukan janin tidak normal ini beberapa pemeriksaan dan ujian mungkin dilakukan. Pemeriksaan ini termasuklah pemeriksaan kemaluan untuk menentukan keadaan rongga tulang punggung, disusuli dengan pemeriksaan X-ray pelvimetry untuk menentukan sama ada saluran rongga punggung sempit atau tidak. Ujian ultrasound juga penting dilakukan untuk mengesan kedudukan uri, ketumbuhan dalam rahim dan kecacatan janin.

Bagaimana Mengatasi Masalah Ini?

Saya kerap mendengar cerita, wanita hamil yang menyedari kedudukan anaknya songsang, akan terus meminta bantuan bidan kampung. Walaupun saya mempunyai hormat yang tinggi terhadap bidan kampung yang mahir dalam amalan perbidanan mereka, saya agak khuatir jika usaha memusingkan janin ini akan menimbulkan masalah kepada ibu dan anaknya.

Sebenarnya masih ramai lagi pakar perbidanan dan doktor perubatan yang cuba memusingkan janin berkedudukan songsang ini. Usaha ini biasanya dilakukan ketika kehamilan meningkat ke usia 32 hinga 34 minggu (jumlah jangka waktu kehamilan ialah 40 minggu). Walaupun pada keseluruhannya memusingkan kedudukan janin songsang adalah selamat jika di lakukan dengan teliti oleh orang yang mahir dalam bidang ini, namun terdapat juga beberapa bahaya yang mungkin timbul akibat perbuatan itu. Antaranya ialah berlaku premature labour atau kelahiran sebelum waktunya, tumpah darah, kematian janin dalam rahim atau kecederaan pada rahim.

Dengan adanya kemungkinan risiko tersebut, kini ramai doktor pakar pebidanan teragak-agak atau tidak setuju langsung memusingkan kepala janin. Ada juga yang percaya jika janin itu dipusingkan ada kemungkinan ia akan berpusing balik kepada kedudukan songsangnya. Janin mungkin akan lahir cara biasa setelah berpusing sendiri kepada kedudukan normal di saat-saat terakhir sebelum lahir. Usaha memusingkannya mungkin sia-sia sahaja jika terdapat sesuatu gejala atau masalah yang saya nyatakan tadi.

Melahirkan Bayi Sonsang

Sebahagian besar janin dalam kedudukan songsang boleh lahir dengan cara spontan tanpa pembedahan. Doktor akan menilai dengan teliti sama ada janin itu terlalu besar atau rongga punggung ibu boleh memuatkan kelahiran bayi. Walaupun demikian, bagi janin yang kedudukannya songsang, kelahiran secara pembedahan sesarean mungkin dilakukan.
Pembedahan dilakukan apabila anak terlalu besar dan saluran rongga punggung ibu sempit khususnya jika kandungan itu sulung dan ibu bermasalah seperti berpenyakit darah tinggi atau kencing manis.
Bagi ibu yang mengalami kehamilan melintang kerana kedudukan uri di hadapannya, tidak ada jalan lain untuk melahirkan anak selain dibedah sahaja.
Ibu ini perlu dimasukkan ke hospital lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan lahir; biasanya satu atau dua minggu sebelumnya. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang masalah bersalin di rumah. Ada kemungkinan tali pusat atau tangan bayi akan terkeluar dahulu. Kedua-dua kejadian ini akan menyebabkan kematian janin dalam rahim melainkan pertolongan cemas secara pembedahan diberikan dengan segera.
Oleh itu, setiap ibu yang mengandung khususnya mereka yang telah melaluinya beberapa kali perlu mendapat jagaan waktu mengandung dan pemeriksaan sejak awal lagi. Di peringkat tujuh hingga lapan bulan pula, pemeriksaan sangat penting untuk menentukan kedudukannya. Jika didapati kedudukan janin luar biasa, janganlah tergesa-gesa menemui bidan atau pengamal perubatan tradisional untuk memusingkan kedudukannya. Nasihat dan rawatan sewajarnya dari doktor pakar perbidanan adalah penting dalam hal ini.
Akhirnya jika dinasihatkan oleh doktor menjalani pembedahan kerana kedudukan janin luar biasa ini, janganlah sekali-kali membantah kerana ia adalah untuk kebaikan diri ibu dan juga anak yang dikandungnya.

keropok keping Kuala Pahang

nak promote sket......ada sapa2 mencari keropok keping ni hah saya cadangkan......rujuk blog ni sila klik.....
Nowa....actually dh dua kali saya berurusan dgnnya utk....mmg terbaik ler kata ko.....1st dulu saya beli 4 peket...lps tu selang dua minggu pulak saya beli 8 peket sekali....
secara keseluruhan boleh saya katakan keropok dia mmg best bukan apa...kami ni sekeluarga pengemar keropok x kira ler keropok lekor ker, keropok keping,,,setiap kali pasar malam...confirm akan membelinya sebagai kudapan....tapi keropok Kuala Pahang ni......rasa ikan tu betul2 rasa...(takkan rasa daging pulak dok.........dh keropok ikan)...tapi dia banyak kan ikan dr tepung,.,.ade sesetengah pengeluar keropok tu tepung yg lebih.....tapi ni confirm x menyesal sapa membelinya..sbb 100% rasa ikan dan ini menambah kesedapan lagi rasa keropok ikan ni....mmg terbaik ler.......

Monday, March 21, 2011

idaman kalbu

ermmm.,.,,bila la dpt rembat yg ni kan......syoknya kehulu hilir boleh bwk......

memperkenalkan 'ZARITH' junior......

*** saya belum bersalin lagi...ni hasil 3D yg di buat minggu lepas...doakan saya di permudahkan bersalin.

Thursday, March 17, 2011

Kajang Plaza Medical centre-kepada bakal2 ibu sila baca.........

saja nk promot Kajang Plaza Medical Centre @ KPMC...actually anak kedua saya & bakal anak dilahirkan nanti pun di lahirkan di sini...so far mmg puas hati service yang di kendalikan di sini....sepanjang saya mendapat khidmat di sini mmg amat berpuas hati dr segi servicenya.....

kenapa pilih KPMC?.
1) check up utk monthly, weekly saya x perlu amik cuti kerja...appoinment boleh di buat pada waktu mlm atau hari sabtu iaitu selepas waktu kerja...
2) bayaran utk sekali check up tidak lah terlalu mahal...dan masih mampu utk byr bagi golongan seperti saya ini....golongan sederhana
3) setiap kali jumpa mesti dgn doktor pakar perubatan sakit puan
4) keterangan yg di beri amat memuaskan.....so boleh tanya apa shj persoalan anda kepada pakar,.,,,setiap soalan akan di berikan jawapan yg amat2 memuaskan
5) anda boleh pilih nk doktor perempuan ker doktor lelaki...tapi so far saya pilih Dr Jamil Mohd Sharif...dia ni doktor pakar sakit puan di KPMC
6) penginapan di KPMC utk 2 hari 1 malam termasuk makanan & minuman
7) pemerikasaan bayi oleh pakar kanak2
8) bila kita dh bersalin, selepas baby kita di bersihkan..nurse akan pantau baby kita..so kita dpt rileks,,,,,
9) bile discaj.....(yg ni mokcik suka).....macam2 barangan kita dpt....mcm dpt pampers 1 beg, susu 1 tin, lagi mcm2 benda free kita dpt......
10) setiap kali pemeriksaan pertama ialah dlm RM 50,,pemeriksaan susulan pula RM 40...
(tapikan so far saya x pernah cecah RM 40,,,,biasanya dlm RM 30- RM 35....)
11) scan baby pulak dlm bentuk 3d...so dh termasuk dlm harga masa kita check up.....syok weh dpt tengok baby secara real....

Pakej bersalin normal

3 bedded room HANYA RM 1,090.00
Twin Room HANYA RM 1,275.00
Single Standard Room (Aquamarine / Turquoise) HANYA RM 1,352.00
Single Deluxe Room HANYA RM 1,400.00
Single Family Room HANYA RM 1, 550.00
VIP Room HANYA RM 1,800.00

Pakej bersalin utk ' CAESARIAN' dari RM 4,500 - RM 5,500

  • yuran perundingan
  • penginapan 3 hari 2 malam
  • makan & minum 4 kali sehari
  • pemeriksaan bayi oleh pakar kanak-kanak
  • suntikan pertama hepatitis B
  • nurseri, ujian kumpulan darah, G6PD & suntikan wajib- VIT, K, BCG, Hepb 1)
* harga pakej bersalin ini tidak termasuk dengan komplikasi yang berlaku ke atas ibu atau bayi.

caj tambahan: jika Breech- RM 200, Vaccum-RM 200, Forceps- RM 200, Twin-RM400, D&C RM600-RM 700

tapi jangan risau...KPMC ada buat bayaran bulanan so memudahkan kita...tidak ler membebankan nanti masa nk byr masa discaj nanti....

tapi jika x jadi nk bersalin di KPMC duit tu akan dipulangkan semula mengikut jumlah bayaran yang telah di buat,,,tidak ler dia org potong duit deposit ker apa ker......

keputusan di tangan anda......buatlah pilihan yang bijak!!!!!!!

untuk keterangan lanjut boleh berhubung

KAJANG PLAZA MEDICAL CENTRE
NO. 36 A-C JLN DATO SERI P. ALAGENDRA 2
KAJANG PLAZA 43000 KAJANG
SELANGOR
TEL: 03 87397077
FAX: 03 87393033

** nk senang cari jer Court Mammoth.....KPMC dekat2 dgn Court Mammoth Kajang....

33 weeks +++++

Alhamdulillah skrg dh masuk ke 33 minggu.....semakin hari semakin berdebar di buatnya
hasil check up 15hb Mac 2011

Keadaan ibu
Berat 75kg - normal...semakin naik mendadak
tekanan darah 110/70 - normal

Keadaan baby
wajah sama macam kakak sofea, hidung, mata, muka
kedudukan skrg masih songsang dan masih berpeluang utk berpusing lagi 2 minggu
tahap pembesaran...adalah sama dgn abang & kakaknya mayb dh baka besar,,,,

secara keseluruhannya Allhamdulillah.....next appoinment 29hb Mac.....

***gambar scan 4d menyusul kemudiannya sbb scanner problem**

Thursday, March 10, 2011

Allah hanya panggil kita 3 kali sahaja....renung2 kan lah

ALLAH MEMANGGIL KITA HANYA 3 KALI SAJA SEUMUR HIDUP

Ibu berkata... * Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*
Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'
Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala.

1) 'Panggilan pertama adalah Azan, ujar Ibu.

'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.
Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.
Saya terpaku.... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......


Ibu melanjutkan,


2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul.
Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.
Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.
Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.
Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulillah...


3) 'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kematian, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah surga adalah balasannya.. ...'
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: *Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'

Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:


'Pertama, orang yang meninggalkan solat


Kedua, orang yang tidak mau keluarkan zakat.


Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapanya.


Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.


Kelima, orang yang suka minum arak.




Wallahu'alam










Tuesday, March 8, 2011

Friday, March 4, 2011

Air & minyak selusuh.......perlu ker?

ermmm,....bila kandungan dh cecah 7 bulan keatas...ramai yg bertanya....
dah amik air & minyak selusuh?....dan buat lenggang perut?...dah g jumpa bidan utk tengok2 kan perut tu?
persoalannya,,,,,,,,
perlu ker air & minyak selusuh ni.....
apa pendapat semua ttg isu ni?.........

Dahsyatnya seorang ibu.......tolong baca sampai habis..!!!!!!!

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..



Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.


*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.


Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.


Melihat kaabah sehingga menitis air mata.


Membaca quran sehingga menitis air mata.

Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.


3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Anak.
Ibu.
Suami.


Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.. J
Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.
Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.
Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.
Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.


*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.


Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .


“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.


*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
“Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.


*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.


*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.


Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.
Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.
Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.
*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .
Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
*** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
Selalu Bergaduh Dengan Ibu Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
Symptom terkena saka:
Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
Susah nak dapat anak, senang gugur.
Ada rasa kelibat orang lalu.
Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.
Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.
Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.
Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.
Anak Lari Dari Rumah
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.
Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.
Anak Degil
*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.
So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....
smpikan ilmu ini kpd yg lain wlupun satu ayat










Thursday, March 3, 2011

My Dear Warehouse Sale....jom ramai2 kita serbu

ada sapa mahu terjah...rugi weh jika  tak pergi...banyak barang2 murah...
promosi ni bermula 3 - 13 Mac 2011...

jom ramai-ramai

wife & husband...hayatilah

Wednesday, March 2, 2011

Trilogi Cinta

ermmm...actually saya jarang tengok cerita2 melayu ni,,,,,bukan x suka.....saya suka jalan cerita yg memaparkan kisah2 kemasyarakatan....tapi di sebabkan kekangan masa, maka saya hanya melayan buletin utama sambil2 tu jeling2 shj...apa chanel yg tukarkan oleh en somi...tapi di sebabkan semenjak dua menjak ni en somi selalu outstation..maka saya yg akan bertukar tgn utk memilih apa channel kegemaran..
maka..tertarik dgn tajuk cerita " TRILOGI CINTA" yang di tayangkan di TV1......pada pukul 10 mlm setiap ahri ahad, isnin & selasa,,,,actually saya dh miss banyak episod....tapi di sebabkan pernah membaca novelnya....maka dh boleh buat rumusan sendiri...
so sedikit sinopsis:

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.
Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.
Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.
Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

Tuesday, March 1, 2011

Khurafat....

hajat di hati nk g tengok wayang....tapi ke Putrajaya tiket habis....lari ke Mid Valley pun tiket habis...so dlm hati sah cerita ni best....sampai semua panggung penuh..sampai semua tiket habis.....alih2....astro ada buat tanyangan di astro first...hanya bayar RM 15 sahaja..dpt ler tengok dlm masa 48 jam..boleh ulang2 banyak kali.....so dh x de apa2 xtvt maka kami pun oder ler..nk tengok cerita yg best sekarang ni......ermmm ok ler service astro x sampai 5 minute dh boleh tengok...so sinopsis x yah view ler,,,sbb rasanya semua dh tengok....
secara kesuluruhan....jalan cerita mmg bagus n terbaik sbb penuh dgn pengajaran,,,,,,,,so ada moral di situ...cuma...persoalan...sblm tu...mohon kemaafaan yerk......saudara Shamsul Yusof,,,,,,ada beberapa kemusyikalan  di sini,,,,,,,kenapa semuanya dlm keadaan gelap?....dlm bilik mayat gelap? dlm ward gelap...suasana nampak gelap n malap.....yg lain ok ler.sound system mmg cantik...sbb adakala terkejut jugak ler.......mcm x terasa...aik baru start dh habis ceritanya.....tapi syabas di ucapkan....sbb dpt menghasilkan cerita yg best.......:) tahniah.....

teringin nk kek ice cream...tapi dpt ice cream roti.....:(

ermm.... perasan muda mudi lagi.....(umur ker dh 30thn...tapi masih muda remaja.....) actually thn ni sambutan birthday saya biasa shj..memandangkan somi baru balik dr outstation...dan tambahan keadaan saya yg semakin sarat...so majlis tersebut akan di tunda ke hari lain.......takpe ler....bang.....janji abg celebrate birthday ibu.....(nak jugak tu).....yg penting ingatan dh cukup buat ibu...tapi ibu terharu jugak ler.....ibu teringin  nk mkn kek ice cream...tapi abg belikan ice cream mangkuk dan roti...takpe ler abang janji nama ice cream......:(.......x sabar nk tunggu majlis makan2 nanti......

birthday abg long part 2


terima kasih kepada semua yg mengucapkan " selamat hari lahir" kepada anak teruna tersayang..........
ni antara kwn2 sekolahnya.....
terima kasih kat cikgu2 sekolah,,pembantu2...yang sama2 memeriahkan majlis sambutan hari lahir.....
thanks semua.....

celebrate birthday abg long....part 1.(ada sapa2 mahu oder...).

Alhamdulillah...sambutan birthday abg long tahun ni sambut di sekolah bersama rakan2....so gambar bersama2 rakan dlm part 2 nanti,,,saja gatal tgn nk buat bersiri banyak sket n3 nya........wakakakkakakakaka..
so far semuanya berjalan dgn lancar..alhamdulillah.....
sedap kan kek ni......ermmm saja nk promot...actually dh buntu saya fikirkan nk tempah kek...so last2 terbaca blog KAK MAH ni...so di sebabkan dekat..so saya pun discuss,....mcm gitu mcm gini...apa hajat saya....so kira ok ler...KAK MAH ni boleh discuss.....saya pun x  pernah jumpa dengannya..kami hanya discuss dlm FB jer dan telefon shj.....hebatkan....so ramai yg memuji kek ni...tapi mmg sedap......mmg x rugi....harga dia mmg berpatutan....yg penting MELAYU.......so puas hati kan,,,,,,,,
so kepada sesiapa yg berminat nak oder ker nk bertanya lebih lanjut kek ni boleh hubungi dengannya...

FB just klik ni
http://www.facebook.com/settings/?tab=privacy&ref=mb#!/Imah76

blog just klik ni
http://melatis-choclair.blogspot.com

atau terus jer telefon bercakap sendiri dgnnya,..lagi puas hati
di talian 012 3160358

mcm2 ada.....:)

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers