Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Friday, September 30, 2011

Dulu..Kini...& Selamanya..masih ingat tak kalian


Cite Last sebelum ari cerah yaww……
budak2 yg lahir pd thn 70/80 /90- an mesti ingat semasa skolah rendah dulu2 kan: -
* kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.
*salesman susu pon camtu gak.
*kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
*RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm... .
* pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
* main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
* pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
* cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
* bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
* time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
* main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
* jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
* takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
* balik skola beli oJo xpon Dendang. Tora n Yoyo pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
* Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
* Siri kartun;DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap tv n ps..
kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ ni la baru zaman kita kawan2 pas r kt member2 korang... . mesti diorg tersengeh2 bila bace mende nih
..

Rahsia Surah Al-Kauthsar


RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Thursday, September 29, 2011

RM5 jer.....Jgn Lupe weh.....esok jualan hebat di PADINI..jom ramai2


jOM mari semua adik2, kakak2, abang2, makcik2, pakcik2,,,kita terjah 


Padini Warehouse Clearance, All Priced at 

RM5 !!!!!!!!

(CASH ONLY)


di mana?...


Padini Holdings Berhad
No. 15 Jln U1/20 
Hicom Glenmarie Industrial Park
40150 Shah Alam

Bila?

 dari 30/9 - 1/10/2011
dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang

rugi sapa x dtg....

*** jgn lupa bawak duit banyak sbb semuanya adalah CASH***

Hana Homemade Chocolate

anda buntu untuk memberi hadiah apa kepada kawan2, yang tersayang,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,senang sahaja skrg yang paling simple bagi jer coklat..sbb semua org suka kan coklat kan......
birthday en somi baru2 ni...so kami memilih utk memberi kelainan sket....so kami meng 'oder' homemade coklat ni..ni 1st time oder..biasa setiap tahun beli jer coklat yg jual kat pasaraya tu.....
discuss ....discuss...dgn Pn Anis ni...maka terhasil la corak yg macam gini....
kelainan coklat ni kat dalamnya ada badam...
siyess ckp mmg sedap, saya walaupun bukan pengemar coklat tapi boleh habis sampai 5 mkn...di sebabkan rasa coklatnya yg sedap tambahan ada badam pulak....





macam2 ada , ada kek, ada coklat di Homemade Chocolate ni...so sila terjah di

http://www.facebook.com/pages/HANA-HOMEMADE-CHOCOLATE/124732880951089

nak senang sila ke Fb Hana Homemade Chocolate

mmg berbaloi2

Anda boring sila layan ini...........................

bagi sesiapa yg terlepas peluang utk menonton program TV baik cerekarama ker, drama ker, filem2 terkini ker, dan mcm2 lagi.....hanya klik di 
pilih nak cerita apa...
layan

Apam Polka Dot & Snek Ikan Bilis


Nak promot sket...
actually baru ni saya oder apam polka dot sbb anak sulung saya ada majlis hari raya di rumahnya..so ushar sana sini, maka t'oder dgn Kak Nina ni....walaupun kami 1 area juga....so tengok2 dlm Fbnya...besar2 comel2 apam polka dotnya...so mencuba oder wah teruja mak,,,,,,,,,besar2 apam polka dot dia.....nak puji sket, dh la besar, gebu2 pulak...mmg berbaloi2 ler
lps tu pulak dpt snek ikan bilis ni free
(picture bukti beli apam x dek yer....sbb x sempat2 amik jer,,,terus makan dlm kereta)
so ni bukti snek ikan bilis tu.....saya bawak bekal ke opis so ni buktinya..mmg mabeles..saya hanya mkn dgn nasi putih jer so x yah tambah dgn lauk2 lain.....mmg sedap......habis sepinggan nasi


tak rugi..mmg berbaloi2....

kepada yang berminat boleh hubungi  
012 3251785 (Kak Nina)

atau 

search jer namanya di FB Nina Ariffin

*******Mmg berbaloi2***********

Wednesday, September 28, 2011

khas untuk kaum adam

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

JOM TERJAH!!!!!Padini Warehouse Clearance, All Priced at RM5 (CASH ONLY)

jOM mari semua adik2, kakak2, abang2, makcik2, pakcik2,,,kita terjah 


Padini Warehouse Clearance, All Priced at 

RM5 !!!!!!!!

(CASH ONLY)


di mana?...


Padini Holdings Berhad
No. 15 Jln U1/20 
Hicom Glenmarie Industrial Park
40150 Shah Alam

Bila?

 dari 30/9 - 1/10/2011
dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang

rugi sapa x dtg....

*** jgn lupa bawak duit banyak sbb semuanya adalah CASH***


Tuesday, September 27, 2011

FRAME 'KASIH'


tajuk fuh......ni iklan x berbayar, :) 
setiap tahun mmg kami akan potretkan gambar family semasa raya, hanya tangkap gambar di rumah jer, x g pun kedai gambar. bermula dr anak sorang sampai ler skrg anak dh 3 so dh berderet gambar kat rumah....so ni gambar thn ni, thn ni kami dh berlima,,alhamdulillah bertambah lagi rezeki anak.....
 dh lama tengok cth2 frame yg dh siap kat FRAME 'KASIH' ni...so tunggu picture yg cun2 sket br nak buat...first2 tanya mcm2 soklan kat Ms Filla ni...by email jer...x susah dil ngan dia, sbb dia akan jawab semua soklan dgn mudah n fhm....(padahal semua jawapan dh ada kat blog FRAME KASIH ni.....)
senang jer....

1) mula2 emailkan gambar yg mana nak buat
2) tunggu respon dr MS Filla...so ok gambar tu..
3) buat payment
4) tunggu gambar dlm 2 minggu gambar dh siap......

senang jer...

lagi senang jika anda hubungi sendiri

boleh klik 


&


nak tengok hasilnya.....

>
>
>


ni gambar masa  raya baru2 ni

>
>
>




tadaaaaaaa...ni hasilnya...sorry actually kualiti gambar kurang memuaskan sbb ada cahaya lampu...guna camera tel jer...sbb excited nak mms ke en suami so x sempat nak amik gambar kat rumah...ni fresh dr ladang lagi,,,baru dpt pagi td.....

nak puji sket...

1) saya suka dill dgn Ms Filla ni...sbb saya seorang yg cerewet, saya suka yg details so banyak soklan saya tanya, semua di jawab...business mcm ni yg saya suka...:)

2) kualiti gambar mmg memuaskan..sgt2 cantik..A3 size,,mmg nampak clear sgt2 muka.

3) kekemasan dr semua segi

4) penghantaran dan tarikh siap yg cepat..(cth frame siap 27hb..so betul2 27hb siap, tidak ler ada sesetengah tu bg banyak alasan.

semuanya ok  l

Makan free

Alhamdulillah puasa kan sebulan, so raya pun sah2 sebulan jugak....time raya paling best,,sbb banyak jemputan rumah terbuka..so kita gantung kuali. alhamdulillah jemputan banyak cuma kekangan  waktu shj..ada rumah yang dpt pergi ada juga yg x dpt pergi jemputan...sorry yer kepada tuan rumah....

sorry gambar yilek.....sbb fokus ' aku nak makan" ayat tamak haloba....

so apalagi amik peluang yang ada..kita makannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

* banyak n3 pasal promot2 blm di publish sabar yer...tunggu

Friday, September 23, 2011

Qurban For Humanity & Solidarity - QHS

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Bukan daging dan darah binatang Korban itu yang sampai

 kepada Allah s.w.t., tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu.." (Al-Hajj: 37)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Amalan yang paling dicintai oleh Allah s.w.t. daripada Anak Adam ketika Hari Raya Idul Adha ialah menyembelih haiwan Korban.." (At-Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim)

program Qurban For Humanity & Solidarity (QHS) masih di buka, kepada sesiapa yang berminat boleh layari www.actmalaysia.org.my atau hubungi 03 8739 5871 (office ACT).

Wednesday, September 21, 2011

USS-Part 1

Alhamdulillah planning dh lama nak pergi bercuti memandangkan tahun ni saya akan bersalin so kita postponed dulu utk bercuti..so last2 family kajang ajak ke JB sempena raya aidilfitri so alang2 dh sampai Johor apa kata kita terjah ke seberang tambak so kita jadikan cuti2 family.....emmm apa lagi pucuk di cita ler........kami bertolak ke JB pada hari saya ke3 so penginapan di taja oleh family Ana & Wan (adik ipar)...so alhamdulillah hari pertama kita jelajah sahaja di town Singapore....senang jer follow GPS sahaja...saja2 pusing town, cari masjid memandangkan nak solat jumaat dh sampai waktu...so pusing2 singgah di sebuah masjid di kawasan perumahan......

lps tu makan di 

Nasi Padang River Valley 
address dia 54 Zion Road Singapore 247779, 
Tel: 734 3383
Fax: 734 3389

makanan dia mmg best mmg boleh masuk tekak..dia ala2 nasi kandar gitu...so far ok ler..



lps tu pusing2 kita g taman permainan di Singapore pulak utk mengisi masa anak2....


lps main2 puas kita pusing2 town..so nampak Marina Bay tu...wah mmg cantek nya...tapi x dpt nak ke sana...
cuma dpt snap gambar dr jauh sahaja..


dh semua kepenatan..makan bersambung esok

*** mcm karangan cerita bergambar pulak****
gambar semua banyak di FB

Tuesday, September 20, 2011

Permainan yg best dulu2 dan sekarang

wah...u all pernah main permainan ni? ada org panggil main tudung botol ada org panggil main ceper..apa2 pun x kisah yang penting ia menyeronokkan...lagi satu kita boleh belajar matematik sbb dia tambah, dan tambah

yang penting menyeronokkan.

Tuesday, September 13, 2011

Selamat hari raya Aidilfitri 2011

Masih blm terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada semua..:)

Raya tahun ni masih beraya di kajang, so seperti tahun2 lepas jugak persiapan raya macam biasa sederhana sahaja memandangkan kami akan bercuti....

sebelum raya mcm2 tradisi thn2 sblm nya...masak rendang, ketupat, lodeh dan sebagainya.. pagi2 raya selepas solat hari raya ke pusara ibu mertua dan seterusnya beraya di rumah keluarga..itu lah rutin setiap kali raya semenjak berkahwin ni....

raya kedua kita melepak2 di rumah shj, makan tidur, makan tidur....

'selamat hari raya' 

USS- (Universal Studio Singapore) Sedikit panduan.



Percutian keluarga kami tahun ni..kami memilih ke Over the sea sket..alang2 semua cuti panjang, alah x jauh pun ke Singapore saja seberang Tambak Johor jer. Maklumlah hendak ke lokasi lain, semuanya jauh-jauh belaka. Lagipun, bukannya  sikit duit hendak ke Amerika atau Jepun. janji passport bercop.....luar negara.

 Sebaik menjejakkan kaki di taman tema ini, rasanya sudah tidak sabar-sabar untuk menerokanya.  

 Taman tema ini mempunyai tujuh zon tema yang terdiri daripada Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagasdar. Jika dihitung terdapat lebih 24 permainan dan tarikan  bertaraf dunia di sini. Uniknya, setiap permainan di sini merupakan permainan baru yang disesuaikan untuk  penduduk Asia, khususnya  Singapura. Jadi pengalaman bercuti di sini tidak mungkin sama dengan pengalaman bercuti di Universal Studios lain seperti di Hollywood, California atau Osaka, Jepun.

Satu permainan yang mesti anda cuba ialah menaiki roller coasters di Sci-Fi City®.  Terdapat dua pilihan yang boleh dicuba. Kalau tidak cukup berani, memadailah mencuba  Battlestar Galactica: Human.  . Dengan kelajuan 90km sejam , pecutan coller coasters ini hanya mengambil masa kurang seminit. .  Buat mereka yang mahukan deruan adrenalin yang maksimum, Battlestar Galactica: Cylon sedia menanti. Jangan pengsan sudah!

Selain itu jangan lepaskan peluang melalui detik-detik mencemaskan di pertunjukkan Lights, Camera, Action yang dihoskan oleh Steven Spielberg di zon New York. Pertunjukkan ini memberi peluang kepada anda untuk melihat sendiri kehebatan teknologi filem Hollywood dalam menghasilkan ribut taufan sehingga tahap 5. Satu pendedahan yang cukup menarik!

Lain-lain tarikan yang tidak kurang hebatnya ialah Revenge Of The Mummy, persembahan aksi lasak WaterWorld, Jurassic Park Rapids Adventure, Shrek 4D Adventure, dan Madagascar: A Crate Adventure .  

Bayaran masuk ke USS pada hari-hari biasa ialah $66 untuk dewasa, $48 untuk kanak-kanak dan $32 untuk warga emas. Pada hujung minggu, hari-hari kelepasan am atau waktu puncak, tiket-tiket berharga $72 untuk dewasa, $52 untuk kanak-kanak dan $36 untuk warga emas. 
Terdapat juga pas dua hari unutk mereka yang bercadang meluangkan lebih masa di sini. Pas ini berharga $118 untuk dewasa , $88 untuk kanak-kanak  dan $58 untuk warga tua.

Tip untuk anda:
1) Lebih baik beli tiket secara online supaya tidak perlu beratur panjang dan untuk menjimatkan masa.

2) Pastikan tiba seawal  mungkin supaya anda boleh mencuba kesemua permainan dan pertunjukan. USS beroperasi dari jam 10 pagi hingga 7.00 malam untuk sesi siang dan 7.00 malam hingga 10.00 malam untuk sesi malam.

3) Pakai kasut atau sandal yang selesa kerana di sini anda perlu banyak berjalan.

4) Kalau anda tidak suka beratur panjang, lebih baik bercuti ke sini pada hari-hari bekerja. Selain lebih selesa, harga tiket juga lebih murah.

5) Lebih baik bawa botol minuman sendiri kerana air kosong boleh diisi secara percuma. Kalau tidak, anda boleh membeli botol minuman yang disediakan dan setiap isian semula adalah percuma.

6) Terdapat tiga lokasi selera yang halal di sini iaitu Celebrity Café & Bakery, Mel’s Drive-in dan Oasis Spice Café.

7) Sebelum bertolak pulang, jangan lupa dapatkan pelbagai cenderamata di Universal Studios Store yang terletak berhampiran pintu masuk utama.

*** gambar2 percutian di lain n3****

Selamat bercuti

Monday, September 12, 2011

cerita selanjutnya

kita tinggalkan cerita hari raya dulu..kita teruskan ke cerita selanjutnya

Thursday, September 8, 2011

MOHON BANTUAN DENGAN KADAR SEGERA.....

pls klik    SINI

terima kasih semua...

:)


RINDUNYA..........................................


Salam Kemaafan.....................
Rindu rasa hati ini nak mengucup tangan di pagi2 raya...
Rindunya nak senantiasa bersama2...sepanjang masa..
Rindunya untuk makan bersama2
Rindunya nak makan bersuap seperti keanakan
Rindunya nak mengucup tangan, pipi dan dahi mu setiap masa
Rindunya nak selalu mendengar leteran mu....
Rindunya akan kata2 kemarahan mu
Rindunya....
Rindu x terungkap dgn kata2........

apakan daya kita berjauhan...

Tapi....

Jauh di mata tapi dekat di hati

"Kami sayang Ma n Ayah"


Wednesday, September 7, 2011

Gediks....super heroin kita...YaYa.....

hai semua......meh sini Yaya nk cerita....nama saya Aleeya tapi nama glamour saya Yaya..tau tak nama glamour ni dpt dr mana.....br abg long n kak ngah saya ler...dia org tu suka tengok cerita boboi...ala mcm Upin Ipin tu...sekali ada nama Yaya...maka mereka2 semua panggil kita Yaya....siapa kata kita tembam...
see................................
walaupun bdn Yaya muat2 jer gelongsor ni tapi Yaya tetap nak main jugak sama mcm2 org lain.....
ni mula2 masa Yaya nk masuk..so mak kita tolong pegangkan dulu...sbb nk test muat tak dgn badan Yaya...

bila dh confirm muat...so mak kita lepaskan kita supaya dpt gerak dgn sendiri....wow...seronoknya.....

akhirnya Yaya berjaya jugak sampai ke penghujungnya.....
yesss berjaya 

Tuesday, September 6, 2011

WAQAF SUMUR......SAMA2 KITA MEMBANTU KEPADA YANG MEMERLUKANNYA

ni adalah salah satu projek yang di usahakan oleh ACT Malaysia @ Action Caring Team (M) Berhad, untuk keterangan lebih lanjut boleh klik

  SINI    

sama2 lah kita membantunya..

Saad Ibn Ubadah bertanya kepada Rasulullah SAW " Umm Saad (emaknya) telah meninggal dunia, apakah jenis sedekah yang terbaik?
Rasulullah SAW bersabda " AIR (yg terbaik).
Lalu Saad menggali sebuah perigi dan berkata
" Ini untuk Umm Saad"
(Hadith Riwayat Tarmizi).

boleh juga hubungi

ACTION CARING TEAM (M) BERHAD @ ACT MALAYSIA
SUITE 1, PUSAT KOMUNITI SG KANTAN
KG SG KANTAN
43000 KAJANG SELANGOR
03 8739 5871
actmy.care@gmail.com



Monday, September 5, 2011

Maksud Nama Zarith

syukur alhamdulillah kita tinggalkan dulu n3 raya...n3 BF...

memandangkan ramai yang bertanya apakah maksud di sebalik nama ZARITH....memandangkan ketiga2 anak saya bermula dgn pangkal nama ZARITH....

actually saya juga mencari apakah maksud nama Zarith sbb puas mencari jugak...so bg yang bertanya sila klik sini

http://kacaptelabik.fotopages.com/?entry=1448333

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers