Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Wednesday, March 14, 2012

KEMPEN WAQAF BUKU IQRO'...jom membantu


KEMPEN WAQAF BUKU IQRO’


Ustazah di Kg. Tasoe, Kemboja

Kempen kita kali ini mudah sahaja tetapi mudah-mudahan mendapat sambutan yang sangat baik seperti projek-projek sebelumnya.

Kali ini kami mengajak kawan-kawan MEWAQAFKAN BUKU IQRO’ untuk anak-anak di Kemboja dan Mindanao . Kaedah IQRO’ ini memang sudah diiktiraf di Malaysia dan Indonesia sebagai kaedah yang paling berkesan dalam mengajar asas membaca Al-Quran kepada kanak-kanak.
Untuk berkongsi sedikit motivasi, izinkan saya berkongsi beberapa hadis tentang hal ini. Ya, memang besar pahalanya bagi orang-orang yang belajar dan membaca Al-Quran kerana berdasarkan hadis-hadis ini:
(1) “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al Quran dan yang mengajarkannya “ (HR Bukhari)
(2) “Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan (
آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf“(HR Bukhari)
(3) “Orang yang membaca Al Quran dan dia pandai membacanya maka (nanti di akhirat akan dikumpulkan) bersama para malaikat yang mulia, sedangkan orang yang membaca Al Quran dan dia terbata-bata karenanya serta kesusahan maka baginya dua pahala “(Muttafaq alaih)

DAN INI BAHAGIAN KITA PULA, InsyaAllah…
Barangsiapa yang menunjukkan/mengajarkan suatu kebaikan, maka dia mendapat pahala yang sama sepertimana orang yang melakukannya (mengikutinya)(HR Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ahmad).
Keadaan Pembelajaran di sana ketika ini.
Kemboja: Rata-rata guru menggunakan kaedah tradisional menggunakan muqaddam seperti kita dahulu. Pada bulan Februari 2012 yang lalu saya menziarahi sebuat sekolah agama rakyat di Kg. Tasoe (Kampung Cham). Kata ustazah yang mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak di situ, kaedah lama ini ternyata kurang berkesan dan susah nak menilai samada kanak-kanak tu sebenarnya faham atau tidak pengajaran beliau. Rata-rata ustaz-ustaz di sana mahukan kalau boleh sistem pengajaran ditukar kepada cara IQRA’, cuma mereka perlukan buku-bukunya.
Mindanao: Keadaannya juga sama. Sudahlah buku yang ada ala kadar sahaja, tempat pembelajaran pula di kebanyakan tempat terlalu kurang selesa (lihat foto). Buku IQRO' ini akan menjadi pemangkin kepada pelajar-pelajar walaupun keadaan mereka serba kedhaifan.

"Kelas" di sebuah maahad di Mindanao

Mari sama-sama waqafkan buku IQRA untuk membangunkan ummah dan sebagai saham amal soleh kita yang berterusan apabila kita sudah meninggalkan dunia ini nanti..… ameen.
BERAPA SASARANNYA? InsyaAllah kita target 300 untuk Mindanao dan 300 untuk Kemboja.
BERAPA YANG SUDAH DICAPAI SETAKAT INI? Sudah 50!
Alhamdulillah baru sahaja dilancarkan pagi tadi, ada kawan nak jadi pemangkin kepada yang lain jadi dia terus mewaqafkan 50 buah, masyaAllah! Katanya moga-moga ramai yang lain akan bersemangat mengikut jejak langkahnya.
BILA TARIKH AKHIR PROGRAM? insyaAllah kita target 1 Mei, 2012.
BERAPA BANYAK ATAU NILAI YANG HARUS SAYA WAQAF?
Hanya RM12 untuk satu buku IQRO' versi berwarna (Jilid 1-6 lengkap).
Berapa-berapa pun boleh diwaqafkan... 1,2... atau lebih :-)
Lebih banyak waqafnya dari anda tentulah lebih baik insyaAllah.
Kos RM12 ini termasuk kos untuk kos penghantaran ke sekolah-sekolah berkenaan.
NOMBOR AKAUN MAYBANK: 562142713126.
PENAMA AKAUN: ACTION CARING TEAM (M) BERHAD
Setelah bank-in harap sms ke 019-2149345/019-3744208, atau maklumkan ke e-mailactmy.care@gmail.com,
dan harap beri maklumat peribadi untuk tujuan pengresitan.
Semuga Allah SWT memberkati dan menerima segala amal soleh kita dan menjadikannya satu amal yang memberi pahala yang berterusan…. ameen.
Wassalamu 'alaikum warahmatullah~
“Sedekah itu akan menjadi penghalang kepada sesuatu bencana"
(Maksud Hadith)
Datu Hj. Mustafa Kamal bin Mohd Zaini (hp: 019-2149345)
President, ACT Malaysia www.actmalaysia.org.my

No comments:

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers