Alhamdulillah syukur di atas rahmatnya, syukur atas segalanya yang di berikan. Puasa kali ini saya masih meneruskan full BF kepada dua2 anak2 saya.seperti yang sedia maklum anak2 saya Sofea 4 tahun dan Aleeya 1 tahun++ masih full BF. pada awalnya seperti ibu2 lain perasaan gusar didalam puasa sentiasa di fikirkan, boleh tak aku teruskan puasa?. larat tak?
tetapi dengan izinnya Alhamdulillah......seperti biasa 1st day puasa saya seperti ibu2 lain jugak merasa keletihan terutama selepas pam susu, saya pam susu seperti biasa dan x boleh skip walau 1 time pun ini di sebabkan Aleeya memerlukan susu yang banyak dalam sehari dan takut x cukup susu...lagi tambahan Sofea jugak akan menyusu setiap kali sebelum pergi ke sekolah. cuba bayangkan,,betapa banyaknya pengaliran susu...Namun kuasa Allah kan....hasil susu masih di tahap kawalan lagi.
cuma ingin berkongsi sahaja dengan kaum2 ibu yang lain, berikut cara saya lakukan di dalam puasa
SAHUR
saya pastikan akan minum air milo 1 gelas, cocoa collagen power plus dan pastikan saya akan habiskan 1/2 botol air masak....mkn nasi wajib...walaupun perut kembung dengan air tapi saya gagahkan utk menghabiskan. dan yang paling penting saya akan makan kurma.
sepanjang perjalanan ke opis saya akan susukan Aleeya memandangkan sambil memandu saya meriba Aleeya bersama, sesampai di opis saya meneruskan menyusukan Sofea,
saya akan buat pam sesi pertama pada pukul 10 pagi, selepas pam saya akan rileks sebentar,,,
tengah hari lagi sekali saya akan pam utk sesi kedua,
sesi ketiga pada pukul 4 sebelum balik kerja,
BERBUKA
minum milo panas, makan kurma dan terus terkam nasi sebab dh kebuluran
namun alhamdulillah masih dapat meneruskan puasa,,,,,
semoga puasa kali ini saya dapat berpuasa penuh lagi. Alhamdulillah syukur padaNya.
No comments:
Post a Comment