Assalamu'alaikum wbr.
Para dermawan yang dikasihi Allah SWT. Pertama sekali bagi phak
keluarga besar ACT Malaysia, kami ingin mengucapkan "Ramadan Mubarak", semuga
Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya... ameen. Maaf, email
ini agak panjang sikit...
Para dermawan yang dirahmati Allah SWT.... kalau kita menyelami
bidang keNGOan ini, memanglah ada daerah yang akan mendapat perhatian
yang lebih, ada yang kurang dan ada yang terpinggir. Kalau kita kaji kenapa
sesetengah daerah itu mendapat perhatian yang lebih dari yang lainya, memang
sebab-sebabnya valid. Munkin sahaja sebab isu aqidah dan sejarah
(Palestin umpamanya) ataupun disebabkan perkembangan terkini (Syria dan Rohingya
contohnya). Namun dari pandangan kami, sebagai umat Islam yang progresif dan
berilmu pengetahuan, seharusnya lebih principle-centred, melihat kepada
sesebuah daerah itu mengikut keperluan, sejarah dsb dan tidak kepada kepopularan
isu mereka di media apalagi kecenderungan perasaan kita. Apalagi kalau daerah
itu seringkali dilupakan dan terpinggir tentunya tanggungjawab kitalah untuk
mengisi kekosongan yang ada.
Izinkan kami berkongsi
impak (yang besar) dengan sumber yang sedikit sahaja kepada umat
Islam di Mindanao. Ini berdasarkan pengalaman ACT Malaysia dan ACT Mindanao
sendiri sebagai pelaksana projek. Sebagai contoh, dengan hanya dalam RM1,500
kita boleh memberi iftar kepada 300-400 pelarian perang di kem-kem pelarian.
Juga, dengan hanya RM1,000 sahaja, kita boleh menanam 1000 pokok pisang di
tanah-tanah sekitar darul aytam tersebut (projek sedang dalam pelaksanaan). Saya
tak sabar-sabar nak melihat bagaimana hasilnya tahun depan! Dengan hanya
RM3,000+ kita boleh merenovasi surau/masjid yang run-down dan menjadikan
ianya tidak lagi bocor, dicat agar cantik dan ceria dengan tikar dan langsir
yang baru. Dengan hanya RM1,200 sahaja kita boleh memberi sumber air bersih
kepada lebih 100 orang penduduk di sebuah perkampungan. Dengan hanya RM3,300
kita juga boleh memberdayakan anak-anak yatim dengan memberi reban kambing,
kambing (10-15 ekor) dan kebun sayur untuk mereka jana dana dan makanan sendiri.
Ya, sedikit sahaja modalnya tetapi kesannya besar insyaALlah. Kalau NGO-NGO
besar lain, ini kira duit pecah atau petty cash mereka aje.
Banyak lagi contoh yang boleh dikongsikan, tetapi cukuplah sebagai brain
teasers bagi yang prihatin. Nak gembur banyak-banyak pun tak guna.
Hasil dari kerja-kerja kecil kami ini, Allah SWT telah membuka hati
seorang putera Raja dari Jordan yang telah memberi 13 biasiswa penuh kepada
pelajar-pelajar pilihan ACT Malaysia (5 dari Kemboja, 8 dari Mindanao) untuk MSc
dan BSc di World Islamic Education and Science University, Jordan. Nilainya...
ratusan ribu ringgit! Alhamdulillah, dengan kecermelangan yang ditunjukkan oleh
pelajar-pelajar kami (next semester 3 akan tamat MSc), mudah-mudahan akan dapat
lebih lagi biasiswa untuk pelajar-pelajar lain. Semua ini adalah hasil dari
kerja-kerja 'kecil' yang tidak glamour ini. Ramai yang tak nampak, tapi
satu hari nanti ada yang akan nampak insyaALlah. Walaupun bagi kita umat Islam,
yang paling penting ialah Allah SWT yang nampak....
Maksud dari hadith Rasulullah SAW... Barang siapa yang membantu
orang yang berjihad di jalan Allah SWT dia akan mendapat pahala yang sama dengan
orang yang berjihad tersebut. Nah... kalau kita membantu umat
Mindanao (walaupun tidak secara terus kepada mujahiddin), tentunya kita akan
membantu keluarga mereka dan golongan mustad'afin yang pastinya termasuk di
dalam golongan tersebut. Tanah mereka sama sahaja... dirampas seperti di
Palestin. Jadi bumi mereka
juga sebenarnya bumi jihad, sama seperti bumi-bumi yang lain.
Dengan ini sekali lagi ACT Malaysia memohon para dermawan membantu
program-program Ramadan kami:
(1) Bantuan Iftar
Ramadan: Makanan masak untuk berbuka puasa di kem-kem pelarian dan
rumah-rumah anak yatim. Juga penyerahan
Paket makanan belum masak untuk kampung-kampung orang miskin dan juga
rumah-rumah anak yatim.
(2) Lailatul
Qadar: Menaja halaqah-halaqah pemuda untuk iktikaf di 10
malam terakhir:
Program ini RM100 sahaja untuk satu orang. InsyaAllah ianya cukup untuk
iftar, sahur dan snack semasa iktikaf. Maksud hadith Nabi SAW, Barangsiapa
yang menunjukkan kepada satu jalan kebaikan ianya akan mendapat pahala yang sama
dengan orang yang melakukannya tanpa dikurangi sedikit pun. Dengan ertikata
yang mudah, kalau mereka
berjaya mendapatkan Lailatul Qadr kita pun akan mendapat sahamnya
insyaAllah.
Apa bentuk bantuan
yang diperlukan dari anda?
(1) Sekiranya ada dana lebihan untuk infaq, sikit pun sumbanglah khusus kepada umat
Mindanao ini.
(2) Tolong forwardkan
mesej ini kepada rakan-rakan yang belum mengetahui tentang
program-program ACT Malaysia.
(3) Untuk sesiapa yang nak tolong lebih lagi, boleh tolong edarkan brosur kami di
surau-surau di kawasan perumahan anda atau di pejabat. Harap maklumkan
kepada kami agar kami boleh sediakan brosurnya.
HUBUNGI
ACT MALAYSIA
03 8739 5871
actmy.care@gmail.com
No comments:
Post a Comment