saya copy dr KOSMO....
namun saya sebagai seorang fully BF anak2 saya,,,saya mmmg menyokong sepenuhnya,,,,,kebanyakkan yang saya pergi ada sesetengahnya di sediakan bilik...dan ada setengah tempat tidak di sediakan.,,
Sediakan bilik penyusuan bayi
KUALA LUMPUR – Pasar raya di negara ini perlu menyediakan bilik khusus bagi memudahkan wanita menyusukan bayi masing-masing ketika membeli-belah.
Jurucakap Pertubuhan Platform Pencarian Ibu Susuan dan Anak Susuan Malaysia, Ayuni Zainuddin berkata, melalui usaha itu, ia bakal menggalakkan lebih ramai pengunjung ke pasar raya.
“Tidak banyak pasar raya di Malaysia menyediakan bilik khas penyusuan bayi dan mereka harus ingat melalui kemudahan itu, lebih ramai orang mahu datang ke premis mereka selain ia merupakan satu tanggungjawab sosial.
“Selain itu, ia juga bermatlamat menyuntik kesedaran kepada setiap ibu di Malaysia tentang kepentingan menyusukan anak yang nampaknya semakin dipandang ringan oleh wanita pada zaman sekarang,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui selepas menyertai Flash Mob Penyusuan Anak Selama 5 Minit di KLCC Esplanade di sini kelmarin.
Pada program itu, kira-kira 300 orang ibu muda mengambil bahagian dengan menyusukan anak masing- masing selama lima minit secara serentak.
Turut hadir bagi memberi sokongan ialah pakar motivasi, Prof. Dr. Muhaya Mohamad, pelakon dan pengacara popular, Dynaz Mokhtar.
Sementara itu, Dynaz berkata, setiap wanita perlu membuang rasa malu untuk menyusukan anak di tempat awam kerana ia merupakan suatu perkara normal yang dilakukan oleh setiap ibu.
No comments:
Post a Comment