Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Thursday, November 29, 2012

KITA TENANG KITA MENANG

SAYA SUKA MEMBACA BLOG MAZIDUL ...WARTAWAN DAN PENGACARA TV3,,,ADA BENAR APA YG DI PERKATAKAN.


Tengahari semalam, kenalan baru, secara berkebetulan bertemu saya, mengadu nasib dicerca, dihina dan diumpat di tempat kerja.

"Saya sudah tidak boleh bertahan lagi dan akan berhenti kerja secepat mungkin," ujarnya.

Saya bukan ahli psikologi mahupun kaunselor bertauliah. Namun saya sudi mendengar luahan rasa dan berkongsi buah fikiran bersama rakan memerlukan. 

Majoriti manusia pernah dimarahi, diherdik atau diumpat. Kesannya, ramai berasa sakit hati lalu tertekan perasaan.

Biar saya kongsikan petua untuk mendepani karenah manusia itu.

Kekadang kita terlupa, kita adalah pembuat keputusan samada untuk berasa sakit hati atau tertekan akibat kenyataan kurang menyenangkan dilontar oleh orang lain. Ringkasnya, kita penentu kepada reaksi dan tindakan sendiri, bukan orang lain.

Bagi saya, jika orang lain ingin mencerca sekalipun, itu hanya sekadar kata-kata manusia dan tidak berupaya membubuh kita.

Setuju?

"Adakah setiap kali mereka menghina, mencerca atau mengumpat awak, tangan kiri awak tertanggal? Kali kedua berlaku perbuatan sama, tangan kanan awak pula terkulai lalu tertanggal?," soalan saya kepada rakan itu.

"Tidak," balasnya ringkas.

"Maksudnya semua perkataan mereka lontarkan  itu tidak boleh menjejas atau mencederakan fizikal awak. Betul?," tanya saya lagi.

"Betul," balasnya. 

sebilangan manusia busuk hati dan pendengki mengamalkan perlakuan bak syaitan dan kita tidak perlu mengikut sikap mereka. 

Bisikkan ke dalam hati ...

"Jika saya bertenang, saya menang"

Kita harus memperkasakan benteng diri agar tidak tergugat dan tertekan hanya kerana kenyataan tidak berasas dituturkan oleh sebilangan manusia.

"Berapa ramaikah pekerja di bawah kendalian awak?," soal saya.

"Lebih kurang enam puluh orang," balasnya spontan.

"Berapa peratus antara mereka kerap didengar bercerita hal buruk mengenai awak?"

"Lima belas peratus," jawabnya.

"Jadi awak tergugat dengan sikap buruk minoriti mereka sekaligus melupakan lapan puluh lima peratus lagi pekerja lain bersifat terpuji?  Sedangkan bilangan mereka, majoriti? Adakah bersikap adil kepada mereka dan diri sendiri? Adakah itu juga kaedah berfikir secara positif? Tidak, kan?," tanya saya.

Dia menggelengkan kepala.

"Benteng diri harus diperkukuhkan. Jika terdapat perkara mereka persoalkan itu benar, kita harus memperbaiki diri tetapi jika tidak benar, mengapakah kita harus tunduk dan berundur?," soal saya.

Pengalaman menempuh peristiwa getir di dalam hidup banyak membantu kita berfikir dan bertindak lebih dewasa. Abaikan sahaja kelompok manusia bertindak secara kurang matang.

Pesanan terakhir saya ...

"Sebelum tidur malam, bisikkan kepada diri sendiri. Ya Allah, saya maafkan semua manusia menghina, mencerca dan mengumpat saya agar kematian mereka kelak akan lebih tenang"

Sesungguhnya, dosa sesama manusia, hanya manusia mampu memaafkan.

Usah pula kita mendoakan manusia bersikap tidak bersesuaian dengan citarasa dan kehendak kita itu KO.

****YANG PALING SAYA SUKA ADALAH AYAT
"Sebelum tidur malam, bisikkan kepada diri sendiri. Ya Allah, saya maafkan semua manusia menghina, mencerca dan mengumpat saya agar kematian mereka kelak akan lebih tenang"

Sesungguhnya, dosa sesama manusia, hanya manusia mampu memaafkan.

Usah pula kita mendoakan manusia bersikap tidak bersesuaian dengan citarasa dan kehendak kita itu KO.

BANYAK INFO BOLEH DAPATI DALAM BLOGNYA

http://www.mazidulakmal.com/

No comments:

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers