Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Wednesday, August 12, 2009

FuN FaIr datang lagi...


inilah kegemaran kami sekeluarga, andai ada mana2 tempat buat fun fair memang tak sah kalau tak pergi. mlm tu agak bertuah sket ler, tengok tu dapat hadiah anak patung besar, dapat no. bertuah, tengok tu anak2 ku.....tak kan lepaskan peluang itu nak cuba ini nak cuba,,,,,,,kopak2 huhuhu habis ler rm50 klu nak di fikirkan membazir rasanya, tak pe ler sayang janji kita sekeluarga happy dapat bermain sama2.

hari raya awal......


inilah ragam kanak2. bila kita sebut dah dekat nak raya dia ingat macam esok lusa jer raya. padahal kena puasa sebulan, ini antara yang sambut hari raya pada bulan syaaban (hehehehheehhe..............)

29/7/2009

Inilah kenangan bersama mak mertua pada hari raya aidilfitri

Apa yang terjadi ngan tarikh ni?.....tarikh 29/7 ni adalah tarikh kenangan manis n pahit dalam family aku......kenangan pahitnya pada tahun lepas 29/7/2008 lebih kurang pukul 11.15 pagi selasa mak mertua aku pulang kerahmatullah.....Allah lebih sayangkan dia...kami pasrah di atas segalanya. mak mertua aku sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi.....dia di masukkan ke wad hospital serdang pada hari sabtu dan terus di masukkan ke ICU, walaupun aku hanya menantu tapi dia tak pernah membezakan aku....dia sayang aku seperti mana anak2 dia. dia tempat aku meluahkan segalanya andai aku ada masalah sebab aku x de keluarga di sini. di sini lah kebanyakkan masa aku habiskan tak kira ari cuti apa sekalipun. aku puas aku dapat jaga dia dengan sempurna masa dia sakit. Semoga Rohnya disisi orang2 yang beriman...AlFatihah....RANIAH HJ MAT ISA.
29/7/2009 genap setahun pemergiannya. namun kuabadikan tarikh keramat ini dengan membuka syarikat. nama yang menjadi pilihan adalah ZAIRA TRAINING CENTRE & SERVICES kuabadikan namanya didalam nama syarikat tersebut.Ideal untuk menubuhkan syarikat ini di kongsi bersama kakak ipar ku Kak Ina, terima kasih banyak2 kakak banyak bantu zaa tak kira apa bentuk bantuan semoga apa yang kita rencanakan akan menjadi kenyataan InsyaAllah, amin3 alhamdulillah akhirnya berjaya jua kita daftarkan nama ini. Terima kasih banyak2 kepada orang yang aku paling sayang iaitu suami ku Zarudin Bin Zalli kerana memahami niat ibu, dan selalu memberi semangat utk ibu, syarikat ini mengendalikan sebarang jenis training tak kira ler apa bentuk training. so sesiapa yang berminat nak buat training boleh hubungi zarith_zarudin@yahoo.com

Tuesday, July 21, 2009

Jalan2 Di Melaka (Part 2)


Ini hari kedua di Melaka, sebelum balik ke Kajang apa kata kita pusing2 bandar Melaka yang penuh dengan sejarah. sekurang2nya dapat mengeluarkan peluh exercise sket.....
Ketika menaiki Menara Taming Sari di Melaka Bandaraya Bersejarah. Harga tiket Dewasa RM 10.00 manakala kanak-kanak yang berumur 3 tahun keatas RM 5.00
Tiang menara Taming Sari
Pemandangan Bandar Melaka
bakal-bakal angkasawan negara



















Monday, July 20, 2009

Jalan2 Di Melaka (Part 1)


Selepas....melawat ayah mertuaku kami sepakat untuk cari budget hotel memandangkan masing2 balik secara mengejut dan yang penting tengah2 bulan heheheheeh....so kami menginap di INTREND HOTEL MELAKA....mmg best kerana dapat berkumpul semua sekali,...kami amik satu bilik dan di kongsi dengan 8 dewasa 7 kanak2. memang riuh rendah dengan telatah n ragam anak2 masing tapi ia memberi satu kenangan yang sukar di lupakan....ni kira family day kajang ler....lps rileks semua kami g makan. kalau g Melaka tak sah kalau x makan ikan bakar....so apa lagi makan ikan bakar di Umbai...Melaka...Restoran Hj Jeong ini lah favourite restoran bagi keluarga ku...memang best...dah x ingat diet ..... balun jer.....yang penting happy. balik hotel apalagi zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


kekusyukan melihat sejarah Melaka. sebenarnya asal orang Melaka....




ketika bfast di town Melaka


inilah dia Mee Pak Hitam....menu special di sini....ok ler macam mee mamak sebenarnya. Kenapa nama Pak Hitam....ini di sebabkan tukang masak berkulit hitam.....huhuhuhu


ini air 3 rasa.....cuba anda try....memang best....

di Restoran Ikan Bakar Hj Jeon...inilah restoran kegemaran kami sekeluarga kalau ke Melaka.

















Hospital lagi......

Ari ni Khamis bersamaan 16/7/2009.....sedang aku rileks2 melayan kerja aku yang x kehabisan ni tiba telefon berdering....."zaa ayah masuk hospital kat CCU Melaka" panggilan dari Kak Ina kakak ipar ku.berderau dadaku...mcm2 di fikrkan. telefon hubby aku,,,,,,telefon kesemua family aku....ng bagi tau...so selepas di buat perbincangan, kesemua berkumpul dan keputusan di ambil semua balik kampung....terkejut bukan kepalang....aku ingat ayah aku di kampung (Pahang) bile sebut Melaka rupanya ayah mertuaku....di Putra Speciallist Melaka. kami semua bertolak ke Melaka dan tiba di Melaka jam 4 ptg....alhamdulillah bila aku masuk di CCU tengok ayah mertua aku boleh bangun....dia kena serangan jantung, 3 saluran jantungnya tersumbat so dia dah lemah sangat terus masuk CCU. alhamdulillah semuanya selamat sampai dan berkumpul di Melaka

peristiwa ni teringat aku pada arwah mak mertua aku pada tahun lepas. kejadiannya jugak berlaku pada bulan Julai. arwah mak mertua aku selamat pergi pada 29/7/2008 akibat sakit buah pinggang aku terlalu sayang kan dia.....tapi tuhan lebih sayangkan dia...aku redha. (cerita selanjutnya akak aku story pada 29/7/2009).

Thursday, July 16, 2009

Toys....Toys & Kain pasang..

Ari ahad lps 12/07/2009 tak tahu nak g ke mana2 ingat kan nk rehat kat umah jer cz ari tu je ler ari yang cukup2 free bagi kami sekeluarga nak beristirehat. kalau hari2 lain masing2 sibuk dengan kerja. dah namanya keluarga yang tak tahu erti penat.....x kira ler ari cuti ker kerja ker,,,atau pun ari ambik cuti ker....mesti x boleh dok umah paling tidak pun kuar jalan2 tengok lampu....x kira dekat ke jauh (itu istilah arwah mak mertua ku....tengok lampu tu bermaksud duduk dalam kereta jer x kuar ke mana,,,janji jalan hehehehe) so istilah tu telah di guna pakai oleh cucunya. my hubby pun menekan pedal minyak yer....last2 sampai di Nilai 3.....mak oii ramainya org...tambahan pulak ari minggu ye ler dah dekat nak raya kebanyakan org buat persiapan raya awal...apalagi kalau datang sini x sah kalau x shopping.....thanks.. abang belikan ibu kain pasang yang teramat2 ler cantik....ingat nk beli sepasang jer rambang biji mata ni melihatnya last2 beli 4 pasang lps tu pening nk g jahit baju....ade lg ker org amik tempah ni. ye ler mana tak juling nyer pusing kiri, kanan, depan n belakang semua kedai jual kain pasang,,,,ikut kan hati nk borong sakan...tapi kan jd kedai kain baju plk kat umah. lps tu pusing2 dalam kawasan tu tiba2....inilah penangannya...ternampak kedai toys...apalagi kedua-dua anak kesayangan ku ni...melompak keriangan ler....nanti dulu syg ibu,,,tengok2 dulu....last2 ini lah padahnya.......


koleksi permainan abg long...

tengok tue, cara2 pakai kasut....





hah....yang ni ibu punya....



koleksi baju kurung.....(pic nt update yer...)


kesian ayah kan x de apa2 pun beli utk dia sabar syg nanti ibu belikan istimewa untuk abang...tunggu

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers