Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Sunday, January 1, 2012

2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

@

SELAMAT SEMUANYA

Saturday, December 31, 2011

Friday, December 30, 2011

Tentang Berjalan, Tentang Cuti, Tentang Dhia, Tentang Persekolahan, Tentang Rutin....wah banyaknya TENTANG

Wah tajuk bukan main lagi....banyak ke benor istilah 'Tentang'. kita gabungkan cerita menjadikan satu antara segalanya..

kita mulakan Tentang Berjalan..

org lain start shj cuti terus feeling nak berjalan kan...so mcm kami ni asal Mr suami ada kerja outstation  baru best berjalan..berjalan sambil kerja....si suami buat kerja...si isteri dan anak2 terbongkang dlm hotel bagai....wah syok nya....janji dpt berjalan...bab kata  abg long...janji dpt angin sudah.....so insyaAllah akan berjalan lagi...wah seronoknya...walaupun dh penghujung cuti2 sekolah....makcik suka...sbb dpt berjalan..tengok keindahan alam sekeliling...tengok2 mcm2.....

Tentang Cuti.
mcm biasa sekolah dh nak buka...maka kami suami isteri akan bercuti panjang sket...mmg setiap tahun mcm gitu...kena amik cuti...cuti anak nk masuk sekolah adalah wajib setiap awal tahun...sbb lps tu dh susah nk cuti.....so akan start cuti selama seminggu menguruskan anak2 ke sekolah.

Tentang Dhia..

hebat penangan cerita bersiri ini.....syabas buat tema Tentang Dhia maknanya jalan ceritanya berkesan ke semua penonton...saya jugak x terlepas peluang melihat episod akhir semalam..walaupun kdg2  terlepas jugak menonton episod by episod tapi takpe...nanti dh free saya download cerita so dpt jugak tengok semuanya....paling saya pilu...Hanya Mati Dpt Pisahkan Kita.....hebatnya cinta....

Tentang Persekolahan

Alhamdulillah tahun depan Abg Long dah masuk darjah 1...wah cepatnya rasa,,,,,,masa berlalu...begitu cepat sekali..akan saya rakamkan 1st day abg long ke sekolah..moment yg2 sgt2 berharga dan bernilai....so 3hb ni abg long akan hadiri ujian utk menentukan kelas mana dia akan masuk mengikut tahap kemajuan dan kebolehan dia menjwab periksa nanti...good luck sayang..buat yg terbaik..

Sofea pulak akan saya htr ke Little Tots Kajang....utk kelas 4 tahun.....

Tentang Rutin
bermula tahun depan...rutin harian saya akan kembali sibuk..sibuk dengan banyak urusan so dah x de masa utk soaial semua.......bukan kata x de sepenuhnya....mungkin banyak masa akan di habiskan dgn benda lain..

pukul 5.30 pagi bangun..siap2 bagai..
6.45 bertolak dr rumah...hantar aleeya ke taska, hantar abg long ke sekolah agama
masuk kerja...
pukul 11 pagi amik abg long dr sekolah agama...siap2 mereka berdua
pukul 12.30 htr sofea ke sekolah....lps tu htr abg long ke sekolah kebangsaan
sambung masuk kerja
pukul 5 amik sofea balik dr sekolah...amik aleeya balik dr taska
pukul 6.30 amik abg long dr sekolah kebangsaan...
baru terus balik rumah....
pukul 8 baru sampai..siap2 bagai utk mkn mlm...siap2 utk urusan esok...
agaknya pukul berapa tidur?.................
esok mcm biasa...

wah kelas kau....dh jadi super women.......
takpe demi keluarga tercinta,.....

hari cuti utk kemas rumah.....( andainya dpt sambung belajar..maka..dh langsung x de masa dgn semuanya..)

semoga di permudahkan segalanya...




Friday, December 23, 2011

ULASAN: BUKU ANAI-ANAI DALAM PERKAHWINAN

Alhamudulillah, buku tersebut telah habis saya baca, dan mcm2 boleh di kongsi dlm buku ini. apa yg saya boleh puji, banyak nasihat, cara, info bab2 rumah tangga yg boleh di jadikan nota / bahan rujukan dlm keharmonian rumah tangga, buku ini di tulis oleh Zailan Yusoff....

so saya copy gambar ini dlm blognya.
























MENGENAI BUKU ANAI-ANAI DALAM PERKAHWINAN:

I. 142 halaman
ii. Panduan mengenalpasti dan mengatasi masalah yang tersirat dalam rumahtangga
iii. Disertakan dengan Check list apa patut dilakukan bai mengatasi/mencegah wujudnya masalah
iv. Disertakan juga kaedah menganalisis SWOT dalam perkahwinan 


PETIKAN DARI KANDUNGAN BUKU ANAI-ANAI DALAM PERKAHWINAN

Anai-anai, sejenis serangga perosak yang membinasakan mangsanya secara senyap dan tidak kelihatan dengan mata kasar dan hanya disedari oleh mangsa setelah kerosakan yang dialami menjadi sukar untuk diperbaikki lagi. Jika pun mahu diperbaikki, akan melibatkan tenaga, masa dan kos yang amat tinggi. Anai-anai juga adalah silent killer atau pembunuh senyap. Bayangkan apabila lantai rumah kita tiba-tiba reput dan kayu-kayunya berserpihan dan berhabuk. Kita tidak boleh hanya memperbaikki bahagian yang reput sahaja kerana kesan serangan anai-anai ini bukan setempat malah ia merebak keseluruhan lantai, dan tidak mustahil ia telah ’memakan’ keseluruhan rumah!. Lebih memeranjatkan ialah walaupun anai-anai ini kecil namun mempunyai kuasa untuk meruntuhkan sebuah rumah tanpa disedari oleh tuan rumah!.
Jika kita pernah melihat pakar penghapus anai-anai membuat kerja-kerja menghapus, kita dapat lihat betapa teliti dan berhati-hatinya mereka menjalankan kerja mereka. Ketelitian yang tinggi amat diperlukan bagi menghapus terus ’sarang’ dan ’punca’ hidupnya anai-anai yang pada setiap masa menunggu untuk menyerang mangsanya. Setiap sudut disembur dan diwapkan agar racun yang khas ini dapat meresap ke celah-celah lubang serta alur lantai yang berpotensi dilalui dan diserang oleh anai-anai. Bukan mudah untuk mencari punca dan sarang anai-anai jika tidak betul-betul memahami habitat anai-anai. Kesilapan teknik yang digunakan, memungkinkan untuk anai-anai terus hidup dan membiak lebih dahsyat lagi serta memakan lebih banyak kayu-kayu secara senyap-senyap.
Sebuah perkahwinan yang bermasalah tetapi zahirnya kelihatan bahagia juga boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang sedang dimamah oleh anai-anai secara perlahan. Sekiranya tidak diambil tindakan pemusnahan atau pencegahan, rumahtangga yang dibina akan hancur sebagaimana hancurnya sebuah rumah yang dipenuhi dengan anai-anai yang bersarang. Dalam konteks ini kita ibaratkan masalah yang dihadapi dalam perkahwinan itu sebagai anai-anai. Yang membezakan masalah ini dengan masalah lain ialah, masalah ini tidak dapat dikesan kewujudannya dalam sesebuah perkahwinan sehinggakan dari mata kasar perkahwinan ini cukup sempurna tanpa masalah yang ketara seperti campurtangan pihak ketiga, tekanan di tempat kerja dan juga masalah pasangan yang curang. Apakah masalah yang boleh kita anggap sebagai anai-anai ini dan mengapakah pasangan yang menghadapinya memilih untuk membiarkan sahaja ia berlalu dan memakan perkahwinan mereka tanpa mengambil tindakan pencegahan?. Mari kita bincangkan dengan lebih lanjut mengenai perkara ini. 

Penentu Kebahagiaan Perkahwinan

Perkahwinan dipengaruhi oleh pelbagai penentu yang dijangka dan tidak dijangka. Kajian menunjukkan tiada penentu yang khusus yang bertanggungjawab ke atas tahap kepuasan pasangan dalam perkahwinan. Apa yang menjadi lebih ketara dan memberi kesan kepada tahap kepuasan adalah keupayaan pasangan untuk berunding bagi mengatasi penentu tekanan, mencari hasil yang lebih dipersetujui dan positif. Untuk mencapainya, setiap pasangan perlu menggunakan kemahiran personal dan interpersonal mereka. Penentu kebahagiaan perkahwinan yang paling signifikan ialah keupayaan pasangan untuk menggunakan kemahiran ini untuk mewujudkan keintiman dan kemesraan serta menguruskan konflik. Kedua-dua kemahiran ini dilihat sebagai faktor penentu asas yang membolehkan pasangan untuk menghadapi tekanan dan tempoh transisi sepanjang hayat perkahwinan mereka. Di samping terdapat banyak pembolehubah yang menentukan kebahagiaan perkahwinan, kemesraan, keintiman dan penyelesaian konflik membentuk ciri-ciri dalaman. Keseluruhannya faktor kemesraan, keintiman dan penyelesaian konflik ini merupakan faktor utama yang menentukan tahap kepuasan perkahwinan dan faktor-faktor ini melibatkan pengurusan kecerdasan emosi antara pasangan. 

tak rugi membelinya...banyak kegunaan utk di jadikan panduan

CARA UNTUK MENDAPATKAN BUKU INI:

Jika saya bercerita panjang lebar lagi mengenai buku ini di blog saya ini, rasanya sahabat-sahabat saya di luar sana mungkin tidak akan dapat benar-benar menghayati apa yang saya cuba sampaikan melalui nukilan saya ini. Oleh itu, saya cadangkan sauadara/saudari memperolehi buku ini terus dari saya kerana naskah ini TIDAK ADA DIJUAL di mana-mana kedai buku. Masih lagi berada ditangan saya. 

Bagi yang berminat, silalah emailkan order ke email ini dengan memberikan details seperti berikut:

i. Nama :
ii. Alamat
iii. Bilangan naskah yang diperlukan. 
Harga senaskah RM30 (RM25 harga buku + RM5 untuk penghantaran)

Saya akan respond pada email saudara/saudari mengenai cara pembayaran. 


Email : zaiyus57@yahoo.com 
ATAU 
laluanminda@yahoo.com

tapi saya membelinya dgn Syana, (anak sedara )


SUAMI, ISTERI & RUMAH TANGGA

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih BANYAK BEKERJA?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah SANGAT PENTING!!!!!






************************************************************************

berdasarkan dgn penceritaan di atas..saya boleh rumus kan walaupun saya  bukan seorang kaunselor bertauliah tapi saya seorang ibu, isteri dan bekerja. jika diikutkan masa yang di peruntukan dlm sehari 24 jam.....waktu itu sebenarnya tidak mencukupi bg kaum2 hawa terutama seorang ibu dan isteri boleh di katakan setiap saat adalah masa yang boleh di ibaratkan emas...berbalik kepada cerita tersebut isterinya tidak bekerja...
namun berbeza dgn kita di mana yg bekerja. pokok pangkalnya suami dan isteri mesti memainkan peranan yg penting dlm rumah tangga. setiap kerja mesti sama2 buat. sebagai cth....
~isteri dh cuci baju, suami tolong jemurkan, nanti isteri pulak lipat baju, suami tolong simpan dlm almari
~ isteri memasak...suami tolong kemaskan
~isteri mandikan anak, suami tolong pakai kan baju
~suami tolong vacuum rumah, isteri kemas bahagian lain

jika semangat tolong menolong seperti ini berlaku dlm rumah tangga insyAllah semua kerja akan menjadi senang, bab kata pepatah berat sama di pikul ringgan sama di jinjing.

************************************************************************

Thursday, December 22, 2011

Kejam....tak ada hati perut langsung,,,,,,


mcm biasa,,sblm buat kerja kita jelajah sana sini...last2 terjumpa gambar ni dr Fb seseorang.....hati betul2 tersentuh....kejam nya...itu ayat pertama yg keluar...

Apa dosa kucing tu?

tergamak buat mcm gitu...cuba bygkan klu si pelaku tersebut org buat kat dia...mcm tu jugak dia merasa seksanya......fuhhhhhhh   kejam nya.....



Mata Wang Baharu



KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan siri mata wang baharu dengan rekaan wang kertas dan syiling yang menerapkan keunikan Malaysia daripada segi warisan, budaya dan khazanah alam di samping peningkatan ciri-ciri keselamatan berteknologi terkini.
Edaran wang kertas denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 akan disediakan pada separuh kedua 2012 manakala denominasi RM50 baharu sudah berada di pasaran.
Wang syiling denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan pada 25 Julai lalu akan diedarkan Januari depan.
"Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk pembuatan wang kertas denominasi RM1 dan RM5 manakala selebihnya menggunakan kertas.
"Siri wang kertas baharu ini menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang seiring dengan teknologi terkini termasuk imej bayang-bayang, tetingkap jernih, potret tera air berpiksel dengan nombor yang jelas, benang keselamatan yang berubah warna dan benang kanta mikro," menurut BNM dalam satu kenyataan semalam.
Kenyataan itu menyebut, ciri-ciri lain adalah permukaan wang membolehkan individu yang bermasalah penglihatan mengenal pasti dan membezakan denominasi.

**copy dari KOSMO

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers