Nak tahu....Tolong klik iklan ni....

Pasangan Bahagia selamanya.....

Permata Hati ku....

PERADUAN

SEMPENA DENGAN BULAN KELAHIRAN
PUTERA & PUTERI-PUTERI KU 30/4
ZARITH ZAQUAN = 7THN
ZARITH ZYRA SOFEA = 4 THN
ZARITH ZYRA ALEEYA = 1 THN

" PERTANDINGAN GAMBAR PELIK ANAK-ANAK"
BERMULA 30/3/2012 - 30/4/2012

KLIK SINI


UNTUK KETERANGAN LANJUT
PEMENANG AKAN DI UMUMKAN PADA 2/5/2012

Monday, April 5, 2010

WANITA HEBAT!!!!!!

Hujung bulan lepas saya telah menghadiri satu seminar " Katakan Tidak!!!! Kepada Keganasan Rumah Tangga", (OSCC) banyak info2 yg berguna yang boleh dijadikan iktibar.
Apakah keganasan rumah tangga?, fakta keganasan,jenis-jenis keganasan rumahtangga, bentuk2 penderaan.
Penderaan
merupakan satu aspek kekejaman dalam rumah tangga (Gelles dan Streinmetz,
1974). Kebiasaannya kekejaman ini berlaku satu hala dan dituruti oleh tindak balas yang lain.
Penderaan juga dikatakan berlaku apabila seseorang individu telah menyalah gunakan atau
menggunakan kuasa secara sewenang-wenangnya. Tindak balas yang akan timbul hasil
daripada penderaan ke atas isteri dan anak-anak adalah tindakan secara fizikal seperti
memukul, menampar, membaling dengan menggunakan sesuatu, menendang, menolak atau
menggunakan senjata seperti pisau, kayu, senapang, botol atau menggunakan sesuatu
dengan tujuan untuk mencederakan. Selain daripada itu, terdapat juga penderaan dalam
bentuk lisan dan meninggalkan kesan yang mendalam seperti mencaci, mengeluarkan katakata
yang kesat dan tidak sedap didengar, mengejek dan mencerca.
Gelles (1972) mendefinisikan penderaan sebagai suatu perlakuan untuk menyakiti individu
lain secara fizikal. Manakala Lewinson (1989) menganggap penderaan sebagai keganasan
yang dilakukan ke atas wanita atau kanak-kanak. Corak penderaan itu termasuk tampar,
pukul, tumbuk, tolak, pukul dengan menggunakan objek lain yang bertujuan untuk
mencederakan isteri atau kanak-kanak. Penderaan berkait rapat dengan keganasan rumah
tangga (Mehrum, 1989). Ia melibatkan serangan hentaman, ancaman, gangguan, kezaliman
fizikal atau mental, penderaan seksual atau apa-apa perbuatan curang.
Penderaan terhadap isteri menurut Halim (1989) melibatkan apa sahaja jenis kezaliman,
keganasan, ketidakadilan atau kesalahan, sama ada fizikal mahu pun mental, yang dilakukan
terhadap isteri. Manakala dalam Akta Keganasan Rumahtangga 1994, penderaan
bermaksud:
Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa melalui perbuatan yang akan
mengakibatkan kecederaan fizikal;
• Memaksa mangsa dengan ancaman untuk melakukan kelakuan atau perbuatan,
berbentuk seksual ataupun selainnya, yang mangsa itu berhak tidak melakukannya;
• Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaannya;
• Melakukan khianat atau keseronokan harta dengan niat untuk menyebabkan
kesedihan atau kegusaran kepada mangsa
.

PENDERAAN KANAK-KANAK
Penderaan kanak-kanak perlulah dilihat dari pelbagai aspek yang melibatkan faktor yang
berbeza. Di antara faktor yang terlibat ialah faktor anak, ibubapa, kemiskinan, tekanan hidup
dan sebagainya.
Faktor Anak
Kasmini (1997) menyatakan kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan dan yang sering
dipisahkan daripada penjagaan ibu dalam kes neonat lebih kerap menghadapi masalah
kurang ikatan (bond) antara ibu dengan bapa. Dengan wujudnya masalah ikatan antara ibu
dengan anak, maka ia boleh meninggikan risiko penderaan kanak-kanak. Sekiranya wujud
masalah ikatan antara ibu dengan anak, ditambah pula dengan perangai anak yang kurang
memuaskan hati ibu bapa dan anak itu pula dilahirkan dalam suasana keluarga yang
mendorong kepada faktor penderaan, ini sudah tentu boleh menimbulkan masalah
penderaan dan penganiayaan kanak-kanak.
Faktor lain yang boleh memburukkan keadaan ialah pandangan ibu bapa terhadap anak-anak
mereka. Ada ibu bapa yang menganggap anak mereka tidak normal atau berlainan daripada
anak mereka yang lain. Ini mungkin disebabkan sesuatu yang kurang menyenangkan yang
telah dialami oleh mereka sewaktu anak itu dalam kandungan lagi, ataupun disebabkan
masalah yang timbul sewaktu anak itu dilahirkan sehingga akhirnya si anak itu dipersalahkan.
Kepercayaan kepada perkara karut atau kepercayaan yang ada dalam budaya sesuatu
kumpulan boleh menyebabkan ibu bapa menganggap anak yang telah dilahirkan itu seolaholah
membawa sial atau bala, lebih-lebih lagi sekiranya satu perkara buruk benar-benar
menimpa mereka apabila anak itu dilahirkan, atau sekiranya anak itu dilahirkan dalam waktu
dan hari yang dianggap tidak baik. Ada ibu bapa berasa bahawa anak mereka itu seolah-olah
mengingatkan mereka akan seseorang lain dalam hidup mereka, yang sememangnya tidak
mahu diingatkan lagi, lantas mereka memandang serong dan mengasuh anak mereka secara
negatif.
Faktor Ibu Bapa
Kebanyakan ibu bapa yang mendera anak tidak ada gangguan psikiatri atau gangguan
peribadi yang khusus atau klasikal. Pengalaman ibu bapa semasa zaman kanak-kanak
mempengaruhi bagaimana mereka mendidik anak-anak. Kebanyakkan ibu bapa yang pernah
didera cenderung mendera anak-anak mereka. Ada dalam kalangan mereka dibesarkan
dalam sebuah keluarga yang suka melemparkan kritikan dan cemuhan, di samping kurang
memberikan sokongan emosi. Semasa kanak-kanak dan masih mentah perasaan mereka
akan mudah terguris dan menyebabkan mereka sering memendam rasa dan merasakan
hilang harga diri. Akibatnya mereka akan hilang kepercayaan terhadap orang lain. Ini akan
mendorong mereka mencari pasangan hidup yang mempunyai latar belakang yang sama
dengan dirinya. Ibu bapa yang seperti ini suka memencilkan diri dari masyarakat, tidak
mempunyai ramai kawan dan sering tidak menggunakan kemudahan yang sedia ada untuk
membimbing anak-anak mereka secara normal.
Ciri yang biasa terdapat dalam kalangan ibu bapa yang sering mendera anak ialah harapan
ibu bapa yang terlalu tinggi, tidak munasabah atau realistik terhadap anak-anak. Walaupun
ibu bapa tidak mempunyai perasaan harga diri yang tinggi tetapi mereka menyimpan harapan
yang sebaliknya terhadap anak-anak mereka. Sebagai contoh ada ibu bapa yang
mengharapkan anaknya dapat menyiapkan kerja rumah dalam jumlah tertentu untuk
memastikan anaknya akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jika
anak tidak melakukan sesuatu mengikut kehendak ibu bapa, maka ibu bapa akan naik marah
dan kecewa lalu memukul anak kerana tidak dapat mengawal kemarahan. Kurang faham
dalam aspek tumbesaran dan perkembangan anak boleh menyebabkan timbulnya harapan
yang tidak munasabah.
Konsep lain yang boleh menyebabkan penderaan kanak-kanak oleh ibu bapa ialah konsep
peranan terbalik (role reversal). Dalam situasi yang normal, kanak-kanak amat
mengharapkan bimbingan dan penjagaan emosi serta fizikal daripada ibu bapa mereka.Sebaliknya ibu bapa yang mendera anak biasanya amat mengharapkan anak mereka dapatmemenuhi keperluan emosi mereka dengan turut menunjukkan simpati terhadap mereka ataumenyesuaikan perangai mereka supaya dapat menyenangkan perasaan ibu bapa. Ini adalahtidak munasabah kerana fitrah kanak-kanak sememangnya mereka masih nakal danmemerlukan bimbingan (Kasmini, 1997).Faktor PencetusanFaktor pencetusan merupakan faktor yang menimbulkan penderaan dan penganiayaan. Iniberlaku dalam bentuk krisis. Krisis ini mungkin merupakan krisis kecil, seperti ibu bapaberasa hampa dan kecewa terutama apabila keadaan si anak tidak menyenangkan keranaselalu menangis dan menunjukkan berbagai-bagai tantrum atau ragam sehingga ibu bapaberasa tidak tertanggung lagi. Ibu bapa yang dalam keadaan ini biasanya hilangpertimbangan dan akan memukul anaknya. Keadaan ini berlaku secara spontan tanpadisedari atau di luar kawalan. Sekiranya ada ibu bapa yang merancang dari awal untukmenganiaya anak mereka, ibu bapa tersebut berkemungkinan mengalami gangguan psikiatri(Kasmini, 1997).Faktor Kemiskinan dan Tekanan HidupKasmini (1997) mengaitkan penderaan dengan golongan status ekonomi sosial rendah.Walaupun penderaan boleh berlaku dalam semua lapisan masyarakat, namun sebahagianbesar golongan professional enggan membuat diagnosis penderaan dalam kalangankeluarga golongan status ekonomi sosial tinggi. Ada yang merahsiakan masalah ini,walaupun mereka sedar dan tahu penderaan dalam kalangan status ekonomi sosial tinggijuga berlaku.Dalam kebanyakan kes penderaan yang dilaporkan dan dikesan, ibu bapa mangsa didapatimenghadapi masalah tekanan hidup atau hidup dalam kemiskinan. Kes ini terutamanyaberlaku di bandar-bandar besar kerana ibu bapa mansa sering berhadapan dengan masalahkewangan, hidup tanpa sokongan orang lain dan berjauhan daripada keluarga yang lain.Selain itu, ibu bapa yang terlalu muda, atau yang menghadapi masalah dengan penagihanalcohol atau dadah, didapati sering juga mendera anak mereka kerana belum bersediamemikul tanggungjawab hidup berkeluarga. Anak bagi mereka adalah sesuatu yangmembebankan.Penderaan SeksualDalam masalah penderaan seks, faktor penyebabnya perlu dilihat dari sudut yang berlainan.Ini kerana penderaan seks dalam kalangan kanak-kanak biasanya dilakukan oleh orangdewasa terutamanya lelaki yang mengenali kanak-kanak itu. Dalam banyak kajian di luarnegara dan data yang diperolehi dalam negara, sebanyak 75 peratus orang lelaki dewasayang melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak adalah dalam kalangan saudaramara kanak-kanak itu sendiri. Mereka yang dimaksudkan itu mungkin ayah, ayah tiri, datuk,bapa saudara, abang atau kekasih ibu ataupun jiran kepada kanak-kanak tersebut. Dalamkeadaan ini sebab-sebab penderaan seks dalam kalangan keluarga kanak-kanak perlu dilihatdalam empat aspek prakeadaan.Prakeadaan lKedudukan penjalinan emosi dalam keluarga yang luar biasa adalah satu daripadaprakeadaan yang boleh menyebabkan penderaan seks kanak-kanak. Penjalinan emosi luarbiasa yang dimaksudkan adalah sekiranya perhubungan antara ayah atau ayah tiri dengananak perempuan didapati lebih rapat daripada perhubungan ayah atau ayah tiri dengan ibukanak-kanak. Seterusnya dalam prakeadaan seumpama ini, ada pula kemungkinan wujudnyasekatan daripada luar atau dari dalam untuk memenuhi keperluan seks ayah atau ayah tirisehingga menyebabkan lelaki dewasa itu merasa amat tertekan dengan masalah seksnya.
Prakeadaan ll
Dalam prakeadaan ll, lelaki dewasa yang terlibat dengan alkohol, penagihan dadah,
mengalami gangguan psikiatri atau gangguan impuls, menghadapi masalah ketuaan,
menghidap penyakit fizikal lain atau mempunyai masalah keupayaan diri, seringkali
melakukan penderaan seks terhadap kanak-kanak.
Prakeadaan lll
Prakeadaan lll meninjau faktor yang mendorong perbuatan penderaan seks terhadap kanakkanak
oleh ahli keluarga lelaki mereka. Ini termasuk:
• Ibu yang sering sakit atau sering tiada di rumah.
• Ibu yang tidak rapat dengan anak.
• Ibu yang tidak melindungi anak.
• Ibu yang sering mendera secara kasar terhadap anak.
• Ibu yang tidak mahu tahu tentang anaknya.
Keadaan di atas memberi peluang kepada ahli keluarga lain untuk lebih mendampingi anak
sehingga menyebabkan anak sendiri mengambil alih tugas dan peranan ibu.
Prakeadaan lV
Kanak-kanak yang kurang matang perkembangan emosinya atau menghadapi masalah
terencat akal atau kecacatan fizikal, kurang pengetahuan tentang seks atau kanak-kanak itu
sendiri berasa bertanggungjawab untuk memastikan ibu bapanya dapat duduk serumah
bersama-sama sehingga sanggup diperkosa, merupakan faktor prakeadaan lV yang menjadi
punca penderaan seks dalam kalangan kanak-kanak.

PENDERAAN TERHADAP WANITA
Kategori Keganasan Terhadap Wanita
Keganasan terhadap wanita bukan sahaja tertakluk kepada penderaan fizikal, tetapi meliputi
juga:
Penderaan Psikologi dan Emosi
Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita boleh meninggalkan kesan buruk sama
seperti penderaan fizikal kerana ianya boleh membahayakan nilai harga diri dan perasaan
wanita dan keupayaan beliau mengawal kehidupan sendiri
Penderaan Fizikal
Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang , melukakan, mematahkan tulang,
membaling barang dan menggunakan senjata adalah contoh jelas penderaan seumpama ini.
Menghalang keperluan manusia seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan
juga merupakan salah satu bentuk penderaan fizikal.
Penderaan Seksual
Memaksa melakukan atau melihat sesuatu bentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut
atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan seks.
Penderaan Sosial
Penderaan ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk
bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan daripada mendapat sokongan
luar
Penderaan KewanganSeseorang wanita yang dihalang daripada mencari pekerjaan atau yang tidak dibenarkanuntuk membuka akaun bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri sebenarnyamenghadapi penderaan dari aspek kewangan.
FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PENDERAAN
Dadah dan AlkoholKajian yang dibuat oleh Leonard dan Blane (1992) terhadap 82 peratus daripada 70,000pelajar sekolah menengah tinggi mendapati terdapat hubungan antara pengambilan alkoholdengan penderaan dalam rumah tangga. Individu yang mengambil alkohol dalam jumlahyang banyak mempunyai kecenderungan menjadi agresif dan secara tidak langsung menderapasangannya. Kebanyakan wanita menyebut alkohol dan dadah sebagai faktor penyebabkeganasan dalam keluarga. Gelles (1980) menyatakan faktor alkohol boleh menyebabkanindividu melakukan sesuatu yang bukan merupakan tingkah lakunya yang sebenar.Latar Belakang KeluargaLatar belakang keluarga dan pengalaman semasa kecil turut mempengaruhi sikap seseorangindividu. Keadaan yang sama juga berlaku ke atas suami yang sering menganiaya danbertindak ganas ke atas isteri mereka. Mereka pernah mengalami atau menyaksikan keadaantersebut (McMohan, 1961). Carlson (1977) menegaskan bahawa banyak kajian yangdijalankan menunjukkan bahawa fenomena penganiayaan isteri dikaitkan denganpendedahan awal terhadap kekejaman dalam keluarga.Masalah SosialAllen dan Benton (1989) mendapati hasil daripada penyelidikan ke atas 100 orang suami(pendera), suami yang sering menganiaya isteri tidak suka bergaul dengan orang lain.Mereka berasa kurang senang dan tidak selesa apabila berada dalam kalangan sahabathandai yang lain. Mereka juga berhati-hati untuk memilih kawan rapat. Di samping itu,mereka juga mempunyai sifat tidak mempercayai orang lain dan selalu dianggapberseorangan (loner). Suami dalam kategori ini juga tidak suka dikawal oleh orang lain,terutamanya isteri. Mereka tidak suka orang lain membuat keputusan bagi pihak diri merekadan orang lain tidak boleh menguasai diri mereka.Panas BaranKajian yang dilakukan oleh Rashidah, Rita dan Schmitt (1995) seperti yang dilaporkan melaluiWoman Aids Organisation mendapati salah satu sebab berlakunya penderaan adalah sikapsuami yang tidak dapat mengawal rasa marah. Pendera tidak dapat mengawal emosimarahnya walaupun atas sebab-sebab yang kecil. Kajian yang dibuat oleh Hoffman, Demodan Edward (1994) terhadap 2,017 suri rumah di Thailand mendapati faktor kecewa dantekanan perasaan boleh menyebabkan berlaku penderaan isteri apabila suami hilangkawalan emosi.CemburuFaktor cemburu dianggap sebagai penyebab berlakunya penderaan dalam keluarga.Kadangkala suami cemburukan isteri terutamanya apabila isteri bekerja. Gelles (1972) jugaberpandangan yang sama. Lelaki yang bersifat cemburu sentiasa mengawal kehidupanpasangannya, tidak boleh melihat isteri yang berpakaian cantik terutama di hadapan oranglain. Mereka juga tidak suka isteri bercakap dengan lelaki lain yang memuji atau menggodaisteri mereka. Mereka akan marah dan akan bertindak di luar dugaan. Lelaki seperti ini selalumenyimpan prasangka dan tidak mempercayai isteri mereka sendiri. Ini menyebabkan timbulsuasana tegang, krisis dan tekanan perasaan yang seterusnya menjadikan individu tersebutpemarah, bengis, kasar dan mungkin bertindak kejam terhadap pasangannya.

No comments:

My Anniversarry

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers